Adakah terdapat hadis-hadis sahih yang melarang wanita turut sama dengan lelaki untuk menunaikan sembahyang jenazah?
Terima kasih.
_________________
wa'alaikumusalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr fundamentalis dengan kadar kemampuan dan kekurangan yang ada, Insyaallah.
Tidak terdapat nas atau sebarang dalil yang melarang wanita dari turut sama menyembahyangkan jenaazah atau melakukan solat janaazah. Malah Solat janaazah ini merupakan fardu kifayah kepada muslim dan muslimat. Ini dinyatakan didalam fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi :-
صلاة الجنازة فرض كفاية إذا قام بها البعض سقطت عن الباقين ، وإذا تركها الجميع وهم يعلمون أثموا ، ولا خصوصية للرجال بذلك ، بل الرجال والنساء في مشروعية الصلاة على الجنازة سواء ، وإن كان الأصل في مباشرة ذلك للرجال
"Solat janaazah adalah fardu kifayah, jika ada orang yang melakukan maka tanggung-jawab yang lain selesai, akan tetapi jika mereka gagal melakukannya maka semua akan bersalah dan berdosa. Tidak dikhaskan untuk lelaki sahaja, bahkan lelaki dan wanita adalah dibenarkan didalam syara' bersolat keatas janaazah yang sama, walaupun pada asalnya kaum lelaki dijangka melakukannya"
Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rh. (bekas Mufti Arab Saudi) mengatakan bahawa :-
وكان النساء يصلين على الجنائز في مسجده صلى الله عليه وسلم مع النبي صلى الله عليه وسلم وبعده
"Kaum wanita biasa bersolat Janaazah bersama Nabi saw dimasjidnya dan selepasnya"
Menurut Dr Muhammad Sayed Ahmad Musaiyir :-
ويجوز للنساء والصبيان أداء صلاة الجنازة، ويمكن للصبية أن يقفوا مع الرجال في صفوفهم أما النساء فيَكُنَّ خلف الرجال. وفي صحيح البخاريّ باب بعنوان: صلاة الصبيان مع الناس على الجنائز، ويقف الإمام عند وسط المرأة ورأس الرجل للاتباع في ذلك.
"Dibenarkan wanita dan lelaki menunaikan Solat Janaazah, dan membolehkan kanak-kanak berdiri dibelakang lelaki, sebagaimana wanita dibelakang lelaki. Didalam Sahih Al-Bukhari menjelaskan bab ini : Solat kanak-kanak bersama manusia yang lain keatas jenaazah, dimana Imam berdiri ditengah wanita dan bagi lelaki dikepalanya untuk diikutinya [oleh makmum]".
Disana ada hadith Nabi yang menjelaskan kepada keduadua kaum lelaki dan wanita mengenai ganjaran Solat Janaazah, sabda Nabi saw :-
من شهد الجنازة حتى يصلي عليها فله قيراط ، ومن شهدها حتى تدفن فله قيراطان ، قيل يا رسول الله ، وما القيراطان ؟ قال : ( مثل الجبلين العظيمين ) يعني من الأجر ، متفق على صحته .
"Barangsiapa yang menghadiri Janaazah sehingga melakukan solat akan mendapat 1 qiraat (ganjaran), dan barangsiapa yang menghadiri pengkebumian akan mendapat qiraataan (2 ganjaran)'. Apa kah itu Qiraataan?, Nabi saw bersabda, 'Seperti 2 bukit yang agung', iaitu ganjarannya - (Sahih - mutafqa alaih).
Kesimpulannya, wanita digalakkan menyertai Solat keatas mayat bersama-sama lelaki, dan Solat Janaazah ini hukumnya Fardu Kifayah. Tidak ada hadith yang melarang wanita dari menyertai Solat keatas mayat. wallahu'alam.
-wassalam-
-----------------------
Rujukan :
1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa Sheikh Abdul Aziz bin Baaz - 4. Riyad : Dar Al-Watan, 1997.
2. Dr Muhammad Sayed Ahmad Musaiyir. صلاة الجنازة والدعاء بعدها
0 comments:
Post a Comment