Friday, January 23, 2009

Tali Leher Sutera Asli

Salam

apakah hukum lelaki yg memakai tali leher sutera asli semasa solat ? dan bagaimana dgn wuduk yg diambil ?

syukran

******************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وبعد

HUKUM LELAKI PAKAI SUTERA SEMASA SOLAT.

Memakai sutera bagi lelaki adalah HARAM, manakala bersembahyang pula adalah satu IBADAH. Apabila kedua-dua ini (MAKSIAT dan IBADAH) berlaku secara serentak,ulama telah membincangkannya di bawah tajuk: "hukum sembahyang di kawasan yg dirampas".

Secara kesimpulan, orang yg melakukan perkara haram dalam sembahyangnya, ada empat pendapat masyhur:
1) Sembahyang itu BATAL, dan wajib qadha'. (Mazhab Hanbali).
2) Sembahyang BATAL, tidak wajib qadha'. (al-Baqillani, al-Razi)
3) Sembahyang SAH tetapi tiada pahala (Jumhur ulama: Syafie, Malik, Ahmad satu riwayat).
4) Sembahyang SAH, dan dapat pahala sembahyang, dan dosa maksiat.

Pendapat yg paling kuat ialah: pendapat Jumhur atau pendapat no: 4, kerana:
Amalan seperti ini terdapat dua sudut yg berbeza;
-Dari sudut dia bersembahyang, maka ia satu ketaatan dan ibadah.
-Manakala dari sudut dia memakai sutera atau merampas kawasan org lain, ia satu maksiat.
jadi ia dua sudut yg berbeza.

Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti (penulis Adhwa' Bayan) mengatakan: pendapat yg paling bertepatan dengan qiyas ialah pendapat no: 4. wallahu a'lam.

rujukan:
Muzakkirah Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti m/s 53-54.

Quote:

dan bagaimana dgn wuduk yg diambil ?


Wudhu' pula tidak terjejas dengan sebab memakai pakaian haram. Yang menjadi khilaf, apabila berwudhu' menggunakan air yg haram spt air yg dicuri, maka masalahnya seperti masalah di atas.

0 comments:

Post a Comment