Friday, January 23, 2009

Solat Sunat Mudah Keluar Roh

Saya ada terbaca ada satu jenis sembahyang sunat yang boleh dikerjakan untuk menolong supaya senang ruh keluar daripada badan kita. Apa pendapat ustaz. Syukran.

****************
thtl

al-Jawab:

Tidak ada solat yang demikian dalam pengajian kami. Sebaiknya anda kena menjaga bahan bacaan anda. Pastikan anda membaca buah pena ulama-ulama yang bertaraf cemerlang, terbilang dan gemilang sahaja. Salah satu petandanya mereka merujuk kepada dalil-dalil yang sahih-sahih sahaja.

Tidak ada orang yang ingin melepaskan ruhnya begitu mudah, mereka sanggup membuat pembedahan dan pemindahan organ, supaya mereka dapat hidup lebih lama. Hatta Nabi Musa AS pun menampar Malakul Maut hingga terkeluar biji matanya bila Malaikat itu datang untuk mengambil ruhnya. Jadi tak ada orang yang begitu mudah melepaskan ruhnya keluar dari badan....sekian

2 comments:

Anonymous said...

salam,saya juga ada terbaca berkenaan solat sunat tersebut..bukan melepaskan roh keluar..tetapi memudahkan ketika sampai ajalnya.apa pendapat ustaz...

Anonymous said...

salam, wow sy mmg xmampu nk kata apa
tp website teramatlah membantu sya
maka sy ucapkan terima kasih byk2 kpada smua individu yg menyoal, mnjawab dan menjayakan website ini

Post a Comment