Monday, January 19, 2009

Amin Selepas Fatihah

Ustaz ana ada satu kemuskilan dalam hadist muslim nabi saw meyatakan jika imam meyebut amin maka makmum harus mengikuti jika amin seseorang bertepatan dgn amin malaikat maka akan di hapuskan dosa dosa yg lepas, Soal: Bagaimana dengan solat seorangan ?

*******************
Melafazkan (Amiin) selepas bacaan al-Fatihah hukumnya sunat ke atas imam, makmum dan orang yang solat seorang diri (munfarid), berdasarkan beberapa hadith sahih termasuk yang saudara kemukakan.

Hadith tersebut mengaitkan lafaz (amiin) makmum dengan lafaz imam lantaran ia dibicarakan dalam konteks solat berjamaah. Adapun fadhilat melafazkan (amiin) adalah sama bagi imam, makmum dan munfarid iaitu: "..barangsiapa yang (amiin)nya menepati (amiin) malaikat, nescaya diampunkan baginya dosa-dosa terdahulu". (HR al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a).

Wallahua'lam.
_________________
ustaz Rasyid bin Idris, IQ

0 comments:

Post a Comment