Wednesday, January 21, 2009

Sujud Sajadah Subuh Jumaat

Tanya soalan sikit pase sujud sajdah ni :
> Adakah menjadi amalan Nabi saw membaca surat sajdah dan bersujud
> sajdah di setiap solat subuh hari jumaat ? jika ia, bacaan dalam
> sujud tersebut ?
>
> Sekian terima Kasih byk2.


~~~~~~~~~~~~~~~~~Reply//
wsm

1. Sujud sajdah atau sujud Tilawah disyari'atkan

Dalil:
HR Abu Daud, Baihaqee dan alHakim (dia mensahihkannya) dari Ibn Umar yg berkata bila RasuluLLah SAW melalui ayat sajdah terus sahaja baginda bertakbir dan sujud."

2. Menjadi amalan Nabi SAW membaca surah Sajdah dan alInsaan pada Hari Juma'at (alAlbani, sifat solatunNabi) dan sujud tilawah padanya (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

3. Bacaan dalam sujud sajdah

"Sajada wajhiyalillazii khalaqohu wasyaqqa sam'ahu wa basyarahu bihawlihi wa Quwwatih"

terjemahnya:
aku bersujud kepada Tuhan yang menciptakan ku mebelah pendengaranku dan penglihatanku dengan daya dan kekuatan-Nya"

Termidzi 2/474, Ahmad 6/30 disahihkan oleh alHakim dan disahkan oleh azZahabi

6 comments:

Anonymous said...

Bagaimanakah bagi makmum wanita mengetahui solat subuh tersebuat ada sujud sejadah

Admin said...

Jika imam baca surah yang ada sujud sajadah di dalamnya, Imam kena maklumkan jamaah samada pada rakaat pertama atau rakaat ke dua akan ada sujud sajadah. Imam akan takbir dan sujud sekali diikuti oleh makmum serta bangun semula sambung bacaan. WA

Anonymous said...

Salam..
dalam solat subuh hari jumaat bolehkah seorang imam membaca surah AL-Alaq dan selepas ayat ke 19 turun sujud sejadah seandainya imam itu tidak/belum menghafal surah sajadah sebagaimana menjadi kelaziman disurau-surau dan juga masjid-masjid pada setiap pagi jumaat?

Anonymous said...

nama pun solat sunat. lau xhafaz wat yg wajib bc surah biasa hafaz. pd pendapat saya la.

Anonymous said...

klau solat subuh dirumah hari jumaat ..kena juga ke sujud sajadah...

Anonymous said...

Admin bolekah iman baca surah lain dari surah as-sajdah pagi jumaat contoh surah Al-Isynqaaq lalu sampai ayat ke 21 iman tadi turun melakuan sujad sajadah

Post a Comment