Monday, January 26, 2009

Tak Pasti Waktu Solat Subuh

Salam

Katala kalau solat subuh dalam waktu borderline, dan takde jadual waktu (tak print lagi), jadi tak sure samada dah syuruk atau masih subuh. (contohnya, maknanya soalan saya bukan terhad kepada waktu subuh saja) Adakah nak anggap tunai atau qada' . Atau setakat aku nak solat subuh saja.

_________________
albaruhiyy
Panel Feqh
Waalaikumussalam

Bismillah wal hamdulillah wassolatu wassalam ala rasulillah, amma ba'd :

Anda sebenarnya seolah-olah tidak tahu waktu solat. Kemudian masalah saudara adakah kena niat tunai atau qada’.

Saudara sepatutnya cuba menjaga waktu solat sedaya mungkin. Solat hendaklah dilakukan dalam waktunya, dan tidak harus melewatkan sembahyang kecuali kerana uzur. Firman Allah Taala (al-Nisa’ : 103)

Maksudnya : Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya.

Namun dalam kes saudara, apakah mesti niat solat qada’ atau ada’? Ulama mengatakan sah solat dengan kedua-dua niat. Saudara sebenarnya syak apakah waktu masih ada atau telah habis waktu.
Kaedah fiqhiyyah menyebut : “Keyakinan tidak akan hilang dengan sebab syak”.
Maka saudara hendaklah terus melaksanakan solat saudara.

Berkenaan niat Syeikh al-Islam Ibn Taimiah r.h berkata :

وَلَوْ اعْتَقَدَ بَقَاءَ الْوَقْتِ فَنَوَى الصَّلَاةَ أَدَاءً ثُمَّ تَبَيَّنَ خُرُوجُ الْوَقْتِ أَوْ اعْتَقَدَ خُرُوجَهُ فَنَوَاهَا قَضَاءً ثُمَّ تَبَيَّنَ لَهُ بَقَاؤُهُ أَجْزَأَتْهُ صَلَاتُهُ بِالِاتِّفَاقِ . وَمَنْ عَرَفَ هَذَا تَبَيَّنَ لَهُ أَنَّ النِّيَّةَ مَعَ الْعِلْمِ فِي غَايَةِ الْيُسْرِ لَا تَحْتَاجُ إلَى وَسْوَسَةٍ وَآصَارٍ وَأَغْلَالٍ ؛ وَلِهَذَا قَالَ بَعْضُ الْعُلَمَاءِ : الْوَسْوَسَةُ إنَّمَا تَحْصُلُ لِعَبْدِ مِنْ جَهْلٍ بِالشَّرْعِ أَوْ خَبَلٍ فِي الْعَقْلِ
Maksudnya : “Dan jika ia iktikad masih kekal waktu, lalu dia berniat solat (tunai) kemudian nyata keluar waktu, ATAU dia iktikad telah keluar waktu lantas berniat (qada’) kemudian nyata baginya waktu masih kekal, nescaya solatnya memadai (SAH) dengan ittifaq (ulama). Barangsiapa yang mengetahui hal ini, jelaslah kepadanya bahawa masalah niat bersama ilmu (memahami berkenaan niat) adalah tersangat mudah dan tidak perlu kepada was-was, bebanan dan belenggu.” (Majmuk Fatawa, 4/112)

Dalam Asna al-Matalib ;

( وَلَوْ ظَنَّ خُرُوجَ الْوَقْتِ فَصَلَّاهَا قَضَاءً ) فَبَانَ بَقَاؤُهُ ( أَوْ عَكْسَهُ ) بِأَنْ ظَنَّ بَقَاءَ الْوَقْتِ فَصَلَّاهَا أَدَاءً فَبَانَ خُرُوجُهُ ( أَجْزَأَهُ )
Maksudnya : “Dan jika dia menyangka telah keluar waktu, lantas ia solat berniat qada’, tiba-tiba nyata masih kekal waktu ATAU sebaliknya iaitu dia menyangka masih kekal waktu, lantas ia solat berniat tunai, tiba-tiba nyata telah keluar waktu, nescaya ia memadainya (SAH)”. (Asna al-Matalib 2/327)

Jadi, solat anda sah sama ada anda niatkan tunai atau qada’. Cumanya sebaik-baiknya jagalah waktu solat dan jangan dilewatkan. Wallahulam

1 comments:

hamba allah said...

As,Salam Ustaz..Kalau sembahyang waktu suboh Di satu tempat baru kita dtg..(tak tau jam berapa) semasa kita sembahyang subuh dah baru terdengar azan suboh..?

Post a Comment