Sunday, December 7, 2008

Duduk Sekejap Berdiri Dari Sujud

Sebelum bangun dari sujud kita disunat kan duduk istirahat. dan semasa hendak bangun bagaimanakah cara nya??adakah dengan mengangkat kaki dahulu ataupun tangan dahulu??
dan jika tangan bagaimanakah caranya??dengan kedua2 tapak tangan atau dengan penumbuk??

terima kasih

****************
JAWAPAN:

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Duduk istirahat merupakan salah satu perbuatan didalam solat yang diamalkan oleh mazhab Syafie, dan ada dikalangan ulama’ termasuk Imam Ahmad rh tidak mengamalkannya.

Perbezaan ini berdasarkan pengambilan hadith yang mereka gunakan. Terdapat sebuah hadith yang mencerita bagaimana bentuk solat Nabi saw riwayat Abu Humaid al-Sa’id tidak menjelaskan duduk istiharat ini. Manakala hadith Malik ibn al-Huwairith ada menyebut berkenaan dengan duduk sebelum bangun ke rakaat kedua.

Imam al-Nawawi rh menyatakan bahawa adalah mustahab (digalakkan) menjaga duduk istirahat, dan ia merupakan duduk yang sebentar setelah dua kali sujud pada setiap rakaat yang tidak ada tashahud, sebagaimana hadith sahih oleh Bukhari. Akan tetapi tidak digalakkan didalam sujud tilawah. Sabda Nabi saw :-

وكان إذا رفع رأسه عن السجدة الثانية جلس واعتمد على الأرض ثم قام
“Apabila seseorang itu menaikkan kepalanya dari sujud yang kedua, dia akan duduk dan tertumpu diatas bumi, kemudian dia bangun” [Hadith Riwayat Bukhari].

Jumhur ulama’, termasuklah Abu Hanifah, Malik dan Ahmad menyatakan bahawa ada beberapa riwayat hadith yang lain tidak menyebut pasal duduk istirahat ini. Mereka berpendapat bahawa hadith Malik ibn al-Huwairith ini berlaku pada zaman Nabi saw telah berumur atau diatas sebab-sebab yang lain.

Syeikh Ibn Utsaimin rh menyebut bahawa duduk ini terdapat didalam syara’, kerana hadith-hadith yang menyebutnya sanadnya sahih, akan tetapi terdapat juga beberapa hadith yang tidak menceritakan hal duduk ini. Ini menunjukkan boleh duduk istiharat jika mempunyai sebab-sebab tertentu seperti badan yang besar,umur tua, sakit dsb.

Cara bangkit dapat dilihat didalam sebuah hadith;

كان صلى الله عليه وسلم ينهض معتمدا على الأرض إلى الركعة الثانية
“Kemudian Nabi saw bangun untuk rakaat kedua dengan tangan tertumpu ke tanah” [Hadith Riwayat Bukhari]

Yang jelas cara bangun ialah menggunakan bantuan kedua2 tangan, nak guna telapak tangan atau menggengam jari, tidak ada masalah, WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment