Tuesday, December 29, 2009

Bacaan Semasa Sujud Sahwi

Postby al-kahfi »
Salam,

Saya baru mendapat tahu yg sujud sahwi ini WAJIB dibuat.. tetapi disebabkan lalai kadang-kadang saya menghadapi kemurungan disebabkan

1) Terlupa membaca bacaan sujud semasa sujud sahwi... bolehkan saya sekadar toma'ninah saja, tanpa membaca apa-apa. Ini kerana tiada bacaan khusus yg disebut dari Rasulullah, hanya dikiaskan dengan sujud biasa sahaja.

2) Bagaimana sekiranya saya tidak baca apa2 semasa duduk antara 2 sujud semasa sujud sahwi? Saya baca yg Sheikh Uthmain menyebut sekadar Rabighfirlii.. ini bermakna ia sama dengan duduk antara dua sujud pada rakaat biasa.

Harap bantu saya.

WA.




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby kamin » Dec 6th, '09, 15:03
wa'alaikumusalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Hukum sujud sahwi ini khilaf dikalangan Mazhab.

Sujud sahwi adalah wajib mengikut pendapat yang sahih dari Mazhab Hanafi. Seseorang akan berdosa meninggalkannya, akan tetapi tidak membatalkan solat jika tidak melakukannya. Imam Ahmad mengatakan wajib bagi pengurangan dan penambahan.

Bagi Mazhab Maliki ia adalah sunat muakkad, samada bagi Imam ataupun yang bersolat sendirian. Imam Malik berpendapat bahawa ia menjadi wajib jika berlaku kekurangan, dan sunat jika berlaku penambahan.

Bagi Mazhab Syafie hukum sujud ini hanyalah sunat, baik bagi Imam atau bagi yang bersolat sendirian. Wajib hanyalah didalam keadaan solat berjemaah, dimana apabila Imam melakukan sujud sahwi, maka makmum wajib mengikut Imam walaupun dia masbuq. Solat makmum akan terbatal jika tidak turut serta sujud sahwi bersama Imam.

Menurut Mazhab Hanbali, sujud sahwi ini adakalanya wajib dan adakala sunat, Ia menjadi wajib apabila berlaku perbuatan yang boleh membatalkan solat denga sengaja disebabkan penambahan atau pengurangan dalam solat; seperti meninggalkan "perbuatan (fiil)". Begitu juga meninggalkan perkara wajib seperti tasbih semasa ruku' atau sujud.

Bagi Mazhab Hanbali sujud ini akan menjadi sunat, seperti terbaca tashahud semasa berdiri (qiam). Ia akan menjadi harus jika seseorang itu meninggalkan salah satu dari perkara sunat didalam solat [al-Fiqh al-Islami, 2/, Mausu'ah masaail al-Jumhuur fi al-Fiqh al-islami, 1/195].

Soalan 1 : Sah sujud sahwi jika tidak membaca apa-apa tasbih. Apa yang wajib ialah tama'ninah & kesempurnaan sujud.

Soalan 2 : Tidak membaca apa-apa diantara 2 sujud sahwi tidak merosakkannya. Syiekh Ibn Utsaimin ada menyebut bahawa bacaan tasbih sujud adalah sama seperti sujud biasa (Subhana Rabbiyal 'ala), dan bacaan semasa duduk adalah "Rabighfirli" [al-Sharh al-Mumthi' 'ala Zaadi al-Mustaqni', 1/646]. WA.

Sekian, wassalam

9 comments:

Anonymous said...

salam..
bagaimana pulak selepas sujud kali kedua?adakah kita perlu duduk tawaruk dan membaca tahiyat akhir skali?

W,A

Admin said...

dibuat samada sebelum salam solat solat yang kekurangan atau selepas salam.

Takbir tanpa mengangkat tangan.
duduk tawaruk selepas sujud ke 2 tanpa perlu baca tahiyat akhir.
Kena beri salam selepas sujud ke 2 untuk menyempurnakan solat.

Anonymous said...

salam alaikum

saya ada beberapa soalan,

1)apakah hukum sekiranya kita terbaca tahiyat selepas sujud sahwi dan setelah kita menyedarinya apa yg patut dilakukan?

2)apakah hukum sekiranya kita meninggalkan sunat ab'ad dgn sengaja?

Anonymous said...

saya solat tapi x hafal atahiat awl dan akhir,doa qunut tapi saya ada tilis pada kertas dan tampal pada dinding semasa solat saya .adakah sah solat 5 waktu saya.

Admin said...

sah solat anda walaupun baca tahyat atas kertas... usahalah untuk menghafalnya tidak sesusah mana sangat...

doa qunut subuh kalau tak baca pun tidak menjadi kesalahan.

cuba menghafal beberapa surah pendek alQuran mulai dari sekarang, muat turun Cara Praktis Menghafal Quran dalam sidebar sebelah.

Admin said...

tertinggal salah satu rukun solat nak kena tau dulu rukun mana yang tertinggal. Ada rukun yang membatalkan solat,ada rukun yang boleh ditampung dengan sujud sahwi. WA

Unknown said...

Ada 2 soalan:
1)Dlm solat berjemaah imam lupa @ sengaja utk tidak sujud sahwi ( krn tinggal tahiyyat awal) ada dklgn makmum yg sujud sahwi slps imam salam yg kedua. Sah tak solat makmum tersebut?
2)Dlm solat berjemaah, ada makmum masbuk.ktk imam sujud sahwi, makmum masbuk ikut perbuatan imam.slps itu mnambah lg rakaat yg ttinggal.Cuma sms di tahiyyat akhir adakah makmum perlu sujud sahwi semula sbg nak ikut perbuatan imam tadi?

Syukri said...

Assalam.
Ini soalan yg sy nak sngat2 ajukan tapi dh ade org yg ajukan dan beserta jwapan..alhamdulillah,terima kasih admin dan pengaju soalan.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Apakah hukum sekiranya kita terbaca tahiyat akhir selepas sujud sahwi dan setelah kita menyedarinya apa yg patut dilakukan?

Post a Comment