Monday, January 19, 2009

Lepas Haid Diarah Qadha Solat

Salam

saya dapat ni drp forum tranungkite:

Quote:
Dalam kitab Mazhab Syafie menyebutkan:
Seseorang wanita yang suci haid atau nifasnya dalam waktu asar, wajib ke atasnya qodha sembahyang zuhur. begitu juga mereka yang mulai suci dalam waktu isyak wajib ke atasnya qodha sembahyang maghrib.

Alasannya asar ialah juga waktu bagi zuhur dan isyak juga waktu bagi maghrib ketika uzur. Yakni ketika musafir seseorang tu boleh sembahyang zuhur dalam waktu asar apabila ia jamak ta'khir.

1. boleh tak panel al-ahkam terangkan lbh lanjut berkaitan perkara yg dinyatakan, bersama-sama pendapat imam2 mazhab lain serta jumhur ulama'?

2. perlukah saya qadha' semula solat yg tlh ditinggalkan krn saya tidak mengetahui ttg perkara tersebut sebelum ini?

jazakallahu khairan katheera.. :)

*************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri alin81 dengan kadar kemampuan dan ilmu yang terhad, Insyaallah.

1. Pandangan ini berdasarkan kepada fatwa para sahabat dimana wanita yang dalam haid atau nifas dikira bersolat seperti mana mereka yang uzur bersolat, seperti solat orang sakit dan juga musafir, dimana kedua-dua solat tadi (Asar dan Zohor, Isya' dan Magrib) tersebut di jama'kan. Wanita yang haid dan nifas dianggap uzur juga sepertimana orang sakit dan musafir. Bagi menjelaskan keadaan ini, kami petik jawapan yang telah diberi oleh bekas Mufti Arab Saudi berkenaan dengan isu ini :-

Soalan no: 518 :

س : إذا طهرت المرأة من الحيض في وقت العصر أو العشاء ، فهل تصلي معهما الظهر والمغرب باعتبارهما يجمعان معا؟

"Jika seorang wanita telah bersih daripada haid pada waktu Asar atau Isya', adakah ia wajib menunaikan solat Zohor dan Maghrib dengan mengandaikan kedua-duanya boleh dijama'kan sekali?"

Jawapan:

ج : إذا طهرت المرأة من الحيض أو النفاس في وقت العصر وجب عليها أن تصلي الظهر والعصر جميعا في أصح قولي العلماء؛ لأن وقتهما واحد في حق المعذور؛ كالمريض ، والمسافر ، وهي معذورة بسبب تأخر طهرها ، وهكذا إذا طهرت وقت العشاء وجب عليها أن تصلي المغرب والعشاء جميعا كما سبق ، وقد أفتى جماعة من الصحابة رضي الله عنهم بذلك .

من ضمن الفتاوى المهمة المتعلقة بأركان الإسلام الخمسة قدمها إلى سماحته بعض طلبة العلم في عام 1413 هـ .

"jika seorang wanita bersih dari haid atau nifas pada waktu Asar maka ia wajib menunaikan dengan solaht Zohornya sekali menurut pendapat ulama' yang paling sahih. Ini kerana waktu kedua-dua salat itu boleh dihimpunkan keatasi haknya kepadah orang yang mempunyai keuzuran seperti sakit dan musafir. (Pada waktu itu) wanita tersebut juga boleh dikategorikan sebagai orang yang sedang uzur yakni dengan sebab waktu bersihnya jatuh pada akhir waktu. Demikian juga jika wanita tersebut bersih pada waktu Isya', maka hendaklah dia menunaikan solat Maghribnya sekali. Perkara sedemikian ini juga seperti mana yang telah difatwakan oleh kebanyakan dari kalangan sahabat.
[Diantara fatwa-fatwa penting yang bersangkutan dengan rukun Islam yang 5, yang beliau telah berikan kepada beberapa muridnya pada tahun 1413H.]"

Beberapa perbincangan yang berkenaan dengan topik ini boleh didapati di arkib SoalJawab Feqh al-ahkam (yg dijawab oleh Ustaz Gayat), dan diantara urlnya :-

a. SJ - 3002: [G] Qada' solat
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=19048

b. SJ - 3038: [G] Merujuk Semula Kpd SJ - 3002: Qada' solat
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=19507

-------
2. Perlukah qadha' solat yang tidak dilakukan kerana tidak mengetahui hal demikian? Ada dikalangan pendapat yang mengatakan perlu solat tersebut di Qadha'. Akan tetapi, jika solat yang masih baru ditinggalkan, bolehlah diqadha' , jika sebaliknya (solat yang lama ditinggalkan), memadai dengan bertaubat dan memperbanyakkan solat-solat sunnat. Ini adalah pandangan yang dipilih oleh Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah. Kata beliau :-

وتارك الصلاة عمدا لا يشرع له قضاؤها ، ولا تصح منه ، بل يكثر من التطوع ، وهو قول طائفة من السلف .

"Dan meninggalkan solat dengan sengaja tidak di syara'kan mengqadha'nya, (jika ia melakukan solat qadha' tersebut) tidak sah baginya, bahkan hendaklah perbanyakkan melakukan solat sunat, itu adalah pandangan kumpulan dikalangan salaf" - [Al-Ikhtiyaaraat, ms 34].

Diantara ulama' semasa yang cenderung kepada pendapat ini ialah bekas Mufti Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh. WA.

wassalam
==========
Rujukan :

1. Majmu' Fatawa Syeikh Abdul Aziz bin Baaz : Fataawa Al-Thaharah wa al-Solaah. susunan Dr Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad Al-Thayaar. Riyad : Dar al-Watan, 1998. ms 475.

2. Majmu' fataawa wa maqaalaat Syeikh Abdul Aziz bin Baaz - Jilid 10. url : http://www.binbaz.org.sa/last_resault.asp?hID=2695

0 comments:

Post a Comment