Friday, January 23, 2009

Waktu Dilarang Solat

assalamualaikumwarahmatullah...

bole tak tolong explain furthermore pasal waktu haram solat.sya keliru sket pasal ni...especially waktu antara asar n maghrib (hampir masuk waktu maghrib). betulke waktu tu waktu haram solat?kalo betul di manakah batasannya antara waktu yang dibolehkan dengan yang haram tuatau dengan kata lain dari pukul berapa sampai pukul brapa waktu yang diharamkan tu.sekian...

******************
izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

"Bahawasanya Rasulullah SAW melarang solat sesudah solat Asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit." (H.R Bukhari dan Muslim)

Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani r.a., katanya:

ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ

"Ada tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali."

Dari hadis-hadis ini, ulama menjelaskan terdapat lima waktu yang dilarang bersolat, dua berkaitan dengan perbuatan dan tiga berkenaan dengan masa:

1. Larangan bersolat setelah menunaikan solat subuh sehingga terbit matahari.

2. Larangan bersolat setelah menunaikan solat asar sehingga terbenam matahari.

3. Larangan bersolat semasa terbit matahari sehingga ia meninggi.

4. Larangan bersolat semasa matahari tegak sehingga ia condong.

5. Larangan bersolat semasa matahari hampir terbenam sehingga ia tenggelam.

Contohnya jika matahari terbit pada jam 7.00 maka dilarang bersolat sehingga 7.15 (15 minit lebih kurang). Sekiranya matahari tegak pada jam 12.00 maka dilarang bersolat sehingga 12.15 (15 minit lebih kurang). Sekiranya matahari terbenam pada jam 7.00 maka dilarang bersolat 15 minit sebelum itu (lebih kurang).

Quote:
especially waktu antara asar n maghrib (hampir masuk waktu maghrib). betulke waktu tu waktu haram solat?kalo betul di manakah batasannya antara waktu yang dibolehkan dengan yang haram tuatau dengan kata lain dari pukul berapa sampai pukul brapa waktu yang diharamkan tu.

Larangan itu bermula apabila selesai solat asar sehingga terbenam matahari iaitu ketika masuk waktu maghrib. Apabila telah masuk waktu maghrib, maka tiada lagi larangan tersebut.

Di dalam Mazhab Syafie, dibenarkan solat yang mempunyai sebab dalam waktu larangan ini seperti menganti solat yang tertinggal, solat jenazah, solat sunat wudhu', solat sunat tawaf, solat tahiyat masjid dll. Mereka bersandarkan dalil-dalil yang lain.

Rujukan:
- Sahih Bukhari
- Sahih Muslim
- al-Majmu'

Wallahu a3lam

**************
izrail
Panel Feqh
Panel Feqh

Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani r.a., katanya:

ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ

"Ada tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali."

H.R Muslim

3 comments:

tinta porolya said...

as salam.. mohon pertanyaan.. apakah betul solat hajat TIDAK BOLEH dilakukan selepas solat asar? saya keliru kerna sebelum ini saya hanya tahu selepas subuh sahaja. mohon perjelasan.

Anonymous said...

As salam. Apakah sebab solat sunat dilarang selepas asar?

Adam Sinclair ™ said...

Sebarang solat sunat diharamkan selepas asar. Xjelas lagi ke? Arwah ayah bgtau sbb sebarang perform pray pada waktu waktu yg 5 itu mirip waktu2 pray org kafir. Cuba tgk hindu, matahari nk terbenam dia pray,

Ayah ckp, nabi kata waktu tu matahari di atas tanduk iblis. Wallahu a'lam

Post a Comment