Monday, December 8, 2008

Tertinggal Satu Rakaat

Assalamualaikum...

yg mulia ustaz,
1. Bagaimana caranya bila kita solat dan secara tak sengaja @ mungkin terlupa, kita tertinggal satu rakaat? misalnya solat zohor (4 rakaat) terbuat 3, lepas selesai beri salam baru teringat yg kita tertinggal satu rakaat... ustaz saya pernah mengatakan bahawa hanya perlu bangun untuk melakukan satu rakaat yg tertinggal tu...
jika benar, bagaimanakah cara utk melakukannya dan terdapatkah syarat-syarat utk tujuan tersebut?

2. mengenai hadis Sahih bukhari yg bermaksud "sedahsyat-dahsyat seksaan di hari qiamat adalah org-org yg mengambil gambar"... mohon ustaz terangkan lebih lanjut mengenai hal ini dan bagaimana yg dikatakan haram mengambil gambar hatta menggunakan kamera....
sekian, TQ...



Jawab:


1. Tatacara: terus bangun dan sempurnakan raka'at yg tertinggal dan selepas itu sujud sahwi dua kali dan berilah salam. Dalil: HR alBukhari dari Sa'ad ra," aku melihat Urwah bin Zubair solat Maghrib dua raka'at kemudian salam dan bercakap2 selepas itu. Kemudian dia bangun menyempurnakan kekurangan (raka'at) dan sujud dua kali (sahwi). Fathul Bari 3/124)


2. Memang benar hadis itu ada dalam Fathul Bari 12/506 ; tapi ia merujuk khusus kepada patung yg bertujuan untuk dikuduskan (disucikan) sebagaimana penganut ajaran berhala spt patung Buddha atau tokoh2 kuffar. Fotografi adalah hukum yg lain pula kerana ia adalah ciptaan baru yg tiada nas mencegahnya. Menurut Mufti Mesir (syaikh alBakhit), ia adalah harus. jadi hadis itu merujuk kepada seni ukir dan pahat terhadap objek yg dikuduskan dan tidak kepada fotografi. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment