Friday, January 2, 2009

Apa Dia Solat Iftitah

Soalan: Apakah solat iftitah dan bagaimana mengerjakannya?

---------

Wa'alaikumussalam. Ramadhan Mubarak!

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr MAYaakub dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Iftitah(افتتاح) didalam Bahasa Malaysia membawa erti 'perbukaan'. Jika dikaitkan dengan solat, ia bermaksud Solat Perbukaan atau Permulaan, dan dari segi syara'nya adalah 'Solat pembukaan kepada permulaam Qiam Ramadhan (قيام رمضان) (yang orang kita kenali sebagai Taraawiih) atau Qiam Al-Lail (Solat tahajjud). Solat ini bersifat ringan, iaitu bacaan surahnya pendik-pendik dan berjumlah 2 rakaat.

(a) Didalam Solat Tahajjud, Solat pembukaan ini adalah sebahagian daripada Solat Tahajjud yang ringkas. Nabi saw apabila memulakan Solat Tahajjud beliau akan bersolat 2 rakaat ringkas. Berkata Dr Wahbah Al-Zuhaily didalam bukunya Fiqh Al-Islami wa 'adillatuh (2/78) :-

ويستحب أن يفتح تهحد بركعتين خفيفتين، لما روى أبوهريرة رضيالله عنه النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال : (( إذا قام أحدكم من الليل فليفتح صلاته بركعتين خفيفتين )) - رواه أحمد ومسلم، وهو صحيح.

"Dan adalah mustahab memulakan tahajjud dengan 2 rakaat yang ringan, Abu Hurairah ra. telah meriwayat sepotong hadith dari Nabi saw, sabda beliau : (( Jika diantara kamu mendirikan solat pada waktu malam, maka mulakan solatnya dengan 2 rakaat yang ringkas/ringan )) - Hadith riwayat Ahmad dan Muslim, hadith adalah sahih."

(b) Didalam solat Qiam Ramadhan atau Taraawiih pula, Solat pembukaan yang ringan adalah Solat Ba'diyah Isya'. Muhadith Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam buku beliau Risaalah Qiam Ramadhan (ms 11), apabila menerangkan tentang kaifiat Solat Qiam Ramadhan, kata beliau :

الكيفية الأولى : ثلاث عشرة ركعة ، يفتتحها بركعتين ، خفيفتين ، وهما على الأرجح سنة العشاء البعدية ، أو ركعتان مخصوصتان يفتتح بهما صلاة الليل كما تقدم ، ثم يصلي ركعتين طويلتين جداً

"Cara pertama : solat 13 rakaat, memulakannya dengan 2 rakaat ringan, 2 rakaat ini kemungkinan adalah Solat Ba'diyah Isya', atau Solat sunat Khusus untuk Solat Malam sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini (seperti (a)), kemudian diikuti dengan 2 rakaat yang sangat panjang ....."

Setelah melakukan Solat pembukaan kepada Solat malam, Nabi saw akan meneruskan Qiam Al-Lail dan juga Qiam Ramadhan dengan rakaat yang panjang. wallahu 'alam.

wassalam
---------------
Rujukan :

1. Dr Wahbah Al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa 'adillatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : dar Al-Fikr, 1989.

2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Risaalah Qiam Ramadhan. cetakan ke 6. Maktabah Islamiyah, 1983.

1 comments:

Anonymous said...

SALAM,BOLE TERANGKAN LEBIH JELAS NIAT,SURAH BACAAN,DAN CARA SOLAT IFTITAH LEBIH TERPERINCI????...SAYA KURANG JELAS

Post a Comment