Saturday, March 20, 2010

Cara Sujud Syukur

Postby insan_mis3 »

Assalamualaikum..

Saya nak tanya berkenaan cara-cara sebenar untuk sujud syukur.
Adakah kena angkat tangan takbir macam solat, kemudian diqiamkan tangan di dada dulu. Kemudian takbir lagi sekali untuk sujud. Kemudian duduk tahiyat akhir, bagi salam kiri dan kanan. Atau sujud ni macam yang dilakukan seperti pemain bola skuad kebangsaan Mesir tu. Terus shj sujud dan terus bangun. takde bagi salam pun.....




**********************************
Postby kamin »

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah

Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah diluar solat.

Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."

Laman Baheis - http://baheis.islam.gov.my/web/musykil. ... enDocument

Pejabat Mufti Brunei - http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/p ... 7_2001.htm

Sekian, wassalam

15 comments:

Anonymous said...

Salam..
Saya tak berapa paham tentang penerangan di atas.
Untuk melakukan sujud syukur perlukah kita mengambil wuduk terlebih dahulu..

Anonymous said...

takpayah tengoklah rukunseperti diatas

maktam siti said...

apakah ayat yg dibaca ketika membuat sujud sejadah.

Admin said...

baca tasbih sujud macam dalam solat biasa je:

"subhanarabbial a'la"

Cebisan said...

duduk selepas sujud? duduk yang camne?

Anonymous said...

adakah kita perlu mengadap kiblat dan tempat di mana kita sujud.

meihwa2011 said...

subhanallah

Anonymous said...

mesti dalam keadaan suci dari hadas kecil atau besar , mmenghadap kiblat dan menutup aurat ^^

Sembrol @Ryusgnal said...

Niatnya mcm mana?

Nurul Liyana said...

assalamualaikum.kalau niat macam ni boleh? "sahaja aku sujud syukur kerana Allah ta'ala"

Admin said...

niat tu dalam hati sahaja ya tak perlu dilafaz atau diucapkan. Terlintas dalam hati untuk melakukan sujud syukur itu sudah sah niatnya.

Anonymous said...

berapa kali bagi salam???kanan dan kiri k??

Admin said...

dua salam kanan dan kiri.

Anonymous said...

Takbiratul ihram tu berdiri ke duduk?

Anonymous said...

Takbiratul ihram tu berdiri selepas niat, pastu terus sujud, lepas sujud duduk tahyat akhir dan beri salam spt diterangkan. Wallahualam

Post a Comment