Friday, January 23, 2009

Cara Solat Pelbagai Mazhab

Assalamualaikum.

Soalan saya berkisar dgn solat pelbagai mazhab.

1. Bagaimanakah kita nak bersolat berjemaah ditempat yg bermazhab lain (contoh di Iraq - mazhab Imam Abu Hanifah)? Perlukah kita berniat utk solat cara mazhab itu atau boleh kita ikut mazhab sendiri dan berjemaah dgn mereka?

2. Kalau perlu ikut cara solat mazhab tersebut, apakah beza solat mazhab Syafie dan mazhab Abu Hanifah selain dari doa Qunut?

3. Boleh ke kita bersolat dlm mazhab kita (Syafie) tetapi mengambil pandangan mazhab yg lain.
* Contohnya mazhab Imam Abu Hanifah berpendapat tidak batal solat kalau kita berniat utk batalkan solat, tapi mazhab Syafie berpendapat batal solat tersebut. Jadi boleh ke kita yang sedang solat secara imam Syafie ni, mengambil pandangan tersebut dan terus bersolat walaupun telah berniat utk batalkan solat?

********************
Abu_Umair
Panel Feqh

1. Perbezaan mazhab tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dan tidak patut menjadi penghalang seseorang berjemaah bersama-sama dengan saudara seIslamnya yang berbeza mazhab. Lihatlah para sahabat Nabi SAW, yang mempunyai pelbagai pendapat yg berbeza dan di kalangan mereka adalah mujtahid-mujtahid agong. Tidak pernah berlaku di zaman mereka ada sahabat yang tidak bersolat bersama-sama Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dll hanya disebabkan perbezaan pendapat feqah.

2. Sebagai seorang yang mempelajari feqah melalui mazhab Syafie, anda tidak diwajibkan untuk mempelajari mazhab Hanafi semata-mata mahu bersolat dengan pengikut mazhab Hanafi. Bersembahyanglah sebagaimana yang anda pelajari, dan perbezaan pendapat dalam beberapa perkara furuk tidak menjejaskan solat anda atau solat mereka.

3. Berkenaan mengambil pendapat mazhab lain, telah kami jawab di sini: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34756

5 comments:

Anonymous said...

jika kt solat dgn mazhab yg bukan dr ahli sunnah waljamaah boleh ke?bagaimana nanti jika ade perbezaan cara atau bacaan? boleh ke kt suka2 tukar mazhab dsebabkn culture tmpat tu?

Anonymous said...

org mazhab ni kata dia benar , org mazhab lain pun dakwa dia benar , jadi macamana pulak kita boleh dakwa mazhab kita benar macam nabi ? nabi mazhab al quran je

dahaga said...

4 mazhab tu kan ahli sunnah,watpe nak ikut y lain,..nak ikut nabi,kna la ikut sahabat dia..( kna ada guru) ...cari guru yg sanad sampai nabi..ni dok umah bljar dri fb,google,youtube..jumpa guru agama,..tanya depan2..(blog siape ni,sori..just cerita yg benar)..rjin ke majlis ilmu,..masjid

Unknown said...

salam..mohon penjelasan.
sewaktu saya belajar di oversea, saya pernah termasuk masjid/prayer centre syiah untuk menunaikan solat jumaat. kami berlima sudah duduk dan sedar yang masjid itu majority syiah,azan syiah, kayu sujud, dll...cut short story, kami mengikut diorang solat jumaat dengan amali/pergerakan berbeza sedikit dgn cara biasa, i e, tahiyat akhir tepuk lutut, tiada muka hadap kanan.
so ape hukum nye ye? please please

Aslm said...

Salam.kwan saya dari Pakistan dan dia telah lama duduk di Malaysia jadi bolehkah beliau solat mengikut mazhab hanafi di Malaysia.?ataupun bolehkah dia mengikut mazhab syafie?mohon penjelasan.terima kasih

Post a Comment