Sunday, February 1, 2009

Rakaat Solat Sunat Malam

Assalamualaikum

Adakah menjadi kesalahan sekiranya saya sembahyang malam (pukul 3:30 am) dengan dengan urutan berikut:-

1- Sembahyang Sunat (taubat - 2 rakaat)
2- Sembahyang Sunat (syukur - 2 rakaat)
3- Sembahyang Sunat (tahajud - 2 rakaat)
4- Sembahyang Sunat (hajat - 2 rakaat)
5- Sembahyang Sunat (witir - 1 rakaat)

Apakah cara sembahyang malam yang sebenar yang kita warisi daripada Rasulullah?

Harap panel dapat beri pencerahan...

***************
al-Jawab:

Wassalamualakum

1. menjawab soalan abu irfan:

Solat tahajjud itu 11R.
Dalilnya; dari Aisyah, " bahawa Nabi saw solat malam selesai solat isya' sampai terbit Fajar sebanyak 11 R dgn dua raka'at satu salam, lalu berwitr dgn satu R." Muslim # 736

Utk menghilangkan mengantuk, baginda solat pembuka dua raka'at. (HR Muslim dari Aisyah, no 767)

Maka jika ingin mengerjakan solat tahajjud cuma 2R dan kemudian dikerjakan solat sunat yg lain, tidak ada masalah (spt yg dijawab oleh alhli Lajnah Fiqh AFN, syaikh G@y@t)

2. menjawab soalan Dr Abdullah

i) status solat sunat syukur
Solat khusus utk kesyukuran tidak ada, kerana semua solat pada dasarnya adalah dlm rangka utk bersyukur.
Namun jika ada nikmat yg tidak disangka-sangka atau terselamat dari bencana yg dahsyat, maka dibolehkan SUJUD syukur serta merta bukannya mendirikan solat syukur. (syaikh Ibn Uthaimiin, syarh Mumti', 4/153)

ii) Solat Hajat
Solat Hajat juga tidak kuat menurut jumhur kerana pada dasarnya semua solat adalah kerana berhajatannya manusia kepada Rabb. Dalil-dalilnya bermasalah dan tidak kuat utk mentsabitkan ujudnya solat khusus yg dinaakan Solat Hajat. (Us Abd Ghani HJ Idris (rh), Pedoman solat2 Sunat menurut sunnah.

iii) kaifiyat solat witir
1 R dan 3R semuanya sah diterima dari Nabi saw. WA

1 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum.....

Ustaz...Saya keliru tentang solat2 yg dlakukan pada tgh mlm...apakah yg perlu saya lakukan terlebih dahulu?...dan jika saya terus solat tahajjud semasa terjaga dr tidur dan witir adakah solat saya tu sah? apakah yg perlu saya perbaiki lg?


Muallaf yg tak tahu!

Post a Comment