Friday, January 23, 2009

Solat

Asalamualaikum!

" (Allahyarham) Sheikh Noor (al Surur; guru utama Persatuan al Islah Perlis) pentingkan bacaan (solat) secara Rasulullah saw umpamanya sebutan Allah bagi betul, kedudukan tahayat awal dan tahayat akhir tidak sama katanya kerana Rasulullah saw jatuh unta; tetapi setelah sembuh baginda duduk tegak semula di waktu tahayat akhir iaitu seperti keadaan duduk tahayat awal".

Sumber Buku: As Sunnah di Perlis, Pengarang Shukor Mat, Penerbit MediaOne Publication, Kangar Perlis, cetakan pertama 2001, m/s 30, temuramah dengan Haji Osman Jaya, 16/11/1989.

Soalannya adakah terdapat riwayat yang menyatakan Rasulullah saw jatuh unta sehingga meyebabkan duduk tahayat awal dan akhir berbeza, dan duduk kedua-dua tahayat sama semula seperti duduk tahayat awal apabila Rasulullah saw sembuh?

*****************
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Kami tidak memiliki kitab tersebut dan orang yang paling layak menjawabnya ialah syaikh-syaikh kita dari Perlis sendiri atau yang menetap di perlis, spt ust Fathul Bari dan SS Dr alMufti perlis.

Komentar awal kami ialah yang masyhur dan sahih ialah Nabi terjatuh dari kuda dan bukannya unta (HR Bukhari-Muslim dari Anas). Kisah ini dimasukkan oleh kebanyakan ulama fiqih dalam Bab Bagaimana kedudukan makmum bila berimamkan Imam yang solat sambil duduk. Dalam kes ini para sahabat solat kepada Imam yakni Nabi yg terpaksa solat sambil duduk kerana kecederaannya. Di sini ulama berselisih bagaimana kedudukan makmum, turut duduk bersama Imam atau berdiri.
ia bukan masalah iftirasy atau tawarruk. sekian

0 comments:

Post a Comment