Monday, January 19, 2009

Was-was Mazi Dalam Solat

Assalamualaikum wbt...

DI sini saya ada kemuyskilan:

1.Hafiz sedang solat fardhu misalnya.Then ketika ruku' dia merasakan sesuatu keluar dari kemaluannya tetapi tetap meneruskan solatnya hingga habis kerana dia was2 apakah sesutau keluar atau tak.Selepas habis solat dia check dan mendapati air mazi.Sah atau tak solatnya?

2.Sama dengan situasi di atas tetapi katakan dia tidak check apa yang kuar tu dan terus memegang mushaf Al-Quran lalu membacanya...Apakah hukumnya?

**********
wa'alaikumussalam

alhamdulillah. Selamat datang ke Al-Ahkam.net sdr Shohor. Ma'af kan kami kerana lambat menjawab soalan sdr. Seperti manusia biasa, kami juga tidak boleh lari dari kelemahan dan kekurangan. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Shohor dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1. Didalam situasi seseorang yang sedang bersolat, dan didalam solatnya dia merasa was2 samada terbatal atau tidak, akibat terkentut atau apa2 perkara yang membatalkan wudhu'. Maka didalam situasi ini, was2 tidak membatalkan solat, kerana yang yakin (confirm), semasa dia memulakan solat, dia didalam keadaan suci. Diriwayatkan dari Abdullah bin Zaid ra., bahawa Nabi saw bersabda :-

لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا

"Jangan berhenti solat melainkan dia mendengar bunyi atau mendapati baunya" - [Hadith muttafaq 'alaih].

Menurut Imam al-Nawawi didalam Sharh Muslim [4/49] :

وهذا الحديث أصل من أصول الإسلام ، وقاعدة عظيمة من قواعد الفقه ، وفي أن الأشياء يحكم ببقائها على أصولها حتى يتيقن خلاف ذلك ، ولا يضر الشك الطارئ عليها

"Hadith ini membentuk salah satu prinsip didalam Usul Fiqh, keadah yang utama didalam qawaa'id al-Fiqh. Sesuatu perkara itu di hukum sebagaimana sedia ada seperti mana asalnya sehingga sesuatu perubahan berlaku, dan syak sahaja tidak mengubah fakta".

Merujuk kepada soalan sdr, jika Hafiz tadi yakin ia masih berwudhu'; iaitu tidak berlaku apa2 yang membatalkan wudhu'nya, solatnya masih sah. Akan tetapi jika terdapatnya bukti atau fakta yang menunjukkan memang benar wudhu'nya batal (seperti keluar mazi dan ternampak kesannya dikain), maka secara automatik solatnya batal. Dia hendaklah membersihkan pakaiannya, membasuh zakarnya, mengambil wudhu' dan mengulangi solat tersebut. Didalam hukum fiqh, Perkara yang yakin tidak boleh dihilangkan dengan syak, akan tetapi apabila wujud bukti maka, terbatallah keyakinan tadi dengan fakta yang baru, sebagaimana dinyatakan didalam Fatwa Lajnah al-Daa'imah bernombor 5849 :-

لاينصرف المصلي من صلاته حتى يتحقق الحدث؛ لما ثبت في الصحيحين من حديث عبدالله بن زيد رضي الله عنه قال : شكي إلى النبي صلى الله عليه وسلم الرجل يخيل إليه أنه يجد الشء في الصلاة؟ فقال : (( لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا))، والمعنى أنه متى تحقق وجود الحدث وخروج المذي، أو غيره من نواقض الوضوء، فإن عليه الوضوء وإعادة الصلاة؛

"Tidak perlu meninggalkan solat sehingga sesuatu keadaan ini dinyatakan (buktikan); dalilnya dari hadith 2 Shahih dari Abdullah bin Zaid ra : Seorang lelaki membawa kekhuatirannya kepada Nabi saw bahawa dia percaya bahawa dia mendapati sesuatu didalam solatnya! Kemudian baginda bersabda " (Jangan berhenti solat melainkan dia mendengar bunyi atau mendapati baunya), dan Maknanya apabila wujud fakta/peristiwa dan keluarnya mazi, atau apa2 yang membatalkan wudhu', maka sesungguhnya wajib ia berwudhu' dan mengulangi solatnya!" - [Fatwa al-Lajnah al-Daa'imah, 6/198].

2. Situasi was2 yang sama, dan dia tidak check, dengan erti kata lain, dia masih yakin, maka wudhu'nya masih sah. Syak / was2 sahaja tidak menghilangkan yang yakin. Cuma apa yang ingin kami jelaskan disini ialah, tidak semua ulama' berpendapat bahawa wajib mengambil wudhu' jika ingin memegang al-Quran. Sila lihat url dibawah ini :-

SJ-04-0005: sentuh al-quran tanpa wudhuk
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27486

Kesimpulannya, didalam situasi mendapati mazi keluar sebaik sahaja dilihatnya selepas solat, maka perlulah bersihkan zakarnya, melakukan wudhu' dan mengulangi solatnya semula. Didalam situasi kedua, statusnya masih was2, maka pada hukumnya dia masih mempunyai wudhu'. Perlu sahaja diingat bahawa, berpanjangan didalam keadaan was2 akan menghilangkan kekhyusukkan didalam solat. WA

wassalam
==============
Rujukan :

1. Fataawa Al-Lajnah al-Daa’imah li al-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa al-Ifta' - 6. susunan Syeikh Ahmad bin Abdul Razak al-Dauwish. cetakan ke 3. Riyad : Daar al-Mu'ayyad, 2000.

Sheikh Hj Kamin - AAN

7 comments:

Al-Farabi said...

Assalamualaikum

Terima kasih atas jawapan saudara, tetapi bagaimana pula Hafiz menjadi imam (mengikut soalan di atas), dan setelah solat didapati ada mazi terkeluar. Dia harus mengulangi solatnya, tapi bagaimanakah pula dengan makmumnya?

Terima kasih.

Admin said...

Wa'alaikummussalam

sila lihat keterangan jawapan di

http://qasolatjemaah.blogspot.com/2009/01/imam-terlupa-dia-berhadas-besar.html

WA

Anonymous said...

assalamualaikum..

bagaimana pula dengan perempuan? adakah situasi yang diberikan adalah sama degan lelaki?

Anonymous said...

salam...

bagaimana pula jika semasa sembahyang berjemaah dan terasa ingin terkentut, tp menahan kentutnya. adakah solatnya sah?

Admin said...

W'salam

hukum adalah sama samada lelaki atau perempuan.

kentut batal samada terdengar bunyinya atau boleh dicium baunya. Jika tiada keduanya boleh teruskan solat.

ridzman said...

Bagaima pula check seluar beberapa jam selepas solat ade mazi..?tetapi tidak tahu bila keluarnya..

Bram said...

coba yg bermasalah dgn wadi, mazi atau mani bisa baca artikel ini, menurut sy bermanfaat http://fatwariwijaya.blogspot.com/2013/01/v-behaviorurldefaultvmlo.html

Post a Comment