Friday, January 23, 2009

lanjutan soalan qadha solat sbb haid

Salam

syukran atas jwpn kpd soalan yg dahulu.

cume ade sedikit lg keraguan utk melengkapkan pemahaman sy akan isu ini.

Jadi sekiranya wanita itu sengaja lambatkan solat tiba2 dtg haid pula , die wajib qadhakan semula solat yg dilambat2kan itu slps selesai haid dan mandi wajib. Betulkan begini mengikut apa yg sy faham ?

Tetapi adakah hukum ini juga terpakai bg wanita yg menyedari die dtg haid semasa di awal waktu dan dipertengahan waktu juga ?

syukran...

****************
Abu_Umair
Panel Feqh

Quote:
Jadi sekiranya wanita itu sengaja lambatkan solat tiba2 dtg haid pula , die wajib qadhakan semula solat yg dilambat2kan itu slps selesai haid dan mandi wajib. Betulkan begini mengikut apa yg sy faham ?

itulah yg dimaksudkan dalam jawapan yg lalu.

Quote:
Tetapi adakah hukum ini juga terpakai bg wanita yg menyedari die dtg haid semasa di awal waktu dan dipertengahan waktu juga ?

sebenarnya, masalah ini tidak dikaitkan dengan akhir waktu atau awal atau pertengahan waktu. Sebaliknya, sesiapa yang telah masuk waktu sembahyang, dan sepatutnya sempat untuk melakukan sembahyang fardhu, tetapi dia tidak melakukannya, lalu datang halangan seperti haidh atau gila, maka wajib qadha' solat itu.

contohnya, kadar sembahyang fardhu ialah 8 minit. zohor masuk pada pukul 1.30 ptg. kalau dia haidh pada pukul 1.32 petang, maka tidak wajiblah dia qadha' solat zohor nanti kerana waktu sucinya tidak sempat untuk solat fardhu.
Tetapi kalau dia haidh pada pukul 1.45 ptg, walaupun masih dalam lingkungan awal waktu, tetapi dia WAJIB qadha' solat zohornya itu.

rujuk:
Minhaj Talibin Imam Nawawi m/s 92

wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment