Friday, January 23, 2009

Apa itu solat tahajjud??

salam

saya baru nak belajar agama setelah sekian lama lari dari jalan yg lurus.
saya nak tahu apa itu solat tahajjud?
dan sempena ramadan yang akan disambut kurang 48jam ni ,saya nak tahu adakah solat terawih itu sama dengan solat tahajud nabi.?
kalau sama ,adakah sebelum buat solat terawih saya kena niat tahajud sekaligus?
maaf kepada panel feqh kerana kemukakan silly question.
saya baru nak dekat-dekatkan diri dengan allah dan doakan saya panjang umur supaya saya dapat tunaikan ibadat sepanjang bulan ramadan tahun ini.

*********************
thtl
Wassalam

al-Jawab:

Kesemuanya dinamakan solat malam. Jika dilakukan sepertiga akhir malam dinamakan tahajjud. Jika dilakukan pada bulan Ramadhan, dinamakan solat tarawih kerana ia dilakukan secara santai (selang seli dgn rehat). Solat Witr pun sejenis solat malam juga.
Bagi orang yg selesai solat tarawih berjama'ah di mesjid, masih boleh bertahajjud di sepertiga akhir malam.

Bab niat.
Jika solat tarawih, niatnya tarawih. tak perlu digabungkan niat solat tahajjud kerana solat tarawih pun sejenis solat tahajjud juga, cuma ia di bawa ke depan (pada awal malam), khusus utk bulan Ramadhan sahaja. walhal solat tahajjud di bulan lain disunatkan sendirian dan dianjurkan di penghujung malam, ketika orang nyenyak tidur.

Rumusan: Bagi orang awam, solat tarawih berjama'ah di mesjid itu sudah dianggap tahajjud mereka kerana kesulitan mereka utk bangun di penghujung malam. sebab tu package mereka di mesjid ialah buat 8 atau 20 raka'at tarawih dan ditutup dgn 3 witir. lepas tu mereka boleh balik rumah, tidur dan bangun sahur.
sekian

0 comments:

Post a Comment