Monday, February 23, 2009

Bacaan Dalam Ruku' Dan Sujud

Assalamualaikum

Sya ada terbaca dlm sebuah kitab yg bacaan sebenar dlm rukuk ialah Subhanarabbiyal'azim & sujud Subhanarabbiala'la shj & tmbahan Wabihamdih 2 dikatakan tambahan yg diterangkan terdapat dlm kitab2 perukun yg sumbernya da'if. Tapi dlm kitab tersebut jg ada menerangkn sebuah hadis yg nabi menyuruh memperbanyakkan puji2 an kpd Allah di dlm rukuk n bykkan doa ketika sujud. Jd apakah penambahan Wabihamdih 2 tidak boleh kerana mknanya jga memuji Allah S.W.T. Adakah bacaan @doa yg dibenarkan dibaca ketika sujud??

Tolong terangkan yg mantop2 2...... Syukran..

********************
Sesungguhnya di dalam rukuk dianjurkan kita untuk membesarkan Allah sebagaimana sabda beliau saw:

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيْمِ قَالَ لَنَا رَسُوْلُ الله ص: اِجْعَلُوْهَا فِيْ رُكُوْعِكُمْ. فَلَمَّا نَزَلَتْ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى قَالَ: اِجْعَلُوْهَا فِيْ سُجُوْدِكُمْ
Daripada Uqbah bin 'Amir ia berkata: Ketika turunnya ayat Fasabbih bismirobbikal 'adzim (Surah Al-Waaqi'ah ayat 74 [56:74]), bersabda Rasulullah saw kepada kami: Jadikan ia dalam ruku'mu. Ketika diturunkan ayat Sabbihisma robbikal a'la (Surah Al-A'laa ayat 1 [87:1]) maka beliau saw bersabda: Jadikan ia dalam sujudmu.Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah

Dalam hadits yang lainnya, diperincikan bagaimanakah ucapan-ucapan Rasulullah saw dalam ruku'. Kita renungkan antara bacaan-bacaan yang diucapkan oleh Rasulullah saw.

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ ص فَكَانَ يَقُوْلُ فِي رُكُوْعِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَفِيْ سُجُوْدِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَمَا مَرَّتْ اَيَةُ رَحْمَةٍ اِلاَّ وَقَفَ عِنْدَهَا يَسْأَلُ وَلاَ اَيَةُ عَذَابٍ اِلاَّ تَعَوَّذَ مِنْهَا
Daripada Huzaifah bin al-Yaman ia berkata: Aku solat bersama Nabi saw maka adalah beliau saw membaca dalam ruku'nya Subhaana robbiyal 'adzim (bermaksud) Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dalam sujudnya Subhaana robbiyal a'la (bermaksud) Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan tidaklah beliau melalui ayat rahmat melainkan beliau berhenti (sejenak) padanya dan meminta (rahmat) dan tiadalah (beliau melalui) ayat azab melainkan beliau memohon perlindungan darinya
Riwayat Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasaie dan Ibnu Majah

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: اِنَّ رَسُوْلَ الله ص كَانَ يَقُوْلُ فِيْ رُكُوْعِهِ وَسُجُوْدِهِ سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ

Daripada Aisyah ia berkata: Bahawa Rasulullah saw membaca dalam ruku' dan sujudnya Subbuhun quddusun robbul malaaikati war ruuh (bermaksud) Maha suci Tuhan Maha Qudus Tuhan malaikat dan ruh
Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan An-Nasaie

اَنَّ النَّبِيَّ ص كَانَ اِذَا رَكَعَ قَالَ: اَللَّهُمَّ لَكَ رَكَعْتُ وَبِكَ ءَامَنْتُ وَلَكَ اَسْلَمْتُ اَنْتَ رَبِّيْ خَشَعَ سَمْعِيْ وَبَصَرِيْ وَمُخِّيْ وَعَظْمِيْ وَعَصَبِيْ وَمَا اسْتَقَلَّتْ بِهِ قَدَمِيْ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Bahawa Nabi saw apabila ruku' beliau ucapkan: Allahumma laka roka'tu wabika aamantu walaka aslamtu anta robbi khosya'a sami'i wa bashori wa mukkhi wa 'adzmi wa 'ashobi wamastaqollat bihi qodami lillahi robbil 'alamin (bermaksud) Ya Allah, kepadamu aku ruku', denganMu aku beriman, kepadaMu aku menyerahkan diri. Engkau Tuhanku, Khusyu' (tunduk merendah diri) pendengaranku, penglihatanku, otakku, tulangku, urat sarafku dan apa yang ditopang oleh kedua kakiku kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan lain-lain.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ رَسُوْلُ الله ص يُكْثِرُ اَنْ يَقُوْلَ فِيْ رُكُوْعِهِ وَسُجُوْدِهِ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ يَتَأَوَّلُ الْقُرْءَانَ
Daripada Aisyah ia berkata: Adalah Rasulullah saw memperbanyakkan (sering) membaca dalam ruku' dan sujudnya Subhaanakallahumma robbana wabihamdika allahummaghfirli (bermaksud) Maha Suci Engkau ya Allah, Tuhan kami dan pujian bagiMu, ya Allah, ampunilah aku, beliau menta'wil Al-Quran (mengerjakan apa yang diperintahkan Al-Quran)
Riwayat Jamaah kecuali At-Tirmidzi

Demikianlah antara bacaan-bacaan yang dibaca oleh Rasulullah saw dalam ruku' dan ada lagi bacaan-bacaan lainnya yang tiada dimasukkan dalam teks ini. Maka dalam bab ini, boleh kita mengamalkan mana-mana bacaan asalkan ianya berdalilkan hadits yang shahih atau hasan. Terdapat di kalangan umat Islam yang membaca tasbih dalam ruku' dan sujudnynya dengan tambahan wabihamdihi , bacaannya seperti berikut:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan pujian bagiNya

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maha Suci Tuhanku yang maha Tinggi dan pujian bagiNya

Bahawa penambahan wabihamdihi ini tidak diperoleh dalam hadits-hadits yang shahih atau hasan melainkan semua riwayatnya adalah lemah malah terdapat di kalangan ulama yang menganggap bacaan ini sebagai bid'ah. Beramallah dengan bacaan-bacaan lainnya yang shahih dan terang, tinggalkanlah perkara yang terdapat padanya keraguan sebagaimana sabda Rasulullah saw:

دَعْ مَا يَرِيْبُكَ اِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ
Tinggalkan apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau
Hadits shahih riwayat Ahmad

Telah bersabda Rasulullah saw:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: اَلاَ وَاِنِّيْ نُهِيْتُ اَنْ اَقْرَأَ الْقُرْآنَ رَاكِعًا اَوْ سَاجِدًا فَاَمَّا الرُّكُوْعُ فَعَظِّمُوْا فِيْهِ الرَّبَّ وَاَمَّا السُّجُوْدُ فَاجْتَهِدُوْا فِي الدُّعَاءِ فَاِنَّهُ قَمِنٌ اَنْ يُسْتَجَابَ لَهُ
Daripada Ibnu Abbas ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Ketahuilah bahawa aku dilarang membaca Al-Quran dalam rukuk dan dalam sujud. Adapun dalam rukuk hendaklah kamu membesarkan Tuhan dan adapun dalam sujud maka bersungguh-sungguhlah kamu dalam berdoa kerana sesungguhnya layak benar doamu di dalamnya akan diterima.
Riwayat Muslim

Bacaan-bacaan dalam sujud

Terdapat berbagai-bagai bacaan yang dibaca Rasulullah saw ketika dalam sujud. Maka apa yang dapat diulaskan di sini, boleh saja kita memilih mana-mana bacaan untuk diamalkan asalkan ianya daripada keterangan yang boleh dijadikan hujah. Jauhilah dari beramal dengan keterangan-keterangan yang dhaif dan meragukan. Terdapat beberapa bacaan dalam sujud yang telah disebutkan secara tidak langsung dalam pernyataan di atas iaitu pada bab "Bacaan-bacaan dalam rukuk" maka di sini dibawakan bacaan-bacaan lainnya sebagai tambahan. Diriwayatkan daripada Ali:

اَنَّ رَسُوْلَ الله ص كَانَ اِذَا سَجَدَ يَقُوْلُ: الَلَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ وَلَكَ اَسْلَمْتُ سَجَدَ وَجْهِي ِللَّذِيْ خَلَقَهُ فَصَوَّرَهُ فَاَحْسَنَ صُوَرَهُ فَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ فَتَبَارَكَ اللهُ اَحْسَنَ الْخَالِقِيْنَ
Bahawa Rasulullah saw apabila bersujud beliau ucapkan (bermaksud) Ya Allah! Aku bersujud padaMu, aku beriman padaMu, aku berserah diri padaMu, sujud wajahku kepada (Allah) yang telah menciptakannya maka dibentukkannya dielokkan rupa bentuknya, dilengkapinya dengan pendengarannya dan penglihatannya maka Maha Berkah Allah sebaik-baik Pencipta
Riwayat Ahmad dan Muslim

Daripada Abu Hurairah:

اَنَّ النَّبِيَّ ص كَانَ يَقُوْلُ فِيْ سُجُوْدِهِ: الَلَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجَلَّهُ وَاَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ.
Bahawa Nabi saw membaca dalam sujudnya (bermaksud) Ya Allah! Ampunilah seluruh dosaku, baik yang kecil maupun yang besar, baik yang mula pertama maupun yang kesudahannya, baik yang terang-terangan maupun yang tersembunyi.
Riwayat Muslim, Abu Daud dan Al-Hakim.

Dan daripada Ibnu Abbas ketika menggambarkan solat Rasulullah saw sewaktu tahajjud, ia berkata:

ثُمَّ خَرَجَ اِلَى الصَّلاَةِ فَصَلَّى وَجَعَلَ يَقُوْلُ فِيْ صَلاَتِهِ اَوْ فِيْ سُجُوْدِهِ: الَلَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِيْ نُوْرًا وَفِي سَمْعِي نُوْرًا وَفِي بَصَرِيْ نُوْرًا وَعَنْ يَمِيْنِي نُوْرًا وَعَنْ يَسَارِيْ نُوْرًا وَاَمَامِيْ نُوْرًا وَخَلْفِيْ نُوْرًا وَفَوْقِي نُوْرًا وَتَحْتِيْ نُوْرًا وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا قَالَ شُعْبَةُ اَوْ قَالَ: اِجْعَلْ لِيْ نُوْرًا
Kemudian beliau saw keluar untuk solat maka beliau pun bersolat dan beliau ucapkan dalam solatnya atau dalam sujudnya (bermaksud) Ya Allah! Jadikanlah dalam hatiku cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, di sebelah kananku cahaya, di sebelah kiriku cahaya, di depanku cahaya, di belakangku cahaya, di sebelah atasku cahaya, di bawahku cahaya dan jadikanlah aku ini cahaya – Berkata Syu'bah: atau beliau saw ucapkan (bermaksud) Jadikanlah aku cahaya
Riwayat Ahmad dan Muslim

Sesungguhnya sujud itu adalah waktu yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya maka perbanyakkanlah dan bersungguh-sungguhlah berdoa di ketika itu.

اَنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: أَقْرَبُ مَا يَكُوْنُ اَحَدُكُمْ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوْا فِيْهِ مِنَ الدُّعَاءِ، وَقَالَ: اَلاَ اِنِّيْ نُهِيْتُ اَنْ اَقْرَأَ الْقُرْاَنَ رَاكِعًا اَوْ سَاجِدًا اَمَّا الرُّكُوْعُ فَعَظَّمُوْا فِيْهِ الرَّبَّ وَاَمَّا السُّجُوْدُ فَاجْتَهِدُوْا فِي الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ اَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ
Telah bersabda Nabi saw: Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya ialah ketika ia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyak doa ketika sujud itu. Dan sabdanya lagi: Ketahuilah, sesungguhnya aku dilarang membaca Al-Quran ketika rukuk atau sujud. Adapun di waktu rukuk maka agungkanlah Tuhanmu sedang di waktu sujud maka bersungguh-sungguhlah kamu dengan berdoa, maka pasti kamu dikabulkan.
Riwayat Ahmad, Muslim, Nasai dan Abu Daud.


_________________

Sesungguhnya di dalam rukuk dianjurkan kita untuk membesarkan Allah sebagaimana sabda beliau saw:

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيْمِ قَالَ لَنَا رَسُوْلُ الله ص: اِجْعَلُوْهَا فِيْ رُكُوْعِكُمْ. فَلَمَّا نَزَلَتْ سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى قَالَ: اِجْعَلُوْهَا فِيْ سُجُوْدِكُمْ
Daripada Uqbah bin 'Amir ia berkata: Ketika turunnya ayat Fasabbih bismirobbikal 'adzim (Surah Al-Waaqi'ah ayat 74 [56:74]), bersabda Rasulullah saw kepada kami: Jadikan ia dalam ruku'mu. Ketika diturunkan ayat Sabbihisma robbikal a'la (Surah Al-A'laa ayat 1 [87:1]) maka beliau saw bersabda: Jadikan ia dalam sujudmu.Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah

Dalam hadits yang lainnya, diperincikan bagaimanakah ucapan-ucapan Rasulullah saw dalam ruku'. Kita renungkan antara bacaan-bacaan yang diucapkan oleh Rasulullah saw.

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ قَالَ: صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ ص فَكَانَ يَقُوْلُ فِي رُكُوْعِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَفِيْ سُجُوْدِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَمَا مَرَّتْ اَيَةُ رَحْمَةٍ اِلاَّ وَقَفَ عِنْدَهَا يَسْأَلُ وَلاَ اَيَةُ عَذَابٍ اِلاَّ تَعَوَّذَ مِنْهَاDaripada Huzaifah bin al-Yaman ia berkata: Aku solat bersama Nabi saw maka adalah beliau saw membaca dalam ruku'nya Subhaana robbiyal 'adzim (bermaksud) Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dalam sujudnya Subhaana robbiyal a'la (bermaksud) Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan tidaklah beliau melalui ayat rahmat melainkan beliau berhenti (sejenak) padanya dan meminta (rahmat) dan tiadalah (beliau melalui) ayat azab melainkan beliau memohon perlindungan darinya
Riwayat Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasaie dan Ibnu Majah

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: اِنَّ رَسُوْلَ الله ص كَانَ يَقُوْلُ فِيْ رُكُوْعِهِ وَسُجُوْدِهِ سُبُّوْحٌ قُدُّوْسٌ رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ وَالرُّوْحِ
Daripada Aisyah ia berkata: Bahawa Rasulullah saw membaca dalam ruku' dan sujudnya Subbuhun quddusun robbul malaaikati war ruuh (bermaksud) Maha suci Tuhan Maha Qudus Tuhan malaikat dan ruh
Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan An-Nasaie

اَنَّ النَّبِيَّ ص كَانَ اِذَا رَكَعَ قَالَ: اَللَّهُمَّ لَكَ رَكَعْتُ وَبِكَ ءَامَنْتُ وَلَكَ اَسْلَمْتُ اَنْتَ رَبِّيْ خَشَعَ سَمْعِيْ وَبَصَرِيْ وَمُخِّيْ وَعَظْمِيْ وَعَصَبِيْ وَمَا اسْتَقَلَّتْ بِهِ قَدَمِيْ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَBahawa Nabi saw apabila ruku' beliau ucapkan: Allahumma laka roka'tu wabika aamantu walaka aslamtu anta robbi khosya'a sami'i wa bashori wa mukkhi wa 'adzmi wa 'ashobi wamastaqollat bihi qodami lillahi robbil 'alamin (bermaksud) Ya Allah, kepadamu aku ruku', denganMu aku beriman, kepadaMu aku menyerahkan diri. Engkau Tuhanku, Khusyu' (tunduk merendah diri) pendengaranku, penglihatanku, otakku, tulangku, urat sarafku dan apa yang ditopang oleh kedua kakiku kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan lain-lain.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ رَسُوْلُ الله ص يُكْثِرُ اَنْ يَقُوْلَ فِيْ رُكُوْعِهِ وَسُجُوْدِهِ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ يَتَأَوَّلُ الْقُرْءَانَDaripada Aisyah ia berkata: Adalah Rasulullah saw memperbanyakkan (sering) membaca dalam ruku' dan sujudnya Subhaanakallahumma robbana wabihamdika allahummaghfirli (bermaksud) Maha Suci Engkau ya Allah, Tuhan kami dan pujian bagiMu, ya Allah, ampunilah aku, beliau menta'wil Al-Quran (mengerjakan apa yang diperintahkan Al-Quran)
Riwayat Jamaah kecuali At-Tirmidzi

Demikianlah antara bacaan-bacaan yang dibaca oleh Rasulullah saw dalam ruku' dan ada lagi bacaan-bacaan lainnya yang tiada dimasukkan dalam teks ini. Maka dalam bab ini, boleh kita mengamalkan mana-mana bacaan asalkan ianya berdalilkan hadits yang shahih atau hasan. Terdapat di kalangan umat Islam yang membaca tasbih dalam ruku' dan sujudnynya dengan tambahan wabihamdihi , bacaannya seperti berikut:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِMaha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan pujian bagiNya
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِMaha Suci Tuhanku yang maha Tinggi dan pujian bagiNya

Bahawa penambahan wabihamdihi ini tidak diperoleh dalam hadits-hadits yang shahih atau hasan melainkan semua riwayatnya adalah lemah malah terdapat di kalangan ulama yang menganggap bacaan ini sebagai bid'ah. Beramallah dengan bacaan-bacaan lainnya yang shahih dan terang, tinggalkanlah perkara yang terdapat padanya keraguan sebagaimana sabda Rasulullah saw:
دَعْ مَا يَرِيْبُكَ اِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَTinggalkan apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau
Hadits shahih riwayat Ahmad

Telah bersabda Rasulullah saw:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: اَلاَ وَاِنِّيْ نُهِيْتُ اَنْ اَقْرَأَ الْقُرْآنَ رَاكِعًا اَوْ سَاجِدًا فَاَمَّا الرُّكُوْعُ فَعَظِّمُوْا فِيْهِ الرَّبَّ وَاَمَّا السُّجُوْدُ فَاجْتَهِدُوْا فِي الدُّعَاءِ فَاِنَّهُ قَمِنٌ اَنْ يُسْتَجَابَ لَهُDaripada Ibnu Abbas ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Ketahuilah bahawa aku dilarang membaca Al-Quran dalam rukuk dan dalam sujud. Adapun dalam rukuk hendaklah kamu membesarkan Tuhan dan adapun dalam sujud maka bersungguh-sungguhlah kamu dalam berdoa kerana sesungguhnya layak benar doamu di dalamnya akan diterima.
Riwayat Muslim


Bacaan-bacaan dalam sujud

Terdapat berbagai-bagai bacaan yang dibaca Rasulullah saw ketika dalam sujud. Maka apa yang dapat diulaskan di sini, boleh saja kita memilih mana-mana bacaan untuk diamalkan asalkan ianya daripada keterangan yang boleh dijadikan hujah. Jauhilah dari beramal dengan keterangan-keterangan yang dhaif dan meragukan. Terdapat beberapa bacaan dalam sujud yang telah disebutkan secara tidak langsung dalam pernyataan di atas iaitu pada bab "Bacaan-bacaan dalam rukuk" maka di sini dibawakan bacaan-bacaan lainnya sebagai tambahan. Diriwayatkan daripada Ali:

اَنَّ رَسُوْلَ الله ص كَانَ اِذَا سَجَدَ يَقُوْلُ: الَلَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ وَلَكَ اَسْلَمْتُ سَجَدَ وَجْهِي ِللَّذِيْ خَلَقَهُ فَصَوَّرَهُ فَاَحْسَنَ صُوَرَهُ فَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ فَتَبَارَكَ اللهُ اَحْسَنَ الْخَالِقِيْنَBahawa Rasulullah saw apabila bersujud beliau ucapkan (bermaksud) Ya Allah! Aku bersujud padaMu, aku beriman padaMu, aku berserah diri padaMu, sujud wajahku kepada (Allah) yang telah menciptakannya maka dibentukkannya dielokkan rupa bentuknya, dilengkapinya dengan pendengarannya dan penglihatannya maka Maha Berkah Allah sebaik-baik Pencipta
Riwayat Ahmad dan Muslim

Daripada Abu Hurairah:

اَنَّ النَّبِيَّ ص كَانَ يَقُوْلُ فِيْ سُجُوْدِهِ: الَلَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجَلَّهُ وَاَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلاَنِيَتَهُ وَسِرَّهُ.Bahawa Nabi saw membaca dalam sujudnya (bermaksud) Ya Allah! Ampunilah seluruh dosaku, baik yang kecil maupun yang besar, baik yang mula pertama maupun yang kesudahannya, baik yang terang-terangan maupun yang tersembunyi.
Riwayat Muslim, Abu Daud dan Al-Hakim.

Dan daripada Ibnu Abbas ketika menggambarkan solat Rasulullah saw sewaktu tahajjud, ia berkata:
ثُمَّ خَرَجَ اِلَى الصَّلاَةِ فَصَلَّى وَجَعَلَ يَقُوْلُ فِيْ صَلاَتِهِ اَوْ فِيْ سُجُوْدِهِ: الَلَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِيْ نُوْرًا وَفِي سَمْعِي نُوْرًا وَفِي بَصَرِيْ نُوْرًا وَعَنْ يَمِيْنِي نُوْرًا وَعَنْ يَسَارِيْ نُوْرًا وَاَمَامِيْ نُوْرًا وَخَلْفِيْ نُوْرًا وَفَوْقِي نُوْرًا وَتَحْتِيْ نُوْرًا وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا قَالَ شُعْبَةُ اَوْ قَالَ: اِجْعَلْ لِيْ نُوْرًا Kemudian beliau saw keluar untuk solat maka beliau pun bersolat dan beliau ucapkan dalam solatnya atau dalam sujudnya (bermaksud) Ya Allah! Jadikanlah dalam hatiku cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, di sebelah kananku cahaya, di sebelah kiriku cahaya, di depanku cahaya, di belakangku cahaya, di sebelah atasku cahaya, di bawahku cahaya dan jadikanlah aku ini cahaya – Berkata Syu'bah: atau beliau saw ucapkan (bermaksud) Jadikanlah aku cahaya
Riwayat Ahmad dan Muslim

Sesungguhnya sujud itu adalah waktu yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya maka perbanyakkanlah dan bersungguh-sungguhlah berdoa di ketika itu.

اَنَّ النَّبِيَّ ص قَالَ: أَقْرَبُ مَا يَكُوْنُ اَحَدُكُمْ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوْا فِيْهِ مِنَ الدُّعَاءِ، وَقَالَ: اَلاَ اِنِّيْ نُهِيْتُ اَنْ اَقْرَأَ الْقُرْاَنَ رَاكِعًا اَوْ سَاجِدًا اَمَّا الرُّكُوْعُ فَعَظَّمُوْا فِيْهِ الرَّبَّ وَاَمَّا السُّجُوْدُ فَاجْتَهِدُوْا فِي الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ اَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْTelah bersabda Nabi saw: Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya ialah ketika ia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyak doa ketika sujud itu. Dan sabdanya lagi: Ketahuilah, sesungguhnya aku dilarang membaca Al-Quran ketika rukuk atau sujud. Adapun di waktu rukuk maka agungkanlah Tuhanmu sedang di waktu sujud maka bersungguh-sungguhlah kamu dengan berdoa, maka pasti kamu dikabulkan.
Riwayat Ahmad, Muslim, Nasai dan Abu Daud.
Setakat inilah yg dapat sy kongsikan dalam bab ni..kiranya ada hujah atau keterangan yg saya kemukakan ini bertentangan dgn Al-Quran dan As-Sunnah maka tegurlah sy berdasarkan dalil2 yg sahih drp Al-Quran dan As-Sunnah..
Allahu a’lam

1 comments:

Indah Nurnafi'ah said...

terimakasih, sangat membantu

Post a Comment