Wednesday, December 17, 2008

Hadis Kaedah Turun Sujud

assalamualaikum,

hadis:
"dari Abu Hurairah R.A. ia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: bila seseorang sujud, maka janganlah ia menderum, seperti unta betina menderum dan hendaklah diletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya."

soalannya
bukankah unta menderum dengan meletakkan kedua kaki depannya dahulu sebelum kaki belakang? tidakkah perbuatan ini sama seperti meletakkan kedua tangan sebelum kedua lutut seperti yg dilarang Nabi S.A.W.

mohon penjelasan. harap maaf jika ada tersalah kata.



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Wa'alaikumussalam sdr rizal1039

Alhamdulillah. Saya akan cuba menjawabnya yang sedaya yang mungkin kerana Sheikh moderator-moderator ruangan Fiqh ini sedang bercuti. Tajuk soalan sdr 'Hadith terbalik?' kalau sekali baca, memang boleh menarik perhatian ): . Ingat kot amalan Qul Hu Allah songsang atau amalan yang sewaktu dengannya, rupa-rupanya Hadith yang menerangkan 2 kaedah bagaimana hendak turun sujud didalam solat.

Persoalan yang merujuk kepada hadith dan cara 'duduk' unta semasa melakukan perbuatan ketika hendak sujud merupakan satu perkara di diperselisihkan oleh ulama'-ulama'. Hadith yang sdr rizal1039 rujuk tadi tarafnya sahih dikalangan beberapa ulama' hadith dan ia juga digunakan oleh beberapa ulama bagi menjustifikasikan kaedah bagaimana hendak turun melakukan sujud. Sebelum kita melihat penerangan mereka yang berpegang kepada hadith, rasanya eloklah kita lihat hadith dan perbuatan sujud yang dipegang oleh kebanyakkan ulama.

Menurut mazhab Hanafi, Syafie dan satu pandangan yang diriwayatkan dari Ahmad, seseorang yang ingin sujud hendaklah menurunkan lututnya dahulu, kemudian barulah tangannya. Al-Tirmudzi menganggap walaupun ini adalah amalan kebanyakkan ulama, sebagaimana yang beliau ucapkan didalam Sunannya (2/57).: "[Ini adalah] amalan kebanyakkan ulama' " {والعمل عليه عند أكثر أهل العلم }: mereka merasakan bahawa seseorang itu harus turun dengan lututnya sebelum meletakkan tangannya dibahawa, dan bila ia bangun ia harus menangkat tangannya dahulu sebelum lututnya. Mereka menggunakana hadith Waa'il ibn Hajar yang berkata :


رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سجد يضع ركبتيه قبل يديه ، وإذا نهض رفع يديه قبل ركبتيه .
رواه أبوداود والترمذي والنسائي وابن ماجة والدارقطني (1/345) وقال : تفرد به يزيد بن هارون عن شريك ولم يحدث به عن عاصم بن كليب غير شريك وشريك ليس بالقوي . وقال البيهقي في السنن (2/101) : إسناده ضعيف . وضعفه الألباني في المشكاة (898) وفي الإرواء (2/75) ، وصححه آخرون من أهل العلم كابن القيم رحمه الله في زاد المعاد
"Aku melihat Nabi saw apabila beliau sujud, dia meletakkan lututnya sebelum tangan, dan bila beliau naik, beliau akan mengangkat tangannya sebelum lutut" (Riwayat Abu Daud, Al-Tirmudzi, Al-Nasaai', Ibn Majah (1/345). Tirmudzi berkata bahawa hanya seorang yang meriwayatkannya ialah Yazid ibnm Harun dari Shurayk. Tiada siapa yang meriwayatkan dari 'Aasim ib Kulab melainkan Shurayk, dan Shurayk bukanlah kuat. Dan berkata Al-Baihaqi didalam Al-Sunan (2/10): Isnad ini dhai'f (lemah). Albani mengkelaskan hadith ini sebagai dhai'f didalam al-Mishkaat (898), al-Irwa' (2/75).

Lain-lain ulama mengkelaskan hadith ini sebagai Sahih, seperti Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma'aad). Mereka yang mendokong bahawa harus turun sujud menggunakan lutut dahulu ialah Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah, Ibn Al-Qayyim, dan juga beberapa ulama zaman ini seperti Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, Sheikh Muhammad ibnu Saalih Al-Uthsaimin dan Al-Jibrin.

Kata bin Baaz didalam Majmu' fatawa:

الأصح : الركبتان ثم اليدان ثم الوجه لحديث وائل وما جاء في معناه.
"Yang terbaik : Dua lutut dahulu, kemudian kedua-dua tangan dan kemudiannya muka, dari hadith Waa'il dan apa yang datang dengan maknanya"[4/234][1].

Malik, al-Awzaai dan ulama' hadith yang lain yang berpandangan sujud harus dahulukan tangan (seperti yg sdr rizal1039 katakan tadi) , berdasarkan oleh hadith Abu Hurairah yang berkata:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا سجد أحدكم فلا يبرك كما يبرك البعير وليضع يديه قبل ركبتيه .
رواه أحمد (2/381) وأبوداود والترمذي والنسائي وقال النووي في المجموع (3/421) : رواه أبو داود والنسائي بإسناد جيد .وصححه الشيخ الألباني في الإرواء (2/78) وقال : وهذا سند صحيح رجاله كلهم ثقات رجال مسلم غير محمد بن عبدالله بن الحسن وهو المعروف بالنفس الزكية العلوي وهو ثقة
"Rasulullah saw bersabda :'Apabila seseorang itu sujud, janganlah turun kamu seperti unta, dan letakkanlah tangan sebelum lutut' (Riwayat Ahmad (2/381), Abu Daud, Al-Tirmudzi dan Al-Nasaai'. Al-Nawawi didalam Kitab Al-Maj'mu' (3/241) berkata bahawa Isnaadnya Sahih dan Al-Nassai mengatakan Jayyid Isnaad (Isnad yang baik). Al-Albani didalam al-Irwa' (2/78) telah mengkelaskan hadith ini sebagai Sahih.

Jelas Al-Albani didalam nota kaki didalam buku Sifat Solaat Nabi (ms 141) bahawa :

وأعلم أن وجه مخلفة البعير بوضع اليدين قبل الركبتين؛ هو أن البعير يضع أول ما يضع ركبته، وهما في يديه؛ كما في 'لسان العرب' وغيره من كتب اللغة
"Ketahuilah bahawa unta berbeza [dari perbuatan turun seorang yg bersolat] dari meletakkan kedua tangan sebelum lutut! Unta meletakkan lututnya [dahulu], dan kedua-dua tangannya. Sebagaimana didalam buku "Lisanu Al-Arab" dan kitab-kitab bahasa yang lain."[2]

Maka cara turun untuk sujud menurut Al-Albani [Sifat Solat Nabi, 140] dan didalam Talkhis Sifat Solat Nabi ialah :

ثم يَخِرُّ إلى السجود على يديه، يضعهما قَبْلَ ركبتيه، بهذا أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو الثابت عنه من فعله صلى الله عليه وسلم ، ونهى عن التشبه ببروك البعير، وهو إنما يخر على ركبتيه اللتين هما في مقدمتيه.
"kemudian ia harus turun bawah sujud dengan tangannya, meletakkan ia kebawah sebelum lutut. Ini adalah sebagaimana perintah Rasulullah saw dan thabit baginda melakukannya, dan dilarang meniru cara unta duduk, cara duduk dengan lutut dahulu."[3]

Didalam penyelesaian hal ini, Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah telah mengatakan didalam buku Al-fatawa (22/449) bahawa :

وإن شاء وضع يديه ثم ركبتيه وصلاته صحيحة في الحالتين باتفاق العلماء ولكن تنازعوا في الأفضل
"Jika melakukan Solat meletakkan lutut sebelum tangan, dan jika melakukan Solat meletekkan tangan, kemudiannya lutut, solatnya SAH menurut persetujuan ulama', cuma mereka beselisih antara mana yang afdal"[4]

wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan :

1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Bazz. Majmu' Fatawa Samaahah Abdul Aziz Bin Baaz - 4 Riyad : Dr Al-Watan, 2000.

2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solaat al-Nabi (saw) Cetakan ke 2. Riyad : Maktab Al-Ma'arif, 1996.

3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Solaat al-Nabi (saw) min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

4. Abdul Rahman Muhammad bin Qaasim. Majmu' Fatawa Sheikh Ibnu Taimiyyah. Beirut : Resalah.

0 comments:

Post a Comment