Wednesday, December 17, 2008

Qadha Solat Yang Sengaja Ditinggalkan

Ustaz,
Apakah bolih kita mengkadha' sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja .
Harap dapat Ustaz sertakan hadith nya(maksud) sekali.
Jika tidak bolih dikadha' apakah tindakan yang perlu diambil bagi menebus dosa meninggalkan sembahyang tersebut?

Sekian assalamualaikum dan terima kasih .



Kebanyakan ulamak berpendapat bahawa sembahyang yang sengaja ditinggalkan wajib diqadhak. Mereka mengatakan bahawa apabila sembahyang yang ditinggalkan secara tidak sengaja diwajibkan qadhak, apatah lagi yang ditinggalkan secara sengaja. Sudah tentu ia lebih wajar atau patut diqadhak.

Begini, apabila Allah Taala mengatakan bahawa sembahyang lima waktu itu adalah wajib, maka perintah itu ditujukan kepada semua mukallaf (orang yang berakal dan baligh) serta tidak mempunyai halangan (seperti haidh dan nifas). Bermakna ALlah Taala telah membebankan atau mempertanggungjawabkan kita dengan tugas melaksanakan sembahyang apabila masuk waktunya.

Apabila masuk sahaja waktu zohor, maka kewajipan mengerjakan sembahyang zohor dibebankan di atas bahu kita. Waktunya telah Allah tetapkan, iaitu mula dari gelincir matahari hinggalah bayang sesuatu itu sama panjang dengan objek asalnya (masuk waktu asar). Selagi kita tidak melaksanakan sembahyang zohor, maka selagi itulah bebanan itu tidak terlepas. Bagaimana caranya mahu melepaskan bebanan ini? Iaitu dengan mengerjakan sembahyang zohor. Kemudian, seandainya kita tidak melaksanakannya hinggalah masuk waktu Asar, maka bebanan itu tetap tidak akan terlepas juga. Bagaimana mahu melepaskan bebanan ini sekalipun telah terlepas waktunya? Iaitu dengan mengerjakan sembahyang zohor (qadhok).

Soal: Jika tidak bolih dikadha' apakah tindakan yang perlu diambil bagi menebus dosa meninggalkan sembahyang tersebut?
1. Lepaskan bebanan solat yang dipertanggungjawabkan dengan mengerjakan qadhok.
2. Beristighfar dan memohon ampun kepada Allah atas kelalaian kita terhadap tanggungjawab yang dibebankan. Berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.

Wallahu a'lam.

Rujukan:
Feqhus Sunnah, Syed Sabiq
Usul al-Feqh al-Islami, Dr Wahbah al-Zuhaili

0 comments:

Post a Comment