Sunday, January 18, 2009

Empat Jenis Solat Hajat???

Assalamualaikum,

Saya ada buku himpunan solat sunat. terdapat 4 jenis solat hajat yang berbeza didalamnya. Solat hajat yang ke-4 merupakan solat 12 rakaat. Ianya dinyatakan sbg solat yg mana doanya tidak akan ditolak oleh Allah. Apakah benar pandangan ini?


Sekian.

****************
Assalamualaikum.

Hadith-hadith yang secara jelas menyebut tentang apa yang dinamakan sebagai 'solat hajat' tidak ada satupun yang sahih menurut penilaian ulama hadith. Bahkan hadith-hadith tersebut berkisar pada status sangat lemah atau palsu yang sekalipun banyak riwayat tidak mungkin akan terangkat menjadi hadith hasan (salah satu kategori hadith yang boleh dibuat sandaran hukum). Ini yang termaktub dalam disiplin ilmu hadith.

Adapun beberapa hadith yang sahih yang turut disandarkan untuk amalan ini tidak secara jelas menunjukkan kepada wujudnya 'solat hajat' ini. Contohnya hadith Uthman Bin Hunaif, ia hanya menunjuk kepada amalan berdoa selepas solat atau bertawassul dengan amal soleh seperti berwuduk dan solat.

Berhubung bentuk solat hajat yang ditanya, tiada dalil samada yang sahih mahupun yang dh'aif tentangnya. Begitu juga fadhilat yang dinyatakan jelas bertentangan dengan syarak dan akal yang sihat.

Wallahu a'lam.
_________________
ustaz Rasyid bin Idris
IQ

0 comments:

Post a Comment