Monday, January 19, 2009

Tidur Selepas Subuh

Salam

Sahihkah hadith yg mengatakan :

"Orang yg tidur selepas Subuh, akan dipayahkan rezeki untuknya". WA

*****************
Salam

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan bahawa beliau tidak pernah lagi jumpa mengenai larangan perihal perkara ini. Oleh kerana tidak ada dalil yang sahih, maka hukumnya harus. Walaupun begitu, amalan Rasulullah saw serta sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga matahari naik. Ini terdapat dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Adapun mengenai tidur selepas asar, mmg terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:
“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Hadis di atas telah dikelaskan terlalu dhaif/lemah oleh Albani, Az-Dhahabi, Ibn Jawzee dlln. Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Ad-Du'afa' Wal Majruhin,dari susur Khalid Ibn Al-Qasim dari Al-Laith Ibn Sa'ad dari Uqail dari Az-Zuhri dari urwah dari Aisyah r.a
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam Al-Maudu'at dengan katanya :"Hadis ini tidak benar,Khalid adalah seorang pendusta,dan hadis ini sebenarnya milik Ibnu Lahi'ah maka diambil oleh Khalid dan dinisbahkan kepada Al-Laith".
Itu jugalah yang dikatakan oleh Al-hakim dan lelainnya.

Ibnu Lahi'ah adalah seorang yang lemah dari segi hafalannya.

Al-Laith (salah seorang imam dalam hadis dan fikh pada zamannya) telah ditegur oleh Marwan kerana tidur selepas asar pada bulan Ramadhan dengan katanya :"Wahai Abu Al-Haris(Al-Laith)! Apalah engkau ini tidur selepas asar,sedangan telah dikhabaran kepada kami dari hadis Ibnu Lahi'ah!! Maka berkata Al-Laith:"Tidaklah aku meninggalan sesuatu yang memanfaatkan diriku hanya disebabkan oleh hadis Ibnu Lahi'ah dari Uqail tersebut! Maka kata2 ini tidak boleh disandarkan pada Rasulullah saw.

Kesimpulannya, tidaklah terdapat sebrang halangan utk tidur selepas subuh. Cuma sunnah yang sebenarnya adlaah tidak tidur tetapi memanfaatkan waktu tersebut dgn amalan2 seperti zikir dan seumpamanya. Begitu juga tidur slps asar. Walaupun begitu tidur ptg mmg terbukti boleh membuatkan kita lemah tapi tidaklah sampai gila. apa yang penting, kata2 di atas tidak boleh dikatakan hadis drpd Rasulullah saw. memadailah sebagai petua biasa utk tidak melemahkan badan. WA

Wassalam

www.islam-qa.com
www.bicaramuslim.com
www.islamonline.com

******************
Wassalam
Tas-hih dan Tahqeeq

Quote:
"Orang yg tidur selepas Subuh, akan dipayahkan rezeki untuknya".

Ia bukan hadis tapi atsar yakni dari Ibn Abbas ra. alhafidz Ibn Qayyim menukilkan atsar ini dalam masterpiecenya Zaad alMa'ad, kitab 4/Tibb anNabawi (perubatan ala Nabi) atau maksudnya Petunjuk RasuluLlah saw dalam perubatan preventif.
Ibn Qayyim menamakan tidur selepas Subuh ini sebagai Khurq yakni tidur yg dicela dalam budaya Arab.

Ibn Qayyim sekali lagi menyebut keburukan tidur selepas subuh ini dalam kitabnya yang lain, madarij asSaalikin pada bab Mufsidat alQalb (Virus-virus hati) dan salah satu virus hati ialah banyak tidur dan tidur pada waktu yg merosakkan spt selepas subuh dan selepas Asr. WA
_________________
Tahqeeq:

Quote:
Sunnah Tidur Tengahari.

alHafeedz Ibn Qayyim dalam Zaad alMa'ad (kitab 4/Tibbun Nabawi) menjelaskan Tidur tengahari itu dinamakan Khulq ketika musim summer (panas) yg amat panas. Kerana kepanasan ini, nabi saw biasa tidur yg dinamakan 'qailulah' yg bermaksud nap yg pendek (short nap). itulah yg anda maksudkan sunah tidur tengahari dalam kitab alMisykah (Jld 1/587) dan dalam Ihya' Ulumiddin alGhazzali (2/293). Maka article itu adalah baik.

Tidur qailullah ni telah disahkan oleh doktor2 perubatan Barat sebagai bermanfa'at misalnya kajian Dr William Anthony melalui bukunya,' The Art of Napping at Work' (petua tidur sekejap di tempat kerja). WA

16 comments:

coco30178 said...

Ustaz,

1).Bagaimana pula bagi mereka yg tinggal di negara barat yang mane waktu subuh masuk pada 2/3pagi dan habis pada 4pagi. (4pgi di sini bole dikatakan masih lagi gelap) Bolekah seseorang itu tidur selepas selesai solat subuh, sementara bagi menunggu waktu utk pergi bekerja?

2). Bolekah seseorang itu tidur selepas waktu asar (selepas balik dari kerja dan selepas selesai menunaikan solat asar, sementara dia menunggu waktu maghrib yang masuk pada pukul 9/10 malam?)disebabkan keletihan/penat?

3). Bolekah seseorang itu tidur sebentar selepas waktu maghrib (9/10mlm) sementara menunggu waktu isha' (11:45mlm). Dia akan bangun pada tengah malam pada pukul 1pagi bagi solat isha' dan qiamulail sebelum waktu subuh 2/3pagi. Berdosakah dia melewatkan waktu isha' nya?

Harap dapat penjelasan dari ustaz.

Admin said...

W'salam

rasalah ketiga-tiga soalan telah dijawab di atas. Harus tidur selepas subuh (menunggu waktu masuk kerja) kerana tidak ada dalil yang melarang, begitu juga tidur selepas waktu maghrib.

dalil larangan tidur selepas asar tersangat lemah tidak boleh dijadikan hujah. Untuk tidak merasa keletihan bagun dari tidur cuba elakkan tidur selepas asar.

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya nak bertanya satu soalan,
kenapa soya tidak baik untuk perempuan?

Admin said...

W'salam

dalam soya didapati kandungan phytoestrogens yang tinggi. Phytoesrogens mengikut beberapa review membantu pertumbuhan barah payudara. Juga tidak baik untuk orang lelaki.

rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Soybean#Health_risks.

Anonymous said...

SALAM ..erm..betul ke tido selepas subuh tu xpe..sebab sy pernah dgr..
tido pada waktu pagi dgn menyelubungkan badan dgn selimut umpama tidur berselimut kan kulit khinzir..tu camne?ea?

Admin said...

tidur selepas sudah dijelaskan di atas. Tidak ada larangan syarak tetapi mengikut adat tidaklah digalakkan tidur selepas subuh. WA.

Anonymous said...

perumpamaan kulit khinzir itu adalah bg org yg mendengar azan subuh tetapi terus tidur @ menarik selimut tampa bangun utk bersolat trlebih dahulu

Anonymous said...

saya ada terbaca dlm,tp tak ingat samada ianya benar..tidur selepas subuh adalah menuju kesusahan,adakah benar

Anonymous said...

lihat sanadnya sdra sdriqu...

Anonymous said...

assalamualaikum.. sy nak tnya, betul ke klu selepas waktu asar, kte tidak digalakkan belajar?

newfolder said...

hadis yang mengatakan tidur selepas asar adalah hadis yg lemah... klu salah tlg betulkan ...

Jufri said...

Memang terdapat hadis Nabi SAW berkenaan orang yang tidur semasa azan dilaungjan.Namun tidak pula disebut orang itu berselimutkan dengan kulit babi iaitu bagi orang tidur waktu azan Subuh.Malah hadis yang lain pun tidak ada yang menyebut begitu.

Rasulullah SAW bersabda:"Orang yang tidak bangun daripada tidur sehingga luput waktu solat ialah orang yang telah dikencing oleh syaitan di dalam telinganya."

Anonymous said...

Tidur Selepas Asar . Tak Boleh Ke

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, Saya nk bertanya .selepas menyelesaikan solat subuh .ketika disunnahkan tidak Perkins tidur sampai matahari terbit kerana masa itu pintu rezeki terbuka .soalannya disini adalah, selepas menunaikan solat subuh bolehkah mengunakan seluar pendek tanpa berbaju sambil menunggu matahari terbit .tidakkah malaikat mencatit reziki lari ?

Unknown said...

Apa punya soalanlah ustz dah jawab banyak kali hukumnya' harus ' jika tidur lepas Subuh.Jika nak tidur sangat tunggulah sampai matahari terbit.Yang jadi susah dan miskin bila kita tidak sembahyang Subuh.

Unknown said...

Kalau macam tu pergilah pakai seluar panjang.Rezeki Allah kalau dia nak kasi kau pakai apa pun dia bagi rezeki.Kau taat atau derhaka dia tetap kasi ingat tu.

Post a Comment