Sunday, October 18, 2009

Kenapa Solat Witir Baca Sabbihis

Guest

salam
Kenapa solat witir mesti baca dengan "sabbihis"... adakah ianya memang khusus utk solat ini? adakah nabi dan sahabat juga membaca surah yg sama? terima kasih

Guest what




*********************
Abu_Umair »


بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Dinukilkan bacaan ini dalam solat witir daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dalam beberapa hadis. Antaranya, hadis Ibn Abbas:


كان ا لنبي صلى الله عليه و سلم يقرأ في الوتر ب { سبح اسم ربك الأعلى } و { قل يا أيها الكافرون } و { قل هو الله أحد } في ركعة ركعة

Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membaca pada witir dengan 'Sabbihisma Rabbikal A'la', 'Qul Ya Ayyuhal Kafiruun', dan 'Qul Huwallahu Ahad'.
Direkod oleh Tirmizi (no: 462)

Diriwayatkan juga melalui beberapa sahabat lain seperti Ali, Aisyah, Abdul Rahman bin Abza daripada Ubai bin Kaab.

Tetapi ada riwayat lain, menambah iaitu surah 'Qul Auzubirabbil Falaq' dan 'Qul Auzubirabbinnaas'. Tetapi kebanyakan ulama dari kalangan sahabat dan tabieen mengambil cara pertama iaitu membaca tiga surah sahaja. (Jamik al-Tirmizi 2/325)

Walaubagaimana pun, tidak wajib membaca surah-surah ini. Ia hanya sunat.

Wallahu A'lam.

0 comments:

Post a Comment