Friday, January 23, 2009

Bacaan qunut subuh bercampur

Salam

Q1: Adakah boleh jika ketika bacaan qunut dalam solat Subuh berjemaah, sewaktu jemaah biasanya mula membaca 'fainnaka...' , saya (makmum )sebaliknya menggantikannya dengan Qunut Nazilah secara sirr?
Q2: Kemudian, dgn kesempatan masa yg ada sebelum turun sujud mengikuti imam, saya menambah dgn doa2 samada drpd Al-Quran atau doa bebas. bolehkah gitu?
Q3: Saya pernah terdengar larangan membaca ayat2 AQ ketika ruku' & sujud. Bagaimana bisa saya membaca doa2 dr ayat AQ ketika sujud terakhir?
Q4: Setakat yg saya pelajari, Nabi saw membaca Qunut Nazilah ketika waktu2 solat fardhu. Bagaimana jika sy membaca ketika solat2 sunat seperti dhuha, tahajjud dll??


(maaf jika soalan berjela Yellow Confused. Jwpn x berjela dialu2kan )
JKK

***********************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Quote:

Q1: Adakah boleh jika ketika bacaan qunut dalam solat Subuh berjemaah, sewaktu jemaah biasanya mula membaca 'fainnaka...' , saya (makmum )sebaliknya menggantikannya dengan Qunut Nazilah secara sirr?

Jika anda bersolat di belakang imam yang berqunut waktu Subuh, maka sebaiknya anda mengikut imam tersebut. Ia tidak menjejaskan sembahyang anda. "Sesungguhnya dijadikan imam itu supaya diikuti, maka jangan kamu menyalahinya".
Di dalam mazhab syafie, ketika imam baca "Fainnaka taqdhi...", maka makmum boleh sama2 membacanya, ataupun senyap mendengar sahaja. Maka anda senyap adalah lebih baik drpd baca qunut qunut nazilah berseorangan.

Quote:

Q2: Kemudian, dgn kesempatan masa yg ada sebelum turun sujud mengikuti imam, saya menambah dgn doa2 samada drpd Al-Quran atau doa bebas. bolehkah gitu?

Syarak telah mengajarkan kita zikir2 yg dibaca sewaktu iktidal. maka bercukup2 dengan ajaran Nabi SAW adalah lebih aula. ini sebahagian zikir yg sunat dibaca ketika iktidal.

رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْداً كَثِـيْراً طَيِّـباً مُبَارَكاً فِيه

رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ, مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ أَهْلُ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ. اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Quote:

Q3: Saya pernah terdengar larangan membaca ayat2 AQ ketika ruku' & sujud. Bagaimana bisa saya membaca doa2 dr ayat AQ ketika sujud terakhir?

mengambil ayat quran sebagai doa dinamakan iqtibas. Tidak salah membaca doa2 tersebut ketika sujud, sebagaimana wanita haidh boleh berdoa dengan ayat2 quran yg berbentuk doa.

Quote:

Q4: Setakat yg saya pelajari, Nabi saw membaca Qunut Nazilah ketika waktu2 solat fardhu. Bagaimana jika sy membaca ketika solat2 sunat seperti dhuha, tahajjud dll??

Ibadat adalah tauqifiyyah, iaitu mengikut apa yg dilakukan oleh Nabi SAW. Dan sabda Nabi: "Sembahyanglah seperti kamu melihat aku sembahyang".
oleh itu, qunut nazilah hanya dikhaskan pada sembahyang fardhu, tidak disunatkan pada sembahyang sunat lain.

3 comments:

Anonymous said...

apakah hukumnya jika doa qunut tertinggal @ terlupa

Admin said...

Solat tidak batal kerana tertinggal doa qunut, lebih-lebih lagi jika kita tahu duduk perkara tentang ikhtilaf ulamak dan antara mazhab.

Jika kita tidak dalam kedudukkan tahu dan faham maka lakukanlah amalan di tempat kita dengan mengerjakan sujud sahwi.

WA

Anonymous said...

Assalamualaikum.saya ada satu soaln berkaitan cara imam membaca qunut nazilah ketika solat subuh.persoalnnya adakah imam kena baca perlahan ketika fainnaka taqdhi hingga wanastaghfirika waatubuu ilaik.bila baca qunut nazilah kena baca lantang.manakala selawat ke atas.nabi di akhir qunut nazilah?

Post a Comment