Friday, January 2, 2009

Bagaimana Kaifiat Solat Istikharah

Salam

Bagaimanakah kaifiat solat istikharah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w itu sendiri.. Dan mugkin dapat diperjelaskan dalam situasi yang bagaimana kita digalakkan utk melaksanakan solat istikharah ini.. mungkin pihak moderator sndr dapat menambah ttg kelebihan solat istikharah ini.. syukran
Wassalam
--------

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjelaskan dengan ringkas Kaifiat Solat Istikhaarah yang kadar yang mampu, Insyaallah. Aspek yang boleh kami ketengahan ialah hadith mengenai Solat Istikhaarah dan kafiat ringkas melakukannya.

Al-Istikhaarah (الاستخارة) didalam lughah ia bermakna (طَلَبُ الْخِيَرَةِ فِي الشَّيْءِ) menuntut petunjuk untuk memilih sesuatu. Didalam terminologi syariah bermakna mencari petunjuk (untuk memdapatkan keputusan yang betul), contohnya : Memohon petunjuk Alah kerana dia yang Mengetahui sebaik-baiknya dan pilihan yang terbaik, dengan cara bersolat atau berdu'a sebagaimana riwayat mengenai Istikhaarah.

Hukum melakukan Solat Al-Istikhaarah ini Sunat. Penjelasan solat al-Istikhaarah ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Jaabir ibn Abdullah al-Salami r.a., katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ الاسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُهُمْ السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ : " إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ قَالَ أَوْ فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ [ واصرفه عني ] وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ . "

"Rasulullah saw mengajar para sahabatnya melakukan Istikhaarah didalam semua perkara, sebagaimana baginda mengajar mereka surah daripada Al-Quran, Baginda berkata : 'Jika sesiapa dari kamu perihatin terhadap sesuatu keputusan dia hendak melakukannya, maka lakukan solat 2 rakaat yang bukan dari solat fardu, kemudian berkata : Ya Allah, Aku memohon sesuatu yang baik daripada engkau menurut Ilmu engkau, dan aku memohon dari Engkau limpah kelimpahan engkau yang Maha Agung. Sesungguhnya engaku sahajalah yang Maha Berkuasa dan aku tidak mempunyai apa-apa pengetahuan. Engkau yang mengetahui Perkara yang ghaib. ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan redhakan aku dengannya'" - [Di riwayatkan oleh al-Bukhari #6841, al-Tirmudzi, Al-Nasaa'i, abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad"

Dari hadith ini, Solat istikharah dilakukan 2 rakaat keaatasnya, dan diikuti dengan do'a.
----------------

Untuk apa dilakukan solat Istikaarah?

Keempat-empat mazhab bersetuju bahawa istikhaarah dilakukan apabila seseorang itu tidak tahu akan keputusan yang mana yang harus diambil. Perkara berkenaan dengan baik atau buruk, yang kene mengena dengan ibadat, tidak ada sebab untuk melakukan Istikhaarah. Tidak ada ruang beristikhaarah perkara-perkara yang telah di haramkan, diwajibkan, atau dimakruhkan. Ia biasa dilakukan bagi sesuatu yangterdapat konflik, yang mana satu harus dipilih. Ibn Hijr (Kitaab al-Tawheed) memberi komentar berkenaan dengan hadith diatas berkata :-

قوله ( كان النبي صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارة .. في الأمور كلها ) قال ابن أبي جمرة : هو عام أريد به الخصوص , فإن الواجب والمستحب لا يستخار في فعلهما والحرام والمكروه لا يستخار في تركهما , فانحصر الأمر في المباح وفي المستحب إذا تعارض منه أمران أيهما يبدأ به ويقتصر عليه . قلت : .. ويتناول العموم العظيم من الأمور والحقير , فرب حقير يترتب عليه الأمر العظيم .

"Bersabda nya : 'Rasulullah saw mengajar para sahabatnya melakukan Istikhaarah didalam semua perkata', Ibn Abi jamrah berkata :'Ini merupakan prasa yang umum yang merujuk kepada sesuatu yang spesifik, Mengenai perkara wajib atau mustahab (sunat), maka tidak perlu dilakukan Istikhaarah untuk pilihan melakukannya, mengenai perkara Haram dan makruh, tidak diperlikan istiharah samada menjahuhinya atau tidak. Isu istikhaarah ini khas bagi perkara yang MUBAAH atau HARUS, atau jika ianya MUSTAHAB (Sunat) maka ia lebih kepada pilihan yang mana harus diberi keutamaan.'. Aku berkata : Ia merujuk kepada perkara besar dan perkara kecil, dan kemungkinan perkarayang remeh yang boleh membentuk perkara yang lebih besar"
---------------

Faedah Solat Istikharah

Sebab mengapa Istikhaarah di berikan ialah menunjukkan ketundukkan kita kepada petintah Allah swt dan satu demonstrasi secara amali bahawa kita tidak mempunyai apa-apa kekuatan dan kekuasaan kita sendiri. Ini bermakna menghadapkan diri kepada Allah dan memohon kebaikan didunia dan diakhirat. Bagi mencapai kesemua ini, seseorang itu harus mengetuk dipintu Rajanya, Allah, dan tidak ada yang lebih bermunafaat melainkan melakukan Solat dan Do'a, kerana ia meliputi ketundukan kepadanya, memujinya dan melahirkan kehendak sesuatu kepadanya. Kemudian selepas Solat Istikhaarah, seseorang itu harus melakukan apa yang dirasa baik baginya.

--------------
Cara melakukan Istikharah

a. Bagi Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie, adalah mustahab setelah membaca Al-Fatihah membaca sura Al-Kaafiruun didalam rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas didalam rakaat kedua.
b. Bagi Hanbali dan Fuqaha' lain tidak menyebut pula surah apa yang perlu dibaca selepas Al-Fatihah

Mengenai bila waktu untuk membaca do'a diatas? Ibnu Taimiyyah didalam Fatawa Al-Kubra (2/265) mengatakan :

يَجُوزُ الدُّعَاءُ فِي صَلاةِ الاسْتِخَارَةِ , وَغَيْرِهَا : قَبْلَ السَّلامِ , وَبَعْدَهُ , وَالدُّعَاءُ قَبْلَ السَّلامِ أَفْضَلُ ; فَإِنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم أَكْثَرُ دُعَائِهِ قَبْلَ السَّلامِ , وَالْمُصَلِّي قَبْلَ السَّلامِ لَمْ يَنْصَرِفْ , فَهَذَا أَحْسَنُ , وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ ..

"Boleh berdo'a didalam solat Istikhaarah dan lainya : sebelum salam, atau selepasnya, dan berdo'a sebelum salam adalah lebioh afdal; kerana sesungguhnya Nabi saw memperbanyakkan membaca do'a sebelum salam, dan berdo'a sebelum salam masih didalam keadaan bersolat, maka ini adalah lebih baik. Wallahu'alam."
----------------------

Sebagai kesimpulan, kami memetik kata-kata Shiekh Muhammad bin Jamil Ziinuu dari buku beliau Syarh Arkan Al-Islam wa Al-Iman (ms 111), katanya :-

وهذه الصلاة والدعاء يفعلهما الإنسان لنفسه كما يشرب الدواء بنفسه موقنا أن ربه الذي استخاره سيوجهه للخير، وعلامة الخير تيسر أسبابه، واحذر الاستخارة المبتدعه التي تعتمد على المنامات وحساب اسم الزوجين وغيرهما مما لا أصل له في الدين.

"Solat dan do'a ini yang kedua-dua dilakukan oleh seseorang untuk dirinya sebagaimana dia minum ubat untuk dirinya, pasti akan Tuhannya dan memohon dari Tuhan akan panduannya yang akan mengarahkannya kearah kebaikkan, dan alamat baik [ditunjukkan] akan memudahkan penyebabnya, dan awaslah dari Istikhaarah yang bid'ah yang bergantung kepada Tidur dan menghisab nama suami atau yang lain dari keduanya, Tidak ada asalnya didalam agama"

---------
Wallahu'alam, wassalam

Rujukan :-

1. Dr Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa'adilatuhu - 2. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.

2. Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Al-Fatawa Al-Kubra - 2. Riyad : dar Al-Ma'arifah, 199?.

3. Shiekh Muhammad bin Jamil Ziinuu.Syarh Arkan Al-Islam wa Al-Iman : wamaa yujibu An Ya'rifahu Al-Muslimu an diiinih. cetakan ke 6. Mekah : Dar Manaabir, 2001.

0 comments:

Post a Comment