Saturday, December 13, 2008

Rukun Qauli Tak Boleh Baca Dalam Hati

Assalamu'alaikum! Ustaz,
benarkah bacaan rukun qauli di dalm solat (i.e fatihah, tahiyyat akhir) tidak boleh dibaca di dalam hati. Ada Ustaz mengatakan ianya mesti di dengar oleh telinga kita sendiri. Adakah dalil berkenaan hal ini?


Jawab:

Perkataan rukun Qauli itu diperkenalkan oleh Syaikh Mashhad (di mana beliau juga adalah Panel Fiqh Ahkam). Solat merangkumi Rukun Qauli (perkataan) dan Rukun qalbi (hati) itu adalah hasil syarah dan pendetailan fuqaha' madzhab semasa merincikan ilmu Fiqh (azZuhaliy, Fiqh Islami). Begitu juga rukun2 solat, spt Rukun 13 itu adalah rincian dalam madzhab Syafi'iy. Istilah2 dan perukunan ini disandarkan kepada dalil-dalil"

HR Bukhari-Ahmad,"solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat."
Juga kaedah usyul feqh:" Dasar dalam Ibadah ialah Tauqif (tunggu perintah) dan Ittiba' (ikutan)."

Apabila fuqaha'/ulama' mengkaji bentuk solat Nabi saw, maka mereka merincikan solat itu ada rukun qauli spt menyebut Takbir Iftitah,"Allahu Akbar" dengan jahar (nyata dengan perkataan melalui sebutan lidah), begitu juga bacaan2 yg lain.

Dalil yg digunakan ialah hadis-hadis dan athar yg dihimpunkan mengenai tatacara solat Nabi saw, mana bacaan baginda yg dikuatkan (nyaring) dan manakah bacaan yg diperlahankan. Jika Nabi membaca secara senyap, sahabat masih boleh melihat mulut Nabi bergerak dengan melihat pergerakan janggutnya (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan solat itu ada rukun Qauli.

Kadar kuat (nyaring) atau perlahan itu ada disebut dalam dalil hadis riwayat Abu Daud, alHakim (disahihkan olehnya), azZahabi (disepakatinya) bahawa Nabi menegur Abu Bakar, supaya mengangkat sedikit suaranya (kerana terlalu perlahan) dan Umar ra merendahkan sikit bacaanya kerana terlalu nyaring.

Adapun solat dan membaca dengan hati ini bukanlah dari Nabi saw, tapi ajaran solat adDaimun (solat dengan hati yg diwartakan sesat). Ruj: Albani, Sifat Solatun Nabiyy. WaLlahu a'alam

11 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..nak tanya, untuk wanita pun boleh baca sampai suara dengar di telinga?

Admin said...

ya untuk wanita pun sama juga...

anon said...

Salaam. Saya ada terbaca, rukun qauli ni tak boleh terlalu perlahan seperti bunyi berbisik. Mohon penerangan tentang terlalu perlahan dan terlalu nyaring. Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum, seperti soalan di atas, bacaan solat untuk wanita haruslah juga sampai kedengaran telinga...tetapi ketika berjemaah oleh wanita sahaja, jika bacaan oleh seorang makmum mengganggu kekhusyukan makmum lain atau imam, adakah makmum yang mengganggu harus memperlahankan bacaannya?

Anonymous said...

assalamualaikum. saya berpendapat lebih baik tutup je blog ini ataupun tidak dibenarkan memberi komen kpd pembaca. soalan-soalan dari komen pun tak berbalas.

Anonymous said...

Assalamualaikum, seperti soalan di atas, bacaan solat untuk wanita haruslah juga sampai kedengaran telinga...tetapi ketika berjemaah oleh wanita sahaja, jika bacaan oleh seorang makmum mengganggu kekhusyukan makmum lain atau imam, adakah makmum yang mengganggu harus memperlahankan bacaannya?

Jwpn: Ya harus diperlahankan, akan tetapi syaratnya adalah si pembaca sendiri dapat mendengar apa yang dibaca. Tidak perlu kuat2. Asal kita dah boleh dgr, dah cukup.

Anonymous said...

Salam, Byk entry d blog lain kata berbisik tidak sah. Saya keliru sbb bila kita berbisik kat org, mestilah org tu boleh dgr dan org lain x akan dgr. Betul ke berbisik tidak sah?

Anonymous said...

Salam, Byk entry d blog lain kata berbisik tidak sah. Saya keliru sbb bila kita berbisik kat org, mestilah org tu boleh dgr dan org lain x akan dgr. Betul ke berbisik tidak sah?

VENDETTA said...

Assalamualaikum..kepada saudara yang memberi komen bahawa tutup blog ini. Saya ingin menegur saudara bahawa perbuatan saudara itu adalah biadap dan kurang ajar dari sudut akhlak dan menuntut ilmu. Tidak bermakna jika admin blog ini tidak menjawab kita hanya perlu bergantung kepada blog ini sahaja. Carilah Guru-guru Agama dan para ulama' yang lain utk menjawab persoalan kita bukan dengan hanya menunggu dengan satu sumber dan merungut. Maaf saya khabarkan itu adalah sikap orang yang munafiq atau jahil . Jadi kepada yang lain jangan bersikap sedemikian.

Kamal Shalah Ezwan bin Abu Talib@ Shalah Ad Din Al Hadid said...

Bagi menjawab persoalan berbisik tidak sah solat, merujuk kepada syarat sah solat ialah bacaan perlahan yang didengari oleh telinga sendiri dengan sebutan yang jelas berserta didengari nada suara. Berbisik tidak sah kerana bacaan tersebut tenggelam timbul antara bunyi dan hanya hembusan angin yang tidak membawa makna bacaan dengan lidah. Dalam hal jika kita berbisik didengari oleh orang lain itu bukan makna berbisik tetapi bercakap dengan nada yang sangat perlahan. Sebaiknya bacaan kita itu adalah bacaan yang jelas didengari ditelinga dengan nada suara yang agak tebal dan bukan hanya dengan hembusan angin. Kitab Fiqh Imam As Syafiee( Manhaj Fiqh Imam Syafiee, Kitab Al Majmu' Imam Nawawi, Ihya' Ulumuddin) WaAllahuta'ala'alam.

Kamal Shalah Ezwan bin Abu Talib@ Shalah Ad Din Al Hadid said...

Adab dalam menjadi makmun solat(lelaki atau wanita) pula ialah tidak boleh membaca dengan bacaan yang kuat sehingga boleh didengari oleh orang lain lebih dari makmum bersebelahan dengan kita kerana mengganggu khusyuk solat makmum yang lain. Cukup sekadar mana yang diterangkan oleh admin sebelum ini. Jika membaca kuat sedemikian hukumnya solat itu sah tetapi makruh kerana menganggu khusyuk makmum yang lain. WaAllahuta'ala'alam.

Post a Comment