Friday, January 2, 2009

Pergerakan Solat Dibanding 4 Unsur Alam

Assalamualaikum sahabat sahabat & Ustaz Ustaz Al-Ahkam semua,

Selalu juga ana mendengar orang bercerita tentang pergerakan Solat 5 waktu yang diperbandingkan (disamakan?) dengan 4 unsur alam iaitu:

1.Takbiratul ikhram - Api
2.Rokok - angin
3.Sujud - air
4.Duduk antara 2 sujud - Tanah

Harap ustaz ustaz semua dapat memberi penjelasan akan hal ini
Terima kasih
_________________

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawap soalan sdr kendil_bolong dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallah.

Banyak teori-teori falsafah yang menceritakan tentang perkara-perkara yang berunsurkan 4 unsur, iaitu Api, Angin, Air dan Tanah. Malah pergerakan Solat juga dikaitkan dengan 4 unsur-unsur ini. Solat merupakan salah satu Rukun Islam yang Allah swt perintahkan kepada umat Islam untuk melakukannya. Solat itu WAJIB bagi setiap orang-orang Islam. Barangsiapa yang engkar kepada Solat maka, kufurlah ia.

بين الرجل وبين الكفر والشرك ترك الصلاة

(أخرجه احمد في المسند 3/370 ومسلم في الصحيح رقم 82 وأبو داود في السنن رقم 4678 والترمذي في الجامع رقم 2621 ، 2622 وابن ماجه في السنن رقم 1064 وابن أبي شيبه في الايمان رقم 44 ، 45 ومحمد بن نصر المروزي في تعظيم قدر الصلاة رقم 886 ، 887 ، 888 من حديث جابر.)

"Diantara seorang lelaki (Islam) dengan Kafir dan Syirik adalah meninggalkan Solat"

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر

(أخرجه أحمد في المسند 5/346 والترمذي في الجامع رقم 2623 وقال هذا حديث حسن صحيح غريب والنسائي في المجتبى 1/231 وابن ماجه في السنن رقم 1065 وأبن أبي شيبه في الإيمان رقم 46 وابن حبان في الصحيح 3/8 وأحمد بن نصر المروزي في تعظيم قدر الصلاة برقم 894، 895، والدار قطني في السنن 2/55 والحاكم في المستدرك 1/7 ووافقه الذهبي من حديث بريدة )

"Perbezaan (perjanjian) diantara kami dan mereka adalah Solat, maka barangsiapa yang meninggalkannya maka dia telah kafir"

Apa yang ditekankan disini ialah betapa pentingnya solat kepada umat Islam. Solat merupakan ibadat yang perlu ada nas yang kukuh untuk dikuti. Ia tidak boleh berdasar teori-teori atau unsur-unsur yang berdasarkan cakap-cakap orang. Solat bukan ibadat ikut-ikutan. Ia perlu didatangi dengan dalil yang sahih, jika tidak maka ianya akan tertolak. Sabda Nabi saw :-

من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد

"Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang bukan dari Kami (Nabi saw) maka ia adalah tertolak"

Hadith ini merupakan satu amaran keras terhadap mereka yang mengada-gadakan sesuatu yang baru didalam ibadat (agama). Agama Islam itu mudah. Ia bukanlah sukar untuk difahami dengan teori-teori yang kompleks, kerana Allah swt berfirman :-

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

"Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" - [Al-Haj : 78]

Pergerakan Solat dari Niat, Takbir Al-Ihram sehinggalah kesalam, kesemuanya adalah berdasarkan kepada Hadith Nabi saw yang selalu menjadi dalil didalam kitab-kitab yang membicarakan bab solat :-

صلوا كما رأيتموني أصلي

"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat"

Kita diperintah bersolat menurut sebagaimana Nabi saw bersolat. Dengan erti kata lain, kita wajib bersolat ikut pergerakan Nabi saw dan bukan berdasarkan kepada unsur-unsur 4 tadi. Ini pandangan yang paling sahih. Hadith inilah yang perlu kita pegang bilamana kita dikemukan mengenai cara perbuatan didalam solat. Bagi kita Umat Islam, Nabi saw lah yang menjadi sebaik-baik ikutan sebagaimana firman Allah swt :-

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."

Rahsia sebenar disebalik pergerakan Solat, cuma Allah swt sahaja yang tahu. Bagi kita, pergerakan solat yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada hadith "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat".

Wallahu'alam, wassalam.

-----------
Rujukan :-

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 6. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

0 comments:

Post a Comment