Tuesday, December 9, 2008

Kotoran Pada Kuku

Assalamu'alaikum wbt

Terima kasih kerana memberi peluang utk saya bertanyakan soalan di sini

1. Adakah kotoran di bawah kuku dianggap menghalang air dari sampai ke kulit ketika berwudhu'? Dan adakah dianggap najis menyebabkan tidak sah solat? Bagaimana pula keadaan situasi ini dengan mandi wajib?

2. Bacaan ketika bangun i'tidal ketika solat berjema'ah, adakah imam sahaja yang perlu membaca sami'allahulimanhamidah manakala makmum menjawab rabbanawalakalhamd atau kedua2 imam dan makmum membaca kedua2 bacaan itu?

3. Bagaimanakah cara membaca do'a qunut yg sebaiknya ketika solat berjemaah?
Biasanya di sini imam membaca sebahagian do'a manakala makmum mengaminkan dan sebahagian lagi do'a dibaca sendiri.
Jika betul perlaksanaan imam membaca sebahagian do'a manakala makmum mengaminkan dan sebahagian lagi do'a dibaca sendiri, pada ayat wanastaghfiruka waatubuilaik (jika diabca kuat imam) adakah perlu makmum berhenti membaca sendiri dan kembali mengaminkan doa dan kemudian berselawat sendiri? Terima kasih, wassalam.

=============
Salam

Jawapan untuk soalan kedua
Bacaan Tasmi' (Sami'aLlahu liman hamidah) dan Tahmid (Rabbana walakalHamd) dalam solat jama'ah adalah khilaf fiqhi. Ini kerana terdapat dua pendapat:

pertama:
Imam dan makmum sama-sama membaca tasmi' dan tahmid. Ini berdasarkan dua Hadis Bukhari, satu dari Aisyah ra dan satu lagi dari Abu Hurairah ra (sahih Bukhari, 1/191-193).


kedua:
Imam hanya membaca tasmi', makmum pula membaca tahmid. Ini berdasarkn dua hadis Anas dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, alMusannaf 1/226 dan anNasa'iy, Sunan, 1/154.

Empat madzhab besar fiqh:
Jumhur (Hanafi/Malik/Hanbali): Imam membaca tasmi' dan makmum membaca tahmid (Syarakhsi, alMabsut 1/20)
Syafi'iy : Imam dan makmum sama-sama membaca tasmi' dan tahmid (alUmm, 1/112)
Imam Nawawi (alMajmu', Jld 1) menetapkan hendaklah dibaca kedua-duanya kerana tasmi' itu sudah maklum dan tahmid itu adalah pelajaran baru dari Nabi saw dan Nabi membacanya dgn sirr (perlahan).

Pentahqeeq (penilai semula) alAzhari, almarhum Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, Jld 1) memilih pendapat Imam syaraf anNawawi). Berlainan pula dgn Pentahqeeq Ibn Qayyim alJauzea (Zaad alMa'ad, jld 1) menetapkan Tidak boleh menghimpunkan bacaan tasmi' dan tahmid. Jika nak baca tasmi', tasmi' sahaja dan jika nak baca tahmid, tahmid sahaja. Bacaan tahmid yg betul ialah Allahuma Rabbana lakalHamd (tanpa wau).

Kami lebih cenderung kepada pendapat Imam Nawawi.

jawapan untuk soalan ketiga pula:

Syeikh Zainudin al-Malbari:
"Imam disunatkan menyaringkan suara (ketika berqunut) sekalipun dalam sembahyang sirriyah (zohor & Asar - utk qunut nazilah). Bagi makmum yg tidak mendengar qunut imamnya atau mereka yg sembahyang bersendirian hendaklah memperlahankan bacaan qunutnya."
(Lihat, Syeikh Zainudin al-Malbari, Fathul Mu'in Bihamisy I'anah al-Thalibin, vol. 1, hal. 161.)

Katanya lagi:
"Para makmum disunatkan meng-amin-kan qunut imamnya dengan suara yg kuat utk bacaan doa dari qunut berkenaan. Manakala selawat ke atas Nabi adalah termasuk doa. Makmum hendaklah meng-amin-kannya juga." (ibid.)

Sambungnya lagi:
"Adapun [al-Thana'], iaitu pujian, iaitu `Fa innaka taqdhi wa laa yuqdha 'aalaik...' hingga akhir qunut, hendaklah dibaca dengan perlahan (sirr). Bagi makmum yg tidak mendengar qunut imamnya atau mendengar tetapi tidak faham, maka dia hendaklah berqunut sendirian dengan suara perlahan." (ibid.)

Beliau menambah lagi:
"Imam dimakruhkan mengkhususkan doa untuk dirinya sahaja (dalam doa qunut) kerana terdapat larangan ke atas imam melakukan demikian." (ibid.)

-------
Kesimpulan:
1. Imam disunatkan menyaringkan suara utk doa qunut.
2. Makmum yg tidak mendengar qunut imam atau mendengar tetapi tidak faham dan org yg sembahyang bersendirian hendaklah berqunut bersendirian dengan suara perlahan.
3. Isi kandungan qunut ada dua bahagian, iaitu
a. Doa kepada ALlah
b. Pujian untuk Allah.
Makmun dikehendaki supaya meng-amin-kan doa yg terdapat di dalam qunut, di mana imam hendaklah membaca kuat. Dan ketika sampai pada pujian, imam hendaklah membaca perlahan. Makmum pula hendaklah membacanya sendirian.
4. Selawat atas nabi termasuk doa yg sunat di-amin-kan.
5. Imam dimakruhkan megkhususkan doa utk dirinya sendiri. Ganti nama `aku' hendaklah diganti dengan ganti nama `kami'.
Wallahu a'lam.

Wassalam

rujukan
SJ-1012: I'tidal: nak baca Tasmi' atau Tahmid?
SJ - 1934 : PERLUKAH MAKMUM MENYEBUT " SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH " ?
Kitab Al-Azkar - Imam An-Nawawi



[color=red] Bersambung dengan soalan pertama..... [/color]

_________________
Ditulis/Disusun oleh Abu 'Ulya @ g@y@t

======================
Wassalam
Juga terimakasih kembali kerana melayari Ahkam dan meyakini jawapan2 yg kami berikan.

Jawab:
1. Kotoran bawah kuku jika obvious (ketara) ia menyebabkan wudhu' dan mandi tidak sah. Inilah pendapat DR Abdul Karim Zaydan dalam alMufassal berdasarkan kajiannya terhadap karya2 klasik fiqh (alHathab, Mawalib aljalil, 1/201; Imam Nawawi, almajmu' 1/346). Maka sunnah dalam berwudhu' ialah memotong kuku terlebih dahulu dan ia termasuk Sunan alfitrah (hadis riwayat alJama'ah)
2. Pendapat yg rajih (lebih benar kpd sunnah Nabi saw) ialah Imam dan makmum membaca kedua-duanya: tasmi' (samiAllah) dan tasbih (rabbana lakalhamd) Hadis Abu Hurairah dalam Sahih alBukhari, Jld 2/272, # 789; Fathul Bari, 2/270, tahqeeq Syeikh Ben Baz) Ini disahkan oleh alMuhaddith albania dalam Sifat solatun Nabi, Syekh alJibreen, Sifat solatun Nabi, Syekh alUthaymeen dan Syekh Ben Baz, sifat solatun Nabi.

3. Qunut Subuh.
Pendapat yg rajih. Bacaan qunut subuh yg bermula dgn Allahumma ihdiniy.." adalah tidak sahih. Hadis yg dijadikan dasar hukum qunut subuh telah dikenalpasti yakni hadis Anas bin Malik ra yg dikeluarkan oleh Abd Razzaq, alMusyannaf 3/110; Ibn Abi Syaibah, alMusyannaf, 2/312; Ahmad, alMusnad 3/162; Daruqutny, Sunan 2/39; alBaihaqee, Sunan alKubra, 2/201 dan Imam atTahawi, Syarh Ma'ani alAtsar, 1/248)
Penyakit hadis ini ialah seorang perawi Ja'afar alRazi menyebabkan hadis ini tidak sah. (almuhaddith albani, Silsilah # 1238) WA

0 comments:

Post a Comment