Monday, December 8, 2008

Baca Surat Rakaat Ke 3/4

Assalamu'alaikum WarahMatulLah

Saya ada satu soalan, begini - Apakah hukumnya jika membaca surah selepas Fatihah bagi Roka'at Ke -3 dan/atau Roka'at yang ke 4. (Adakah sah atau haram batal dsbnya.)
Jazakallah


Jawab:

Solatnya sah tapi bid'ah (setiap bid'ah itu tertolak) kerana ibadah itu tidak boleh diubahsuai sesuka hati tapi memerlukan contoh dari Nabi saw sendiri. Baginda dengan tegas memerintahkan umatnya, "Syallu kama ra'atumuu nii Usyalli" (solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat." Allahu a'alam

6 comments:

Anonymous said...

nak tanye satu soalan..tp bkn psl solat... apa hukumnya kalau kita ckp kasar dgn ibu tiri kita..adakah ibu tiri tu sama mcm ibu kandung..contohnya kalau kita buat ibu kndung kita menangis,kita xbau syurga..ibu tiri pulak same ke??xkan,sbb bkn yg mlahirkan..tp bknlah mksd sy nk mggalakkan org x mghormati ibu tiri,sy cume nk tahu hukumya..mtk tolong ust,atau sape2 brkongsi ilmu..timekaseh

Admin said...

Islam meletakkan ibu tiri sama taraf dgn ibu kandung. Perlu dihormati sama seperti anak2 menghormati ibu kandung.

sebab itu Islam mengharamkan ibu tiri berkahwin dgn anak tiri(atau sebaliknya) setelah kematian bapa.

Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu(ibu, ibu tiri) kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu(sebelum turunnya perintah). Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan)- An-Nisa' 22

Anonymous said...

timekaseh admin..mknenye syurga anak tu di bawah telapak kaki ibu tiri jgk ke

Anonymous said...

salam nak tanya..apa hukumnya baca as-solatul jami'ah rohimatumullah utk solat jemaah solat fardhu contohnya? sbb mcm ade dgr org prnh ckp biase org sbut tu utk solat mcm solat tarawih...mcm mne hukumnya utk solat fardhu?

Anonymous said...

saya ingin bertanya, dalam solat sah x jika saya membaca surah al-ikhlas (rakaat 1) dan surah an-nas ( rakaat 2) dlam setiap solat saya ( subuh, zhr,asar, mgrb dan isyak)...tlg balas..terima ksh

Admin said...

sah solat itu. kalau baca al-ikhlas dalam kedua-dua rakaat pun solat itu sah.

dalam masa yang sama kita mesti berusaha untuk menghafal surah-surah alQuran, bukan sahaja menghafal memahami makna dan tafsirnya serta mengamalkan isinya. WA

Post a Comment