Thursday, May 6, 2010

Qiamullail Sebelum Tidur

Postby azribohari »

Salam wbt.

Ana ni jenis yang sangat sukar untuk bangun (bukannya bangun tidur balik, tapi mmg tak bangun) sebelum azan subuh, tapi hati betul2 nak qiam. kalau boleh nak hari2.

baru2 ni ana ada mendengar bahawa terdapat sokongan dalil yang menyatakan boleh qiamullail (tahajud, taubat, hajat, witir, etc2) sebelum tidur. Benarkah? dan apakah dalil yang menyokongnya?

Semoga soalan ana dapat memberi manfaat pada ana, dan juga pembaca al-ahkam yang lain.




****************************************
Postby albaruhiyy »

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله : أما بعد

Alhamdulillah, tahniah kepada En Azri kerana ada usaha untuk melaksanakan qiamullail.

Pertama saudara hendaklah mengetahu maksud Qiamullail. Ia bermaksud bangun malam walaupun seketika untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah Taala. Setengah ulama mensyaratkan kebanyakan malam. [al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 34/117]

Manakala tahajjud pula ialah solat malam yang khusus, bahkan setengah ulama mensyaratkan ia hendaklah dilakukan selepas tidur.

Al-Hajjaj bin Amru al-Ansari berkata : “Seseorang mengira bahawa bila ia bangun solat sebahagian malam sehingga subuh, ia telah bertahajjud. Sesungguhnya tahajjud ialah solat yang dilakukan selepas tidur, kemudian solat selepas tidur. Dan ia merupakan solat Rasulullah s.a.w. “ Ibn Hajar menyebut dalam al-Talkhis al-Habir [2/35] : isnadnya hasan, padanya ada Abu Soleh ialah penulis al-Layth dan padanya ada kelemahan. Dan direkodkan oleh alTabarani dan pada isnadnya ada Ibn Lahi’ah. Namun riwayatnya disokong oleh riwayat sebelumnya.

Maka jelaslah bahawa qiamullail lebih umum daripada solat tahajjud kerana ia merangkumi solat tahajjud ia sendiri dan ibadat lain termasuk juga solat sebelum tidur atau selepasnya.

Manakala apabila menyebut tahajjud ia khusus merukuk kepada solat tahajjud. Dan ada dua pendapat tentang tahajjud. Pertama bermaksud solat malam (apa jua solat) mengikut pandangan majority. Dan Kedua bermaksud : Solat selepas tidur. [al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 2/232].

Sila rujuk link, http://www.islamqa.com/ar/ref/143240

Manakala solat lain yang disebutkan spt witir, witir boleh dilakukan sama ada sebelum tidur atau selepas tidur dengan syarat sebelum masuk waktu subuh.

Sunnah dalam solat witir ialah dilakukan pada akhir malam (yakni dijadikan penutup solat malam)

Namun bagi sesiapa yang bimbang tidak terjaga selepas tidur pada waktu malam, dia boleh mengerjakan witir sebelum tidur. Ini yang sabit dalam hadis sahih.


صلاة الليل مثنى مثنى فإذا خشي أحدكم الصبح صلى ركعة واحدة توتر له ما قد صلى » متفق عليه
Maksudnya : “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat, Jika seseorang kamu bimbang masuk subuh (tidak terjaga dari tidur) maka dia boleh melakuakn solat satu rakaat (sebelum tidur) dengan niat mewitirkan apa yang telah ia solat”

Kesimpulannya ialah : Anda boleh melakukan qiamullail (tahajjud, witir, taubat dll) sama ada sebelum tidur atau selepas tidur.Jika mampu untuk bangun pada akhir malam (selepas tidur) maka ia adalah cara terbaik.
Jika tidak mampu dan bimbang terlena sehingga ke subuh, boleh dilakukan sebelum tidur.

:aklam

8 comments:

Anonymous said...

salam...
saya ingin bertanyakan....saya terlewat bangun awl subuh....dan kadang2 sy terbangun jam 9.00 - 10.00 pagi..dan sy terus solat subuh...adakah dibenarkan...? atau sy perlu meniatkan dengan qada'? dan sy terlepas waktu zohor kerana terlupa melihat jam ketika melakukan kerja...boleh kah sy niat untuk jamak dengan asar atau perlu qada' zohor selepas asar?

Admin said...

W'salam

tertidur dan terlupa dimaafkan dalam agama, tapi tidak boleh dijadikan kebiasaa.

bangun lewat boleh terus solat subuh bila bangun dari tidur (niat ganti).

terlupa solat zuhur tidak boleh jamak takhir dengan 'isyak, jadi kena diganti bila teringat semula. WA

Solat jamak dibenarkan dalam keadaan darurat sahaja (contoh - dalam perjalanan musafir, polis trafik yang mengawal lalu lintas, doktor yang melakukan pembedahan)

MOHAMAD MAJDAN said...

kalau qada yg telah bertahun tak buat? cam mana..rasa2 sudah beribu :)ni baru insaf ni

ok ni kawan-kawan yg nak lawan radio live leh ke page ni..promote skali hihi


http://www.facebook.com/Mohammad.Majdan.Abdul.Ghani?sk=app_164474230283123

MOHAMAD MAJDAN said...

lawan pulak :)) kawan laa sory silap taip

Admin said...

W'salam

solat yang terlalu banyak telah ditinggalkan tidak mampu diganti semula hendaklah bertaubat dengan sebenar-benar taubat, tidak mengulangi kesalahan yang sama. Perbanyakan amalan sunat solat, puasa dan sebagainya. Sentiasa bersedekah dan memberi bantuan fakir miskin. Allah maha pegampun lagi maha penyayang, insyaallah taubat anda akan diterima. WA.

Anonymous said...

Apa bezanya sedekah dan zakat? Kalau kita banyak bersedekah tapi tak mengeluarkan zakat bagaimana tu ustaz? Maaf sekiranya ada kekurangan kerana ingin menambah pengetahuan. Wassalam

Anonymous said...

Apa bezanya sedekah dan zakat? Kalau kita banyak bersedekah tapi tak mengeluarkan zakat bagaimana tu ustaz? Maaf sekiranya ada kekurangan kerana ingin menambah pengetahuan. Wassalam

Unknown said...

Saya Ada berapa soalan.
1. Perlukah kita membaca dia selepas qamat?
2. APA hukumnya jika bacaaan fatihah imam dapat Di dengar oleh makmum yg Di saf ketiga, Dalam rakaat ke3 Dan ke 4 solat isya'

Post a Comment