Monday, January 19, 2009

Witir Di Belakang Imam Tarawih

Salam

Mohon bantuan ustaz-ustaz di al-ahkam utk memperjelaskan berkaitan subjek ini.

1. Makmum yg selesai melakukan solat tarawih 8 rakaat kemudiannya mengerjakan sunat witir tapi mengikut imam yang meneruskan solat tarawih i.e niat witir tapi ikut imam tarawih. Apakah ini dibolehkan?

2. Mengerjakan solat witir 3 rakaat dgn satu salam. Adakah perlu duduk (tahiyyat awal) pada rakaat ke 2 sebelum meneruskan rakaat ke 3?
Sekiranya kaedah No. 1 itu dibolehkan bagaimana utk melaksanakannya (berimamkan imam yang bersolat tarawih)?

Saya mengucapkan JazakalLah Khairan kpd yang membantu.

**********************
Salam

1. Fuqaha’ berbeza pendpt mengenai boleh atau tidak sseorang itu berimamkan orang yg mengerjakan solat lain daripada kita. Fuqaha’ syafi’I merupakan mazhab yg paling longgar mengenai pengsyaratannya.

Fuqaha’ syafi’I membolehkan seseorang itu berimamkan mereka yg solat lain. Cthnya, org solat fardhu sah solatnya berimaman org yg solat sunat. Begitu juga org yg solat sunat saha solat berimamkan org yg bersolat sunat yg lain darinya. Maka dari situ, berdasarkan mazhab syafi’I, boleh org yg bersolat witir berimamkan org yg sedang solat tarawikh. Namun, setelah selesai dua rakaat, hendaklah ia bangun pula utk mengerjakan satu rakaat witir bagi mengganjilkannya.(Fiqh Islami Jil 2(DBP m/s:245))

2. Seseorang itu tidak boleh mengerjakan solat sunat witir yg sama caranya dgn soalt maghrib. Ini berdasarkan kpd hadis berikut:

Dari Abu Hurairah ra katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, “Janganlah kamu bersolat witir sebagai 3 rakaat yg menyerupai solat maghrib.”[HR at-Tahawi, ad-Daruqutni dgn isnah yg sahih]

Maka berdasarkan hadis di atas, seseorang itu tidak boleh bersolat 3 rakaat witir yg mana pada rakaat awalnya dia bertashahud awal dan kemudiannya bangun utk rakaat ketika tanpa taslim. Namun dia boleh menghimpunkan 3 rakaat tanpa duduk tashahud iaitu terus bangun pada rakaat kedua. Namun cara yg terbaik pada pandangan fuqaha’ syafi’iyyah ialah melakukankan witir 3 rakaat dgn 2 salam. (The Night Prayers Qiyam & Tarawikh Compiled Muhammad al-Jibaly from works of Albani)

Sekian. WA.

Wassalam

4 comments:

Anonymous said...

Adakah ini bermaksud untuk rakaat ketiga seseorang itu sembahyang sendirian unuk witir?

Unknown said...

salam ustaz..
saya ada soalan sedikit tentang hal witir dibelakang imam tarawih ini
...iyaitu adakah boleh kita ikut imam pada solat witir yg satu rakaat(yg tunggal) itu mengikut imam yg sedang tarawih, bagai mana rupanya yg perlu di buat

Mohd Khairil Azhan said...

Boleh ke solat witir 1 rakaat saja?

Liza Shopz said...

Rasanya, witir rakaat ketiga tu, kena buat bersendirian, dah x boleh ikut imam...

Post a Comment