Monday, January 19, 2009

Boleh Dapatkan Doa Qunut Nazilah

Salam.

Blh minta tlg nk dapatkan doa utk qunut nazilah..?

Saya faham yang qunut nazilah tidak spesifik, namun saya kurang cekap berbahasa arab..Nak kena pikir singular plural lagi..huhu

Minta tlg panel al-qayyim?

Semoga Allah membantu umat Palestin..

Wslm

al-Munir

****************
Permintaan saudara sukar untuk dipenuhi kerana qunut nazilah yang ingin dilakukan tentunya dengan hajat yang khusus dan tertentu. Oleh itu jika ditetapkan / dicadangkan suatu bentuk doa dibimbangi ia tidak memenuhi maksud dan kehendak orang yang memohon atau menepati suasananya yang sebenar.

Namun jika saudara masih rasa ia perlu, maka satu doa qunut yang umum dari mana-mana contoh doa boleh dilakukan (dengan kesedaran tiada nas tentangnya). Antara contoh yang boleh diambil ialah yang masyhur diamalkan oleh sebahagian orang iaitu doa qunut nazilah yang tercatat dalam kitab al-Ma'thurat susunan al-Imam Hasan al-Banna.

Wallahu a'lam.
_________________
ustaz Rasyid bin Idris, IQ

0 comments:

Post a Comment