Monday, April 19, 2010

Solat Atas Boat

Postby halme »

Saya hadapi kemuskilan bagaimana perlaksanaan solat bagi nelayan/pemancing yang turun ke laut / sungai .adakah boleh jamak@ qasar kerana tempoh yang lama diatas bot. dan bagainmana kedudukan qiblatnya dan kedudukan utk solat kerana bot yang bergoyang2 dan sentiasa berubah arah. kalau bot bergoyang2 adakah boleh solat secara duduk kerana dikhuatiri jatuh ke dalam air.sekian.




**************************
Postby Abu_Umair »

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Bersolat di atas bot atau kapal adalah sah di sisi majoriti ulama, termasuk keempat-empat mazhab, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Dengan syarat hendaklah disempurnakan segala syarat dan rukun-rukunnya sebagaimana bersolat di daratan.

- Menghadap kiblat di atas bot juga adalah syarat sah solat. Untuk itu, saudara boleh gunakan segala cara syar'ie untuk menentukan arah kiblat, atau berpandukan kepada kompas. Jika saudara telah bertakbiratul ihram ke arah kiblat, kemudian ketika solat bot beralih arah, hendaklah saudara beralih arah supaya tetap menghadap kiblat sepanjang solat.

Kata Imam Nawawi dalam Majmuk 3/222, "Jika angin bertiup dan mengalih kapal dari arah kiblat hingga dia (orang bersembahyang) beralih wajahnya dari kiblat, wajib mengembalikan kepada arah kiblat".

- Berkenaan solat secara duduk untuk solat fardhu di atas bot, ia hanya dibenarkan dalam keadaan tidak mampu untuk berdiri. Berdasarkan hadis masyhur, "Sembahyanglah secara berdiri. Apabila kamu tidak mampu hendaklah sembahyang secara duduk...". (Sahih Bukhari no: 1050).

- Berkenaan solat jamak, jika tidak ada sebab syar'ie untuk solat jamak seperti musafir dan sakit, hendaklah menyempurnakan mengikut waktu-waktunya.

Wallahu A'lam.

13 comments:

noor afzan said...

terima kasih atas perkongsian ini.=)

ijam said...

assalamualaikum...ketika sedang hndak solat tiba-tiba berlaku kecemasan cntohnya kecemasn tersebut melibatkan tugas saya sebagai anggota bomba.apa yang perlu di utamakan dan apa hukum jika masa menjalankan tugas itu telah melampaui batas waktu solat,contohnya waktu zohor,mulai menjalankan tugas sehinggalah lewat waktu maghrib..mohon penjelasan ustaz..

Admin said...

Solat pada sunnahnya adalah mengerjakan 5 waktu pada waktu-waktu yang ditetapkan. Firman Allah swt :-

إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [Surah al-Nisaa' : 103]

Didalam Tafsir al-Sa'di menjelaskan bahawa ayat ini menunjukkan bahawa Solat adalah wajib dan mempunyai masa-masa tertentu mengerjakannya, permulaan dan akhir telah dtetapkan, dan solat hendaklah dikerjakan apabila masuk waktunya sebagaimana surah al-Nisaa' 103. Masanya telah ditetapkan. [Tafsir al-Sa'di, ms 204]

Sabda Nabi saw : diriwayatkan dari Ibn 'Abbas ra : berkata :

صلَّى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا بالمدينة في غير خوف ولا سفر ، قال أبو الزبير : فسألت سعيداً – أي : ابن جبير - لم فعل ذلك ؟ فقال : سألت ابن عباس كما سألتني فقال : أراد أن لا يحرج أحداً من أمَّته

"Rasulullah saw menjama'kan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Dia tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim #705].

Hadith ini tidak boleh difahami secara literal sahaja tanpa melihat kepada tafsiran ulama' dan juga hadith-hadith lain. Hadith ini menunjukkan bahawa bukan hanya sebab ketakutan dan hujan sahaja boleh melakukan jama', akan tetapi 'keuzuran' atau 'kesukaran' yang lain juga membolehkan solat dijama'kan, sebagai diakhir hadith diatas menyebut bahawa Nabi saw tidak mahu umatnya menghadapi kesukaran. Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa musyaqqah (kesukaran) itu pelbagai. [al-Sharh al-Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 2/216].

Jumhur ulama' mengatakan bahawa menjama' solat tanpa uzur tidak dibenarkan, bahkan kata Dr Abdullah al-Faqih [Fatwa ID :134] wajib seseorang itu melakukan solat pada waktunya jika tidak ada keuzuran.

Bahkan ulama' mengatakan bahawa hadith diatas ini umum, terdapat hadith-hadith lain yang membuktikan bahawa Nabi saw melakukan solat jama' kerana keuzuran seperti di Peperangan Tabuk, pada Masa Haji Wada' dsb. Terdapat hadith2 yang membenarkan solat jama' semasa permusafiran dan keadaan hujan. Kesemua ini menjelaskan bahawa solat jama' hanya dibenarkan apabila menghadapi kesukaran. WA.

(Lebih-lebih bertugas sebagai anggota bomba adalah dibolehkan menjamakkan solat... menangguhkan solat kerana tugas kecemasan). WA

Admin said...

W'salam,

boleh tangguh solat kerana tugas kecemasan, sila baca dalam soal jawab jamak dan qasar...

http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/2008/12/solat-jamak-tanpa-sebarang-sebab.html.

WA

Anonymous said...

bagaimana pula jika kita solat diatas kenderaan yg munkin juga sempit atau sebgainya...adakah wajib untuk kita menghadap kiblat sehingga selesai solat?..minta penjelasan..tq

Admin said...

cuba baca jawapan berikut "Arah Kiblat" (dalam ruangan komen no 2)

http://soalsolatumum.blogspot.com/2008/12/arah-kaabah.html.

Wa

ayun07 said...

bagaimana pula jika kita sudah mulakan solat menghadap kiblat , tetapi sedang menjalankan solat kapal bergerak ke posisi lain,mcm mana kita harus maintain posisi kiblat sedangkan kita di kamar tak tau kemana arah kiblat selanjut nye? mana boleh kita berhenti dan lihat compass dan sambung balik solat kan ?

Anonymous said...

Hello superb ωеbsitе! Does running a blog ѕimilаr to thіs take а massive аmount ωork?
I haѵе ѵіrtuаlly no knoωledge of рrоgгamming
hοωevеr ӏ had been hoping to start mу own blоg ѕoon.
Αnуways, if уοu have anу ideas
or tiрs fοr new blog οwners please shаre.
I undeгstanԁ this is off subject but I juѕt had to asκ.

Сheers!

Also visіt my ѕite ... fast way to cure heartburn

Anonymous said...

Ι'm really loving the theme/design of your weblog. Do you ever run into any internet browser compatibility problems? A small number of my blog readers have complained about my blog not working correctly in Explorer but looks great in Safari. Do you have any ideas to help fix this problem?

Also visit my blog post; simple wood projects

Anonymous said...

Amazing! This blog loοks just like my оld
one! It's on a totally different topic but it has pretty much the same page layout and design. Great choice of colors!

Check out my page simple wood projects

Anonymous said...

Actually no mattег if somеonе doesn't know afterward its up to other visitors that they will help, so here it takes place.

my webpage; spa days birmingham

Anonymous said...

Have you ever considеred about including a lіttle bit more than
ϳust youг aгtiсlеs?
I mеan, what уou sаy is valuable and all.
However think about if уou аddеd some great pісturеѕ or vіdeo clips to givе youг posts more, "pop"!

Your content iѕ excellеnt but ωith pics and
vіԁеos, thіs website could definitely be one of the
ѵеry best in its niche. Amаzing blog!

My webpage: spa day

Anonymous said...

I'm truly enjoying the design and layout of your blog. It's a very eaѕy on thе eyes which
maκes іt much mогe pleaѕаnt foг
me to comе hеre and visit morе oftеn.

Dіԁ you hire out а deѕigner tо crеate your themе?
Outstanding woгk!

Check out my webpagе :: Emergency Plumber Solihull

Post a Comment