Tuesday, December 29, 2009

Apakah Ada Takbir Untuk Sujud Sahwi Selepas Salam

Postby al-kahfi »
Assalamualaikum

Kalau katakan kita syak dan kemudian ambik yg kita yakin (syak 3 atau 4, ambik 3 disebabkan ada occasion yg kita yakin utk rakaat 3), yg kes ni kita kena sujud sahwi selepas salam (website IQ & Hafizfirdaus).

Selepas salam ba'da tahiyyat tu, ada takbir intiqaalat tak..

yakni

Salam 1 & 2 ---> ke sujud sahwi yg 1st ---> duduk antara 2 sujud utk sujud sahwi ---> sujud sahwi yg 2nd --> salam 1 &2 utk sujud sahwi

ada takbir selang rukun?

yakni;

Salam 1 & 2 --takbir -> ke sujud sahwi yg 1st --takbir --> duduk antara 2 sujud utk sujud sahwi ---takbir -> sujud sahwi yg 2nd ---takbir --> salam 1 &2 utk sujud sahwi

atau apabila berpindah rukun tu senyap saja...

WA dan jzkk

2- saya ada ikut pendapat salaf... tapi bila AAN bagi opsyen dalam Fiqh Syafie saya pun confuse.. sebab kekadang dalam salafi ni mengatakan pendapat Syafie lemah.. jadi saya nak ambik pendirian tak ikut Mazhab.. jadi kalo beramal ikut mazhab Syafie yg berdiri atas pendapat yg lemah(sujud sahwi sunat) atau sebaliknya(wajib). ini kerana saya mengalami kesusahan bila sahwi ni jadi wajib sebab kadang-kadang was-was samada ada terulang rakaat ke tadi, dah sujud sahwi ke belum (3-4 minit selepas selesai solat)....




<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Postby Abu_Umair » Dec 27th, '09, 12:13
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

1. Takbir untuk sujud sahwi. Sabit dalam hadis Abdullah bin Buhainah bahawa baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bertakbir untuk sujud sahwi. Di dalam hadis Bukhari dan Muslim:

حتى إذا قضى الصلاة وانتظر الناس تسليمه كبر وهو جالس فسجد سجدتين قبل أن يسلم ثم سلم

"Hingga apabila baginda selesai sembahyang, dan orang ramai menunggu baginda memberi salam, baginda bertakbir dalam keadaan duduk lalu sujud dua kali sebelum memberi salam. Kemudian baginda memberi salam". (Bukhari: 795, dan Muslim: 570).

Begitu juga untuk sujud sahwi selepas salam, ada takbir intiqalat. Sebagaimana dalam hadis Zul Yadain:

وسلم ثم كبر ثم سجد ثم كبر فرفع ثم كبر وسجد ثم كبر ورفع

"Baginda memberi salam, kemudian bertakbir, kemudian sujud, kemudian bertakbir lalu mengangkat kepala. Kemudian bertakbir dan sujud. Kemudian bertakbir dan mengangkat kepala". (Sahih Muslim: 573)

2. Di dalam feqah, tidak tepat menggunakan istilah: "Syafie kata begini, Salafi kata begini". Kerana semua imam-imam mazhab yang empat adalah kalangan Ahli Sunnah yang mengikut para salaf. Imam Syafie sendiri adalah tokoh Ahli Sunnah dan tokoh Salafi.

Berbalik kepada soalan, hukum sujud sahwi adalah masalah khilaf kalangan fuqaha antara wajib dan sunat. Jumhur ulama, Abu Hanifah, Malik, Ahmad mengatakan wajib, manakala Syafie mengatakan sunat.

Pendapat yang lebih hampir kepada dalil ialah yang mengatakan ia wajib. Kerana terdapat PERINTAH Nabi Sallallahu Alahi Wasallam serta PERBUATAN baginda. Maka asal bagi perintah syarak adalah wajib kecuali jika ada dalil yang mengubahnya kepada sunat.

Wallahu A'lam.

3 comments:

A_Ls said...

syukran for this information...it help me to solve problem in my solat..

Anonymous said...

Assalamualaykum...
tlg nyatakan cara2 sujud sahwi...
sebelum salam atau selepas salam solat??
Dan apa bacaannya... wallahu aklam..

Admin said...

Telah dijelaskan di atas caranya. Boleh buat sujud sahwi samada selepas beri salam atau sebelum beri salam.

semasa duduk selepas tahiyat akhir (sebelum atau selepas beri salam) takbir dan sujud dua kali.

Baca tasbih sujud yang biasa dibaca dalam solat.

Post a Comment