Friday, January 23, 2009

Niat Dalam Ibadah

Ahli Panel,

Apakah konsep sebenar niat dalam solat?
Adakah ia dimaksudkan dengan kata2 yang berlegar dalam fikiran kita mengenai perlakuan kita utk menunaikan solat?
Cth Formal : Sahaja Aku Sembahyang....2 Rakaat...Kerana Allah Talla

Bagaimanapun, sifat solat nabi tiada usolli...bagaimana tu?

Bolehkah dikira niat kalo mcm ni : (Org Kedah).."Nk semayang lehoq sat"
Dan sudah diketahui dlm hatinya, semayang sememangnya ikhlas kerana Allah...

Adakah niat perlu dlm keadaan bersedia di atas sejadah ataupun boleh sambil berjalan?

Adakah jarak masa niat dengan takbir?

Yang dok amal la ni ikut format sekolah ler...tak pernah kaji sifat2 solat nabi yang sebenar. ni baru sampai seru...
_________________
thtl

al-Jawab:

Kekeliruan berhubung isu NIAT adalah dalam memahami hadith # 1 dalam koleksi hadith 40 Imam Nawawi, yakni hadith Umar al-Khattab,
" innama ala'malu biNiyyat" (sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat)
Punca khilaf ialah pada kalimah "Ba" pada biniyyat itu.

Jika mereka kata 'ba' itu bermaksud disertai atau diiringi atau dibaringi oleh Niat, maka itulah datangnya talaffuz niat, maksudnya amalan itu disertai dgn niat, maka ketika solat, hendaklah diiringi oleh niat semasa takbir.

Jika mereka kata 'ba' bermaksud disebabkan niat, maka ia tidak perlu lah bersusah payah menetapkan niat seiringan dgn takbir. asalkan niat saja.
Ibn Qayyim memilih pendapat kedua, yakni 'ba' sababiyah yakni amalan itu disebabkan niat bukan diiringi oleh niat. Niat secara sepintas lalu saja sudah cukup utk membedakan ia adalah ibadah bukan kebiasaan.

jika kita makan, tidak ada orang yg berkata, sahaja aku makan nasi beriyani gam kerana Allah Ta'ala. Cukup dgn lintasan makan kerana Allah.

Begitu juga orang yg nak solat, jika dia faham solat itu diiringi oleh niat, maka dia sepatutnya kena niat, cth solat zuhur...

"sahaja aku solat zuhur 4R mengikut Imam yg bernama Tn Hj YYY bin ZZZ tepat jam 1:08 pm di mesjid XXX kerana Allah Ta'ala.

Jadi Niat dalam kitab-kitab muhaqqin tidak dibahaskan dgn panjang lebar dan tidak ada lafaz-lafaz yg standard spt dalam kitab2 perukunan jawi kerana itu bukanlah maksud Niat.

Niat ialah suatu cetusan hati bahawa kita tahu jenis ibadah yg kita lakukan dan kita lakukan dgn penuh ikhlas kepada Allah.

Bila kita berdiri utk solat Zuhur, maka apakah kita terlalu bodoh hingga kita perlu melafazkan itu waktu zuhur, ianya 4R dan kita kena tetapkan kita ni Imam atau makmum...maka tak payahlah nak kata," cek nak solat zuhur sat"

Rumusan: niat tidak memerlukan lafaz atau susunan ayat2 tertentu, melainkan suatu cetusan hati kecil bahawa anda peka terhadap ibadah apa yg anda lakukan dan ianya dilakukan dgn ikhlas.

(Ibn Qayyim, Zaad alMa'ad, jld 1)

sekian

0 comments:

Post a Comment