Friday, January 23, 2009

baju nipis semasa solat

adakah boleh berpakaian nipis semasa solat sehingga menampakkan aurat contohnya telekung putih nipis sehingga menampakkan warna kulit..

boleh tau dalil dan rujukannya...terima kasih

*********************
Abu_Umair
Panel Feqh

- Wajib menutup aurat di dalam solat, kerana hadis Aisyah r.a. "Allah tidak menerima solat seseorang yang telah haidh (baligh) melainkan dengan khimar (tudung)".
Direkod oleh Abu Daud (no: 641), Tirmizi (no: 377) dan Ibn Majah (no: 655). Dinilai sahih oleh Hakim dalam Mustadrak (no: 917) dan Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 1711).

- Antara syarat menutup aurat ialah: Pakaian itu dapat menghalang daripada kelihatan warna kulit. Maka tidak memadai dengan pakaian yang sangat jarang, atau yang sangat nipis sehingga dilihat warna kulit. (Majmuk Nawawi 3/170)

- Dalilnya hadis Nabi SAW mengatakan bahawa 'al-kasiyaat al-ariyaat' (wanita berpakaian tetapi bertelanjang) tidak dapat memasuki syurga. (Hadis Muslim no: 2128). Antara tafsiran 'berpakaian tetapi bertelanjang' ialah: wanita yang memakai pakaian yang sangat nipis sehingga menampakkan warna kulit. (Ahkam al-Nisaa' Ibn Jauzi 194).

Wallahu A'lam

3 comments:

mal paroi n9 said...

Berkaitan dengan masalah ini juga ustaz, saya ingin bertanya, bagaimana dengan pakaian yang jarang sehingga boleh menampakkan bayang (bentuk tubuh seperti leher atau peha) di dalam sembahyang.

sekian terima kasih.

aizuddin said...

Salam,

Ya Mal ini juga termasuk pakaian yang jarang yang menampakkan susuk tubuh badan sebagaimana yang dilarang dalam hadis Muslim 2128 di atas.

Wallahu'alam.

mal paroi n9 said...

syukran, jazaakAllahu khairan.

Post a Comment