Monday, December 8, 2008

Non Obligatory Prayers

Assalamualaikum,

Sukacita kiranya jika panel dapat clarify soalan saya;

Dalam sebuah kitab Syafi'iy yg saya rujuk : Reliance of the Traveller; disebut dalam bab Qiblah adalah wajib menghadapkan muka dan diri kearah masjidil haram sewaktu bertakbir dan solat tetapi jika seseorang bersolat sunat dalam perjalanan walaupun dekat (bukan 2 marhalah) dibolehkan jika menyukarkan seperti sedang berjalan atau dalam kenderaan dibolehkan tidak menghadapkan ke qiblah ketika takbir jika benar-benar sukar. Kemudian pula apabila bersolat sunat dibolehkan kita dalam keadaan berjalan atau atas kenderaan. Adakan benar jika saya solat sunat duha cthnya dalam kereta hendak ke ofis dan jika boleh bagaimana.

JKK

Jawab:


Apa yg anda rujuk dari kitab Reliance of the Traveller itu adalah pendapat Jumhur (Ibn Qudamah, alMughny, 1/485). Dalilnya:

HR Abd Razaq, alMusannaf, 2/576 dari Jabir ra," RasuluLlah saw mendirikan solat sunat di atas kenderaannya. baginda menghadap mukanya ke arah kenderaan berjalan. Baginda melakukan sujud lebih rendah dari ruku'."


dari Ibn Umar (ibid) bahawa beliau melihat baginda saw mendirikan solat sunat di atas keldainya menghadap muka (baginda) ke arah Khaibar. Adapun solat sambil berjalan itu ialah solat khauf (bila seseorang berada dalam ketakutan seperti dikejar musuh).


Jika anda ingin solat Dhuha dalam kenderaan ketika ke pejabat, anda lakukan spt Nabi saw di atas kenderaannya (tunggangannya). Bagi anda ia mungkin dapat dilakukan jika anda memiliki driver atau menumpang kenderaan orang lain. Jika anda memandu dan juga bersolat, ini tidak boleh.


WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment