Friday, January 23, 2009

sifat solat Nabi

1) Siapakah Syaikh Muhammad Mutawali Sya'rawi?

2) Beliau ada juga menghasilkan buku panduan solat bertajuk " SIFAT-SIFAT SOLAT RASULULLAH SAW..

3) Saya ada membeli buku karangan Syaikh Nasaruddin alAlbani bertajuk Contoh-contoh Solat RasuluLlah SAW. Adakah buku ini sama dengan sifat2 solat RasuluLlah SAW yang panel al-Ahkam cadangkan?

[Di masa hadapan, elakkan menggunakan allcap text]

*****************
thtl

al-Jawab:

1) Beliau ada Syaikh Prof Muhammad Mutawalli alSya'rawi, negarawan Mesir, lahir 1911 dan wafat June 1998. Memiliki ilmu yang tinggi dan kerjayanya sebahagian besar adalah sebagai pensyarah spt al-Azhar dan di Universiti Malik Aziz, Makkah AM, dan pernah menjadi Menteri Mesir dalam urusan Waqaf dan Urusan al-Azhar U. Beliau juga merupakan antara pengasas pertubuhan Rabithah alam al-Islami yg berpusat di Mekkah.

Populariti al-Sya'rawi ialah kerana siri Live telecast Tafsir al-Qur:an yg dipancarkan oleh TV Egypt setiap minggu.

Beliau seorang ulamak yg muktabar dan bermanhaj muqaran (tidak terikat dgn madzhab)

2) Benar, kitab itu adalah himpunan murid beliau dari kuliah2 beliau, tapi disahkan oleh beliau sendiri sebagai karya beliau juga.

3) Jodol, sifat solat Nabi SAW adalah tajuk yang popular, ia mula-mula dipopularkan oleh al-Albani, kemudian ramai lagi ulama' Timur Tengah yang menulis dalam jodol yang sama termasuk al-Sya'rawi. Buku al-Albani paling popular dan susah nak bedzakan edisi original atau cetak rompak. Manakala tajuk al-Sya'rawi baru saja diterjemah dan diterbitkan di Malaysia. Saya belum sempat memiliki edisi bahasa Melayunya. Cetakan yg kemas dan terjemahan bermutu ialah dari Indonesia. Hubungi EnA book Online. sekian

0 comments:

Post a Comment