Friday, January 23, 2009

masih lagi doa tasyahud.

Salam terima kasih banyak2 atas jwpn yg diberikan al-jawhar, cuma ade sdkt celaru cause x tls plak gane plak kalu kita doa dlm hati, doa2 tasyahud tu..memandangkan kalu kita translate b.m dan membacanya menggunakan suara batal la solat.

******************
izrail
Panel Feqh
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Membaca doa dalam hati dengan Bahasa Melayu tidak membatalkan solat, kerana percakapan hati tidak membatalkan solat.

Bahkan orang yang tidak mampu membaca doa-doa ma'thur dengan Bahasa Arab semasa solat, dia boleh membacanya dengan bahasa lain secara lisan. Tetapi jika dia mampu, dia tidak boleh membacanya dengan bahasa lain.

Dan ada pendapat (wajh yang lemah) dalam Mazhab Syafie membenarkan bacaan doa ma'thur dari Nabi SAW dengan bahasa lain secara lisan, samada orang itu boleh berbahasa arab atau tidak.

Wallahu a3lam

Rujukan:
- al-Majmuk oleh Imam Nawawi: 2/357, 3/283 & 3/300.

0 comments:

Post a Comment