Sunday, December 7, 2008

Sah Atau Tidak Solat?

Sahkah Solat jika setelah sembahyang dibelek-belek tapak kaki terdapat sedikit plasticine, maknanya masa ambil wudhu tak nampak/perasan . Apakah sah solat, apakah sah wudhu ?

Jazakallah

**************************

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Bismillahir Rahmanir Rahim

Merujuk kepada soalan saudara di atas, berikut ini adalah butiran-butiran jawapannya menurut sedikit ilmu pengetahuan kami yang dianugerahi oleh Allah Ta’ala .

01- SYARAT-SYARAT SAH WUDHUK :

Menurut Majoriti Ahli Fiqh , kecuali yang bermazhab Hanafi , ada 4 syarat :

1- Seluruh permukaan kulit di anggota-anggota badan yang menjadi anggota-anggota wajib wudhuk, MESTILAH wudhuk itu mengenainya.

2- Mestilah diHILANGKAN TERLEBIH DAHULU apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan air wudhuk terhalang daripada sampai @ mengenai anggota-anggota badan yang wajib dikenakan air wudhuk.


3- Tidak adanya sebarang pembatal-pembatal @ penyebab-penyebab tertegahnya seseorang itu drp mengambil wudhuk seperti Haid, Nifas, dan seumpamanya.

4- Tayammum (yang menjadi pengganti wudhuk di kala ketiadaan air yang memadai untuk berwudhuk) hanya boleh dilakukan menurut Majoriti Ahli Fiqh ketika masuknya waktu bagi sesuatu solat itu, dan menurut Ahli Fiqh bermazhab Hanafi, tidak mengapa bertayammum sebelum masuknya waktu sesuatu solat.

***************************************************************

02- Jadi, andainya plasticine (tanah liat tiruan) itu diyakini menjadi penghalang drp sampainya air wudhuk ke anggota-anggota badan kita yang wajib berwudhuk, maka ianya berkaitan dengan apa yang kita jelaskan di atas , perkara 1 (di noktah 1 & 2) , maka hukum solat anda adalah TIDAK SAH DISEBABKAN air wudhuk itu sendiri tidak dianggap sah (tidak memenuhi sayarat-syarat sah wudhuk) dan sesuatu solat itu tidak diterima (sah) di sisi Allah Ta’ala melainkan dengan adanya wudhuk yang juga sah !.

***************************************************************

03- Apabila anda sedar (perasan) perkara itu SETELAH SELESAI anda melakukan solat, maka anda hendaklah berwudhuk sekali lagi (setelah dipastikan plasticine & seumpama dgnnya seperti cat, minyak gris dan sbgnya) dan melakukan kembali solat anda tadi.

***************************************************************

04- Solat yang wajib (dan apa-apa sahaja yang wajib dilakukan), yang dikerjakan kembali dinamakan I’ADAH (mengulang kembali) andainya ianya dilakukan masih di dalam waktunya.

***************************************************************

05- Manakala, bagi kewajipan-kewajipan yang dilakukan @ dilakukan kembali di luar waktu asalnya, maka ia dinamakan sebagai QADHO’ (menunaikan semula).

***************************************************************

06- Jadi, andainya anda melakukan kembali solat anda itu tadi, masih di dalam waktunya maka solat itu dianggap I’ADAH , dan andainya diluar drp waktunya , maka dinamakan sbg QADHO’.

***************************************************************

Saranan : Kami menyarankan kepada diri-diri kami sendiri & saudara-saudari sekalian agar dapat check sebaik-mungkin dahulu anggota-anggota tubuh badan kita , pakaian kita dan semua yang berkaitan dengan syarat-syarat sahnya sesebuah wudhuk & solat, agar ianya diterima di sisi Allah Ta’ala kelak.

Sekian sahalah jawapan berdasarkan isi pertanyaan , walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui akan hakikat sebenar.

Wassalam.

Rujukan :

FIQH AL-ISLAMI WA ADILLATUH : Jilid 1, ms 391.
Oleh : Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily – Cetakan Darul Fikr, Beirut.

BIDAYATUL WUSUL ILA ‘ILMI AL-USUL
(Teks Usul Fiqh Universiti Al-Azhar, Cawangan Al-Mansoora & Dimyat)
Oleh : Dr. Ismail Abdul Rahman .

19 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya nak bertanya...saya ada masalah ketika takbiratul ihram...saya was was adakah sebutan saya semasa takbiratul ihram itu betul atau tidak...masallahnya semasa menyebut akhbar...saya was was akh...ak...ag....ape saya nak buat???tolong la saya....adakah jika saya was was..saya patut teruskan sahaja solat itu??

terima kasih.
jwab kat email adress ni
rich_contractor@yahoo.com.my

Anonymous said...

kalo kena dakwat pen kt tangan pastu kt cuci tp tknk hillang cmne lak?

Admin said...

Waalaikumsalam

tak perlu was-was soal ini, kalau sememangnya lidah memang asal tidak boleh menyebut dengan tepat dan betul, teruskan je solat tu, syarat kena selalu latih menyebut dengan betul.

Admin said...

banyak kaedah boleh guna untuk cuci hilangkan dakwat pen tu, sementara kalau suntuk sangat waktu dah masuk, ambik wuduk macam biasa solat lah dulu...

Anonymous said...

Salam. Sy mengalami mslh keluar cecair dr kemaluan. Cecair pekat dlm kuantiti yg sedikit. Setiap hari. Adakah saya patut mandi wajib dahulu sblm solat.

Admin said...

keluar cecair dari kemaluan tidak perlu mandi wajib setiap hari (mandi wajib khas untuk keluar mani sahaja). Sila gunakan alas yang bersesuaian dan berwuduk setiap kali hendak solat. solat anda adalah sah.

Aidie said...

assalamualaikum..

Saya ada kemusykilan sama seperti soalan diatas.Bagaimana pula kalau bahan yang menghalang air tersebut terlalu kecil/sedikit? Dalam kes saya, satu titis tar sebesar hujung pen.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Selepas solat zuhur suami saya makan tengah hari masuk waktu asar dia terus mengerjakan solat asar tanpa berwudhuk adakah solatnya sah?

Unknown said...

Assalamualaikum.
Saya baru selesai bermain bola dan terdapat kotoran pada telapak kaki saya..setelah cuba dibersihkan masih lagi terdapat kesan di tapak kaki..adakah sah wudhu saya???

Unknown said...

Assalamualaikum.
Saya baru selesai bermain bola dan terdapat kotoran pada telapak kaki saya..setelah cuba dibersihkan masih lagi terdapat kesan di tapak kaki..adakah sah wudhu saya???

Unknown said...

Assalamualaikum...setelah selesai solat , saya ternampak cat pada lutut saya... Sah x solat saya.?

adhli1681 said...

Sy nk tnya.... adakah sah solat jika selesai berwuduk... kemudian... melukis pada wajah sperti cth badut....dan kmudian solat

adhli1681 said...

Sy nk tnya.... adakah sah solat jika selesai berwuduk... kemudian... melukis pada wajah sperti cth badut....dan kmudian solat

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz.Saya nak bertanya.Saya telah mandi wajib dan selesai solat.Saya tengok atas kuku kaki saya ada macam kotoran hitam yang sangat kecil.Saya tak tahu ia halang air ke tidak.Adakah saya perlu mandi wajib semula?

Unknown said...

Assalamualaikum wrbt..
Saya nak bertanya, apa hukum jika saya sudah melakukan 2 rekaat solatjamaq/ qasar, sebelum saya melakukan jamaq qasar Yg kedua, telah masuk waktu solat lain

Unknown said...

Assalamualaikum... Saya sudah mandi wajib semalam kemudian pada waktu subuh saya ternampak kesan minyak rantai pada jari saya . Minyak itu sikit sahaja . Adakah saya perlu mandi wajib sekali lagi???Harap penjelasan

Unknown said...

Yaa saya pon ada kemushkilan yg sama klW dah tau jawaban bole kongsi dgn km

Unknown said...

nak tanya sah ke wuduk kita sebab dekat jari saya ada getah cempedak dah basuh tetapi tak hilang

Anonymous said...

Jika terkena cat pada bukan anggota wuduk adakah wuduk dan solat itu sah?

Post a Comment