Monday, January 19, 2009

Duduk Tawaruk Tasyahud Akhir

Mohon penjelasan berkenaan buku di atas dalam bab Tasyahhud Akhir. Di dalam bab tersebut pengarang ada mengemukakan beberapa hadis yang menunjukkan duduk tawarruk pada tasyahhud akhir. Tetapi hadis-hadis tersebut tidak dinyatakan selengkapnya. Kalau ada yang tahu minta tolong kemukakan hadis-hadis tersebut dengan lengkapnya.

Sekian terima kasih.

*****************
Salam

Salah satu hadis yg lengkap perihal tasyahud ini adalah:

Drpd Muhammad bin Amr bin Atha', bhw ia duduk dgn sekelompok sahabat Nabi saw. Lalu kami menyebutkan tentang solat Nabi saw, maka Abu Humaid as-Sa'idi berkata, "Aku adalah org yg paling hafal di atnara kalian tentang solat Rasulullah saw, aku melihat beliau bertakbir seraya menempatkan kedua tangannya sejajar dgn kedua pundaknya. Apabila ruku' beliau meletakkan kedua tangannya pada kedua lututnya. kemudian beliau meratakan belakangnya(punggung). Apabila mengangkat kepalanya beliau tegak hingga setiap ruas tulang belakang kembali pd tempatnya. Apabila sujud, beliau meletakkan kedua tangannya tanpa menelangkupkan dan tidak pula merapatkannya dan menghadapkan jari2 kakinya ke kiblat. Apabila duduk pada dua rakaat, beliau duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya. Apabila duduk pd rakaat terakhir beliau memajukan kaki kirinya dan menegakkan kaki yg satunya, seraya duduk dgn punggungnya."[HR Bukhari]

Wassalam
_________________
Salam

DUDUK IFTIRASY (duduk sujud antara 2 sujud) DAN TAWARRUK (duduk rakaat terakhir) DALAM SOLAT DUA RAKAAT

Pertama-tamanya yang harus diketahui, bahawa topik ini termasuk pembahasan serius di kalangan para Fuqaha' dan Muhaddithin.Tidak ada kata putus di kalangan mereka. Pada akhirnya, kesimpulan hukum iftirasy-tawarruk oleh para muhaqqiq dinyatakan sebagai masalah yang muwassa'ah, memerlukan kelapangan masing-masing pihak untuk memilih samada iftirasy atau tawarruk untuk jenis solat "ats-Tsaniyah" (2 rakaat, seperti: Subuh, Jum'at, Eidain, Khusuf-Kusuf, Qiamul Lail, Rawatib, Mutlak, dan yg seumpamanya).

Definisi Iftirasy dan Tawarruk

Duduk Tawarruk: Duduk yang telah dikenali oleh kaum muslimin ketika mereka tasyahhud akhir (untuk solat yang lebih dari 2 rakaat), iaitu punggung melabuh di lantai, sementara kaki kiri berada di bawah paha dan betis yang kanan.

Duduk Iftirasy : duduk yang telah dikenal oleh kaum muslimin dengan duduk antara 2 sujud, atau duduk istirahat, iaitu duduk dengan punggung dilabuhkan pada tapak kaki kiri yang dihamparkan, sementara tapak kaki kanan ditegakkan.

PEMBAHASAN FUQAHA

Dalil Iftirasy:

Sebagaimana yg kita teliti dlm kitab masterpiece Syeikh Albani, Sifat Solat Nabi s.a.w, beliau memilih kesimpulan duduk iftirasy untuk semua jenis solat 2-rakaat (solat ats-tsaniyah). Kerana baginya, duduk tawarruk hanya diperuntukan untuk solat ats-tsalitsah (3 rakaat) dan ruba'iyah (4 rakaat). Dalil yang dipegang, Hadith Riwayat An-Nasa'i, I:53 (Foot note, 354) dan Hadith Riwayat Abu Dawud dan Al-Baihaqi (FN:356). (Sifat Solat Nabi s.a.w, p.193)

Berikut hadith Abu Dawud dan Al-Baihaqi:


كتاب الطهارة >> 289 - باب صلاة من لا يقيم صلبه في الركوع والسجود
858 - حدثنا مُؤَمّلُ بنُ هِشَامٍ أخبرنا إسْمَاعِيلُ عن مُحَمّدِ بنِ إسْحَاقَ حدثني عَلِيّ
بنُ يَحْيَى بنِ خَلاّدِ بنِ رَافِعٍ عن أبِيهِ عن عَمّهِ رِفَاعَةَ بنِ رَافِعٍ عن النّبيّ صلى الله
عليه وسلم بِهَذِهِ القِصّةِ قال: "إذَا أنْتَ قُمْتَ في صَلاَتِكَ فَكَبّرِ الله عَزّوَجَلّ ثُمّ اقْرَأْ
مَا تَيَسّرَ عَلَيْكَ مِنَ الْقُرْآنِ - وقال فيه - فإذَا جَلَسْتَ في وَسَطِالصّلاَةِ فَاطْمَئِنّ
وَافْتَرِشْ فَخِذِكَ الْيُسْرَى، ثُمّ تَشَهّدْ، ثُمّ إذَا قُمْتَ فَمِثْلَ ذَلِكَ حَتّى تَفْرُغَ مِنْ صَلاَتِك

Hadith An-Nasa'i adalah sebagai berikut:


الجزء الثالث >> 13 ـ كتاب السهو >> 761 ـ باب قبض الثنتين من أصابع
اليد اليمنى وعقد الوسطى والابهام منه
ا 1261 ـ أَخْبَرَنَا سُوَيْدُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ: أخبرنا عَبْدُ اللّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ زَائِدَةَ
قَالَ: حَدّثَنَا عَاصِمُ بْنُ كُلَيْبٍ قَالَ: حَدّثَنِي أَبِــي أَنّ وَائِلَ بْنَ حُجْرٍ قَالَ: "قُلْتُ
لأَنْظُرَنّ إلَى صَلاَةِ رَسُولِ اللّهِ صلى الله عليه وسلم كَيْفَ يُصَلّي فَنَظَرْتُ إلَيْهِ فَوَصَفَ
قَالَ ثُمّ قَعَدَ وَافْتَرَشَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَوَضَعَ كَفّهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ وَرُكْبَتِهِ الْيُسْرَى
وَجَعَلَ حَدّ مِرْفَقِهِ الأَيْمَنِ عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى ثُمّ قَبَض اثْنَتَيْنِ مِنْ أَصَابِعِهِ وَحَلّقَ
حَلْقَةً ثُمّ رَفَع أُصْبُعَهُ فَرَأَيْتُهُ يُحَرّكُهَا يَدْعُو بِهَا". مُخْتَصَرٌ .

Syeikh Said Al-Qahthani dari Saudi Arabia termasuk yang memilih iftirasy (Solatu'l-Mu'min, Juz I:220-1, Riyadh:1422).

Dalilnya hadith Abu Humaid As-Sa'idy (Bukhari, 288, Abu Dawud (730-1; Turmudzi (3-4-5) lihat juga Bulughul Maram no. 284): "Apabila Nabi s.a.w duduk pada rakkat kedua, beliau duduk atas kakinya yang kiri dan mendidirkan yang kanan." إذا جلس فلا الركعتين جلس على رجله
اليسرى ونصب اليمنى.” Cara duduk iftirasy itu sama persis dengan duduk antara dua sujud. Demikian Syeikh Al-Bani dan Al-Qahthani.

Dalil Tawarruk:


مسند الإمام أحمد.المجلد الخامس. >> مسند الأنصار رضي الله عنهم. >> حديث
أبي حميد الساعدي رضي الله عنه.
حدثنا عبد الله حدثني أبي حدثنا يحيى عن سعيد عن عبد الحميد بن جعفر قال:
حدثني محمد بن عطاء عن أبي حميد الساعدي قال: سمعته وهو في عشرة من
أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم أحدهم أبو قتادة بن ربعي يقول:
-أنا أعلمكم بصلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم قالوا له ما كنت أقدمنا
صحبة ولا أكثرنا له تباعة قال: بلى قالوا: فأعرض قال: كان إذا قام إلى
الصلاة اعتدل قائما ورفع يديه حتى حاذى بهما منكبيه فإذا أراد أن يركع
رفع يديه حتى يحاذي بهما منكبيه ثم قال: الله أكبر فركع ثم اعتدل فلم يصب
رأسه ولم يقنعه ووضع يديه على ركبتيه ثم قال: سمع الله لمن حمده ثم رفع
واعتدل حتى رجع كل عظم في موضعه معتدلا ثم هوى ساجدا وقال: الله أكبر ثم
جافى وفتح عضديه عن بطنه وفتح أصابع رجليه ثم ثنى رجله اليسرى وقعد
عليها واعتدل حتى رجع كل عظم في موضعه ثم هوى ساجدا وقال: الله أكبر ثم
ثنى رجله وقعد عليها حتى يرجع كل عضو إلى موضعه ثم نهض فصنع في الركعة
الثانية مثل ذلك حتى إذا قام من السجدتين كبر ورفع يديه حتى يحاذي بهما
منكبيه كما صنع حين افتتح الصلاة ثم صنع كذلك حَتَّى إِذَا كَانَتِ الرَّكْعَة= ُ الَّتِي
تَنْقَضِي فِيْهَا الصَّلاَةُ أَخَّرَرِجْلَهُ الْيُسْرَى وَقَعَدَ عَلَى شِقِّهِ مُتَوَرِّكًا ثُمَّ سَلََّمَ.قاَلُوْا:
صَدَقْتَ هَكَذَا كَانَ يُصَلِّى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ

Abu Humaid as-Sa'idiy berkata: Aku mendengar dari Abu Qatadah bin Rib'i, dia termasuk 10 besar dari sahabat Nabi s.a.w, ia berkata: "Aku ingin mengajarkan solat Rasul s.a.w pada kalian, ……..hingga apabila Nabi s.a.w duduk di rakaat penghabisan dari solatnya, beliau keluarkan kakinya yang kiri, Nabi s.a.w duduk mengiring di atas punggungnya secara tawarruk, lalu beliau salam. Mereka (para sahabat R.A)mengatakan: "Beginilah senantiasa solat Rasulullah s.a.w." (Hadith Riwayat Ahmad, Juz V, Musnad al-Anshar).

Riwayat serupa terdapat dalam Abu Dawud, Kitab Solat, Bab:
باب من ذكر التورُّك في الرابعة, Juz II:181 dengan lafaz yang sama tetapi dengan tambahan "pada solat yang rakaat akhirnya terdapat salam:


حتى إذا كانت السجدة التي فيها التسليم أخَّر رجله اليسرى وقعد متورِّكاً على شقه الأيسر

Diriwayatkan juga oleh Turmudzi dengan matan serupa Imam Ahmad (Kitab Solat: 280), juga Ibnu Majah dalam Iqamat Solat was Sunnah Fiha: 1051.

Status hadith ini dalam penjelasan Jarh wa't-Ta'dil, komentar para Muhaddithin, semuanya menyatakan tsiqah dan shaduq (sanad dengan rawi terpercaya).

KOMENTAR PARA FUQAHA:

Iftirasy:

Syeikh Bin Baz dalam "Tsalatsul Rasa'il Fi's-Shalah": "Jika solat itu adalah solat dua raka`at, seperti solat Subuh, solat Jum`at dan solat `Id, maka duduk iftirasy setelah bangkit dari sujud kedua, iaitu dengan menegakkan kaki kanan, dan bertumpu pada kaki kiri, tangan kanan diletakkan di atas paha kanan dengan menggenggam semua jari kecuali jari telunjuk untuk berisyarat kepada tauhid di saat mengingat Allah S.W.T dan berdo'a. Jika jari manis dan jari kelingking tangan kanan digenggamkan, sedangkan ibu jari dibentuk lingkaran dengan jari tengah dan berisyarat dengan jari telunjuk, maka hal tersebut sangat baik sekali, kerana kedua cara tersebut ada di dalam hadith sahih dari Nabi S.A.W. Dan afdhalnya melakukan cara yang pertama pada suatu saat dan cara yang kedua pada saat yang lain. Sedangkan tangan kiri diletakkan di atas (hujung) paha kiri dan lutut; lalu membaca Tasyahhud."

Syeikh `Abdullah bin `Abdurahman Al-Jibrin dalam risalah mininya, "Sifat Solat" juga sependapat dengan cara ini. Imam Abu Hanifah (80-150 H/699-767 M), menyarankan cara ini. Syeikh `Abdullah bin Abdurahman Al-Bassam dalam Taudhihu'l-Ahkamnya melaporkan (Juz II:265, Mekkah: 2003), demikian pula dengan Imam Ahmad.

"Imam Abu Hanifah an-Nu'man bin tsabit bin Zawti begitu juga murid-muridnya sangat menyukai (mustahabbah) untuk duduk iftirasy dalam semua duduknya dalam semua jenis solat, tanpa membedakan antara laki-laki dan wanita."

Imam Ibnu Qayyim menulis: "Sifat duduk seperti diterangkan ini, sebenarnya tidak popular. Aku hanya mengetahuinya dari jalur Abu Hanifah, sedang murid-muridnya sendiri pun berbeda sudut-tinjau."
(Zadul Ma'ad II: 236, Tahqiq & Takhrij; Syuaib Arnauth)

Tawarruk

Berbeda dengan Abu Hanifah dan yang mengikuti cara ini, Imam yg tiga di luar Mazhab Baghdad, seperti Imam Malik, Imam As-Syafi'i serta Imam Ahmad menyarankan cara tawarruk, untuk semua jenis tahiyat akhir, baik pada solat 2 rakaat (tsananiyah), 3 (tsalatsiyah) maupun 4 (ruba'iyah). Demikian riwayat yg sahih dari Ibnu Ruslan dalam Syarh as-Sunnah seperti dikutip dalam Syarah Abu Dawud (Kitab Thaharah, Bab: (باب صلاة من لا يقيم صلبه في الركوع والسجود), juga Imam Syaukani dalam Nailul Awtharnya (Juz II:184, تابع كتاب الصلاة >> أبواب صفة الصلاة ).

Imam Malik mengatakan: “Aku lebih menyukai duduk tawarruk di semua jenis duduk (tahiyat) akhir, baik pada solat 2 rakaat mahupun 4 rakaat, kerana begitulah hadith Ibnu Mas'ud menjelaskannya (Bukhari, II:258,261); Muslim (402); Turmudzi (289); Abu dawud (986); Nasa'i, II:237-9 Ahmad, Musnad, I:236, dst).

Imam As-Syafi'i secara mutlak memfatwakan:


أنه يتورك فى كل تشهد اخير مطلقا
"duduk tawarruk berlaku penuh untuk semua jenis tasyahhud akhir."

TARJIH:

Imam Ibnu Jarir At-Thabari menengahkan, "kedua tata cara ini (iftirasy-tawarruk) pada waktu mana saja dia duduk dalam tahiyyat, maka sesungguhnya ia telah mengikuti sunnah. Saya berharap, perkara ini hendaknya dikhilafkan mengingatkan atsar dan riwayat yang menjelaskannya juga sangat luas. Wallahu A'lam." (Al-Bassam, II:266)

Ibnu Rusyd dalam Bidayah Mujtahidnya mengikuti cara Thabari dalam mentaufiqkan cara duduk ini, sebagaimana juga Imam Nawawi dalam Sahih Muslimnya kerana memang gurunya, Imam As-Syafi'i menyarankan demikian.

Syeikh Albani di dalam Tamamul Minnah menerangkan bahawa duduk yang berlaku dalam solat dua rakaat adalah duduk iftirasy.

Ustaz g@y@t dan Ustaz Ziy@d - AAN

2 comments:

Nurul hidayah hiya said...

assalamualaikum... saya ingin bertanya, adakah sah solat saya jika buntut tidak kena pada lantai ketika duduk tawarruk

Nurul hidayah hiya said...

assalamualaikum... saya ingin bertanya, adakah sah solat saya jika buntut tidak kena pada lantai ketika duduk tawarruk

Post a Comment