Tuesday, December 9, 2008

Waktu Dilarang Solat

Solat sunat sebelum dan selepas solat fardu adalah sgt digalakkan, tetapi ada yg tidak dibolehkan, jadi boleh tak senaraikan waktu yg boleh dan juga waktu yg tak boleh.
wassalam.


Jawab:

A. Waktu yg boleh (Mu'akkad)

1. Selepas azan Subuh: solat sunat Fajar. HR Bukhari-Muslim Dari Aisyah ra, "adalah RasuluLlah saw bersolat 2 raka'at apabila beliau mendengar azan (Subuh) dan beliau meringkaskan."

2. 4 R Qabliyah Zuhur. HR Bukhari dari Aisyah ra," bahawa Nabi saw tidak pernah meninggalkan 4R sebelum Zuhur." [*R=Raka'at]

3. 2R Ba'diyah (selepas) Zuhur . (Bukhari dari Ibn Umar ra)


4. 4R atau 2R ba'diyah Juma'at (HR Bukhari-Muslim dari Ibn Umar ra)

5. 2R selepas Maghrib (HR Bukhari dari Aisyah)

6. 2R selepas Isya' (HR Bukhari dari Ibn Umar )
(Nailool Awthor, 3/18)

B. Waktu yg dibolehkan (bukan Mu'akkad)

7. 2R sebelum solat Maghrib (Muslim dari Ibn Abbas ra)

8. 2R sebelum Isya' (HR Ibn Hibban dari Ibn Zubair ra; HR aljama'ah dari Abdullah bin Mughaffal ra)

9. 4R sebelum Asr (Nailool Awthor, 3/20)

10. antara Maghrib dan Isya' dinamakan solat Awwabin (Solat Dhuha' juga dinamakan solat awwabin) tidak ditentukan jumlah raka'atnya. Imam Nasiruddin alAlbani menilai hadis2 dalam masalah ini thabit sebagai dalil solat awwabin (silsilah, 5/166), Syaukani (NA 2/81), ramai sahabat dan tabi'in yg melakukannya, termasuk Ibn Mas'ud dan Ibn Umar raa)

C. Waktu yg ditegah (sebelum/selepas solat fardhu)

1. selepas solat Subuh hingga matahari naik meninggi
HR Bukhari-Muslim dari Abu Sa'ed alKhudri ra

2. di kala matahari tegak hingga zawal (tergelincir) sebelum azan Zuhur
HR Bukhari-Muslim dari Ibn Umar

3. selepas solat Asr hingga terbenam matahari
HR Bukhari-Muslim dari Abu Sa'ed alKhudry ra. WA

0 comments:

Post a Comment