Monday, January 19, 2009

Sujud Syukur

a'kum,

saya cume nak tahu cara2 yang betul untuk lakukan sujud nie, pastu time sujud tu nak bace ape ek...

wassalam

************
Jawab

Seputar Fiqh Sujud Syukur

1. Alasan Sujud Syukur menurut jumhur fuqaha' ialah tiga sebab:
a. mendapat kenikmatan yg baru
b. ketika memperolehi kemikmatan yg mendadak (tiba2) atau
c. ketika terhindari dari bencana/musibah yg melanda (cth: mereka yg terselamat dari Tsunami Acheh)

Manakala dalam madzhab Syafi'iy di tambah satu lagi:

Imam syarf anNawawi dlm alMajmu'/4/77) dianjurkan sujud syukur bila melihat musibah yg menimpa orang kafir yg melibatkan agamanya atau orang yg terkenal fasik dan melakukan pelbagai kejahatan ditimpa musibah.

2. Hukumnya: sunat

Fatwa Syaikh al_Uthaymeen, Mantan Lajnah Ulama' Senior KSA, dalam syarh alMumti': Jld 4/153.

Antara dalilnyg:
HR Abu Daud dari Abu Bakrah (sahih menurut alAlbani, sahih Sunan Abu daud 2/534)

3. Kaifiyat (tatacara):

Para Muhaqqiq (Peneliti) spt Syaikhul Islam Ibn taymiyah (Majmu' Fatawa 22/171), muridnya Syaikhul Islam dan alhafeedz Ibn Qayyim aljauzea, alhafeedz alSyawkani, alHafeedz alSyun'ani mengatakan Sujud Syukur dilakukan tanpa takbir, tanpa tasyahud, dan tanpa salam.

Inilah pilihan Mufti Kerajaan Arab Saudi, Mufti Ben Baz, syarh Bulugh alMaram hadis no 372.

4. Bacaan dalam Sujud Syukur

Lajnah KSA spt Syaikh Saleh alUthymeen dan Syaikh Salih alLahidan menetapkan ia bebas, memadai membaca bacaan yg biasa "Subhana Rabbial A'ala" atau cukup dgn lafaz tasbih, tahmid, kalimah syukur dan kalimah menyangjung Allah SWT.

Alasan: Tiada nas yg tegas dalam masalah bacaan semasa sujud ini.

5. Menjauhi bid'ah sujud syukur
antaranya:
a. Amalan mencium tanah atau pasir ketika baru sampai dari musafir yg sukar dan lama. Bila ia tiba di kampung halamannya, dia mencium tanah. Atau ahli sukan merayakan kemenangan pasukannya, dia sujud syukur sambil menium tanah stadium.

b. mengadakan kenduri atau majlis kesyukuran dgn majlis tahlil dan selamatan.

sekian

0 comments:

Post a Comment