Friday, January 2, 2009

Terlupa Tak Cukup Rakaat

Salam

Soalan: Bagaimana caranya bila kita solat dan secara tak sengaja @ mungkin terlupa, kita tertinggal satu rakaat? misalnya solat zohor (4 rakaat) terbuat 3, lepas selesai beri salam baru teringat yg kita tertinggal satu rakaat... ustaz saya pernah mengatakan bahawa hanya perlu bangun untuk melakukan satu rakaat yg tertinggal tu...

jika benar, bagaimanakah cara utk melakukannya dan terdapatkah syarat-syarat utk tujuan tersebut?

Jawap: Tatacara; terus bangun dan sempurnakan raka'at yg tertinggal dan selepas itu sujud sahwi dua kali dan berilah salam. Dalil: HR alBukhari dari Sa'ad ra," aku melihat Urwah bin Zubair solat Maghrib dua raka'at kemudian salam dan bercakap2 selepas itu. Kemudian dia bangun menyempurnakan kekurangan (raka'at) dan sujud dua kali (sahwi). Fathul Bari 3/124)

Al Fadhil ustaz sekalian saya ada sedikit kemusykilan:

1. Perlukah kita berniat utk menambah rakaat (bertakbir ratul ihram)? Atau sekadar bangun utk meneruskan solat (berdiri dan bertakbir utk kiam dan terus membaca Al fatihah)?

2. Jika "gap" tersebut agak lama. Cth : Terlupa rakaat solat maghrib kemudian "dinner" lepas tu baru teringat...perlu diulangi sembahyang atau sekadar tambah rakaat?

Wallahualam; didahuluai dgn ucapan T.Kasih, Wassalam
-------

Salam

Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw berpaling(berhenti) sesudah 2 rakaat solat(bagi solat 4 rakaat), maka bertanyalah Dzu al-Yadain, “Adakah tuan mengqasarkan solat, ataupun tuan terlupa, wahai Rasulullah?” Maka Rasulullah saw pun bertanya para sahabat, “Benarkah kata2 Dzu Al-Yadain?” Maka orang ramai pun menjawab, “Ya!” Maka Rasulullah saw lalu bangun, maka beliau memberi salam, kemudian beliau bertakbir kemudian beliau sujud(sahwi) sebagai sujudnya dalam solat atau lebih panjang lagi; kemudian beliau bertakbir, maka beliau bangkit, kemudian beliau sujud sebagai sujudnya atau lebih panjang lagi.” [Hadis sahih riwayat Imam at-Turmudzi]

Berdasarkan hadis di atas, Imam Nawawi mengatakan tidaklah batal solat seseorang jika merasakan dirinya sebagai bukan dalam solat dan dia bercakap dalam kadar yg sedikit secara terlupa. Inilah pegangan Ibn Abbas, Abdullah ibn Zubair, Urwah bin Zubair, Ataa, al-Hasan, asy-Sya’bi, Qatadah, al-Auza’iy, Imam Malik, Imam Syafi’I dan Imam Ahmad dan Jmhur ulama’.

Manakala mengenai pergerakan yang banyak pula, pendapat yg masyhur menyebutkan solat itu batal bila banyak perbuatan dan langkah sekalipun terlupa. Namun begitu, Imam Nawawi mengatakan tidak batal bersandarkan kpd hadis di atas dan hadis riwayat Muslim di mana Nabi pergi ke batang kayu dan berdasarkan riwayat lain di mana Nabi pulang ke bilik isterinya, dan kemudian menyambung rakaat yg tertinggal.

Manakala mengenai niat pula, salah faham masyarakat kita ialah mengecilkan skop kaedah/pengertian niat itu. Sebenarnya apabila kita tersedar akan kekurangan rakaat dan ingin menyambung(melengkapkan) solat, itu sudah memadai kerana itulah niat sebenarnya. Jadi janganlah kita menyusahkan diri kita semata2 beranggapan niat itu membawa maksud menyusun perkataan sepertimana kita pelajari iaitu, "sahaja aku solat ???, dua rakaat bla bla " WA

Wassalam

Intisari bahrul Madzi
Sheikh Idris Abd. Rauf Al-Marbawiy

0 comments:

Post a Comment