Wednesday, December 17, 2008

Bacaan Al-Isti'aazah Sebelum Fatihah

Salam

Adakah bacaan "aa'udzubillahiminassyaithaanirrajim" itu di sunatkan untuk dibaca sebelum bacaan Al-fatihah ketika dalam solat fardhu atau solat sunat! Terdapat firman Allah di dlm al-Quran yg menyuruh kita supaya membaca doa minta perlindungan Allah dr syaitan sebelum membaca al-Quran. Bolehkah ianya dijadikan hujah untuk kita membacanya di dalam solat (sebelum membaca surah al-fatihah)!

Wa'alaikumussalam. Terima kasih sdr Abdul Rahman kerana bersama Al-Ahkam Online.

Allah swt telah memerintahkan kita membaca al-Isti'aazah [color="#800000" size="3"](الاستعاذة)atau perlindungan dari syaitan yang direjam ketika membaca Al-Quran didalam Firmannya :

فإذا قرأت القرآن فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم
"Apabila kamu membaca Al-Quran, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk" - [al-Nahl 16:98]

Mengenai pembacaan ayat isti'aazah didalam Solat (sebelum membaca bismillah & Al-fatehah), jumhur ulama' mengatakan mustahab (digalakkan), dan bukannya wajib. Maknanya sunat membacanya.

Terdapat juga ulama yang mengatakan wajib, seperti dalil surah al-nahl:98 diatas, dan begitulah pandangan Ibnu Katsir (Tafsir Ibn Katsir, 1/14) dan Ibnu Hazm.

Al-Lajnah fatawa al-Daa'imah Saudi Arabiyyah (6/381) mengatakan :

{{الاستعاذة سنة فلا يضر تركها في الصلاة عمداً أو نسيانياً}}

"Al-Isti'aazah ialah sunnah dan tidak memudaratkan meninggalkannya didalam solat secara sengaja atau lupa."

(Bahagian awal dari fatwa Sheikh Saleh Al-Munajjid)

Menurut Shiekh Nasyiruddin Al-Albani didalam bukunya Sifat Solat nabi (1996, ms.95, setelah membaca do'a iftitah (istiftah), "kemudian nabi saw membaca:

{أعوذ باالله من الشيطان االرجيم من همزه ونفخه ونفثه}

"Aku berlindung kepada Allah dari Syaitan yg direjam, dari kegilaanya, kesombongannya dan dari sya'irnya" - (riwayat Abu Daud, Ibnu Majah, Daraquthni dan Hakim, serta disahihkan oleh Hakim, Ibnu Hibban dan Al-Dzahabi).

dan kadangkala menambahnya dengan berkata :

{أعوذ باالله السميع العليم من الشيطان ...}

"Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui daripada Syaitan...." - (riwayat Abu Daud dan Tirmudzi dengan sanad yang hasan).

kemudian beliau membaca bismillah...".

Dr Mustafa Al-Bugho didalam buku Al-Fiqh Al-Manhaji ms. 148 meletakkan membaca Al-Isti'aazah sebelum membaca bismillah merupakan salah satu dari sunat-sunat hai'ah didalam solat.

Kesimpulannya, adalah sunat membaca Al-Isti'aazah sebelum membaca Bismillah & Al-Fatihah didalam solat menurut pandangan jumhur ulama'.

wallahu'alam

wassalam
====

Rujukan :

1. Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid. Adakah wajib membaca 'auzubillah' didalam solat. url : http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=9062&dgn=3
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solat nabi. Cetakan ke 2. Riyadh : Maktab Ma'aarif LilNashir wa Tawzi', 1996.
3. Dr Mustafa Bugho [etc.] Fiqh Al-Manhaji. Cetakan ke 4. Damsyik :Dar Al-Qalam, 2000.

0 comments:

Post a Comment