Monday, January 19, 2009

Rukun Dan Wajib Solat

merujuk kepada soalan dan jawapan yang lepas, tentang 'was-was rukun', saya mohon penjelasan yang lebih terperinci berkenaan perkara yang rukun dan perkara yang wajib dalam solat.bagaimana kita nak bezakan antara keduanya?
apa yang seharusnya dilakukan, disamping sujud sahwi, seandainya kita tertinggal rukun solat?
dan bagaimana pula keadaannya kalau kita tertinggal perkara wajib dlm solat?
apa yang panel maksudkan dengan 'menampal' dalam jawapan kepada soalan 'was-was rukun'?
jazakumullahu khair.....

****************
Salam

Pertama sekali saya memohon maaf kiranya jwpn yg diberikan sblm oini tidak dapat memuaskan hati sdr. Saya akan cuba menjawabnya sekali lagi dgn lebih mendalam agar sdr dapat memahaminya. Insya Allah.

Dalam fiqh Islami wa Adilatuhu juz 1, Dr Wahbah al-Zuhaily menukilkan bhw pembahagian solat kpd rukun dan wajib merupakan pendpt Hanafiah. Di mana menurut mazhab Hanafi rukun solat ada 6 perkara manakala pekara wajib ada 18.

Hukum wajib ialah seseorang yg sengaja meninggalkannya wajib menerima hukuman tetapi solatnya tetap sah. Jika dia meninggalkan perkara wajib dgn sengaja atau terlupa dan tidak dilakukan sujud sahwi, maka diwajibkan diulangi solatnya itu. Jika tidak diulangi maka dikira sebagai fasiq dan berdosa meskipun solatnya itu sah.

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufasshal mengatakan bhw mereka yg terlupa mengerjakan perkara rukun dan teringat seblm masuk rakaat yg lain hendaklah mengulangi perakra yg dilupakan itu kemudian menyambung solatnya seperti biasa. Cthnya, jika dia terlupa utk rukuk, dan dia teringat ketika dia sedang sujud, maka hendaklah mengerjakan rukuk yg ditinggalnya dan mengulangi perkara solat slps rukuk spt biasa.

Tetapi, jika dia teringat hanya slps masuk ke rakaat selepasnya, maka rakaat sblm itu dikira batal dan rakaat yg sedang dikerjakan itu dikira sebagai pengganti kpd rakaat sblmnya itu. /dan diakhir solat, hendaklah dia mengerjakan sujud sahwi.

Maka dgn itu, berdasarkan fiqh Hanafi, yg membezakan antara perkara wajib dan rukun adalah jika ditinggalkan perkara wajib, solat tetap sah meskipun berdosa. Ini berbeza jika ditinggalkan perkara rukun yg mana solat menjadi batal. Inilah pendpt yg dipilih oleh Dr Abdul Karim Zaidan sptmana yg dibahaskan olehnya dalam kita al-Mufasshal. Perlu diingatkan bhw berdasarkan fiqh Hanafi, tasyahud awal adalah perkara wajib sedangkan menurut mazhab syafi'i, ia adalah sunat ab'ad.

Pendpt Mazhab Hanafi ini berbeza dari pendpat mazhab lain di mana mazhab lain tidak membahagikan antara rukun dan wajib. Demikian jugalah mazhab Syafi'i yg membahagikan kpd rukun, sunat ab'ad dan sunat hai'ad.

Utk tidak mengelirukan sdr, kita tumpukan kpd fiqh syafi'i dan inilah pendpt yg saya pegang setakat ini. Dalam fiqhul Manhaji ala mazhab al-Imam As-Syafi'i dinukilkan bhw sujud sahwi hukumnya sunat secara mutlak. Dan ini merupakan pendpt jumhur.

Apabila ditinggalkan perkara2 sunat ab'adh di dalam solat krn kelupaan, disunatkan sujud sahwi. Tetapi jika ditingalkan perkara rukun, hendaklah dia melakukan perkara yg ditinggalkannya itu dna meneruskan solat dan sujud sahwi di akhir solat sptmana yg dibahaskan di atas iaitu mazhab Hanafi. Dalilnya:

Drpd Abu Hurairah ra katanya bhw Nabi saw telah bersolat Zohor/Asar bersama2 dgn kami. Lalu tiba2 Baginda memberi salam(iaitu slepas 2 rakaat). Maka Zul Yadain bertanya, "Wahai Rasulullah saw, adakah solat telah berkurang rakaatnya?" Nabi saw pun bertanya, "Adakah benar apa yg dia katakan?" Jawab para sahabat, "Ya." Lalu Rasulullah saw menambah 2 rakat lagi. Kemudian Baginda sujud 2 kali."[HR Bukhari]

Hadis di atas juga diriwayatkan oleh ramai muhaddis spt Imam Muslim, Tirmidzi dan lain2 dgn lafaz yg lebih kurang sama.

Semoga penerangan ini dapat memahamkan sdr. Insya Allah. Jika masih keliru, kembali kpd kami. WA.

Wassalam

Rujukan

Fiqh Islami
Dr Wahbah al-zuhaily

Fiqhus Sunnah
Sheikh Sayyid Sabiq

Bahrul Madzi
Sheikh Idris Marbawi

al-Mufasshal
Dr Abdul Karim Zaidan

Fiqhul Manhaji
Dr Mustofa al-Khin

Fathul Baari
Ibn Hajar al-Asqallani

Bulughul Maram,
Ibn Hajar

Subulas Sala
ash-Shonani

Bidayatul Mujtahid
Ibn Rusyd
_________________
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ust Gayat diatas jawapan diatas. Solat tidak akan sah sekiranya tidak sempurna rukun atau/dan rukun-rukunnya tidak dilakukan secara tertib. Lembaga Tetap Penyelidikan dan fatwa Saudi pernah ditanya masalah jika terlupa melakukan sujud yang kedua didalam solat, jawab mereka :-

السجدة الثانية ركن من أركان الصلاة، والركن لابد من الإتيان به ولاينجبر بسجود السهو، ومادام أنه لم يأت به وطال الفصل فإن الواجب عليكم في هذه الحالة إعادة الصلاة جميعها؛ لبطلان صلاتكم بترك السجدة الثانية من الركعة الأولى، أما لو ذكر الإمام أو نبه بعد السلام وقبل طول الفصل فإنه يلزمه أن يأتي بركعة كاملة بدل الركعة التي ترك سجودها الثاني، وعليه سجود السهو،

"Sujud kedua merupakan salah satu rukun dari rukun-rukun solat, rukun tersebut mesti didatangkan (dilakukan) dan tidak boleh diganti dengan hanya sujud sahwi, selama mana dia tidak mendatangkannya dan sampai pada masanya, maka wajib keatas mereka mengulangi solat keseluruhannya; kerana batal solat mereka meninggalkan sujud kedua dari rakaat pertama. Akan tetapi jika Imam teringat atau selepas melakukan salam dan sebelum masa yang panjang, beliau telah diperingatkan, maka ia melakukan rakaat yang penuh mengantikan rakaat yang dia tertinggal sujud yang kedua, dan melakukan sujud sahwi" [Fataawa al-Lajnah li al-Buhuth Al-'Alamiyah wa al-Iftaa', fatwa no: 12424, 7/141].

Dengan kata lain, rakaat yang tidak sempurna rukun solat dikira batal, maka hendaklah menambah satu lagi rakaat sebagai ganti kepada rakaat yang batal tadi, dikuti pula dengan sujud sahwi. Kes ini juga serupa dengan keadaan mereka yang terkurang rakaat didalam solat. WA.

wassalam

Sheikh Hj Kamin dan Ustaz G@y@t - AAN

2 comments:

Anonymous said...

Bagaimana pula dengan terlebih rukun, contohnya seperti sembahyang zohor sebanyak 5 rekaat dan menyedarinya setelah sempurna bacaan fatehah atau ketika sujud, perlu sempurnakan rekaat yang terlebih tersebut atau tidak, dan sujud sahwinya wajib atau sunat.

journey of si kerdil said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment