Friday, January 23, 2009

Waktu Qadha Solat

Salam

Saya dah search pada arkib dan temui pendapat ibn qayyim,albani,ibn taimiyyah perihal tidak perlu qada.

namun sekiranya individu memilih untuk qada-berdasarkan fiqh empat imam:

Dalam kes ni spesifik solat Subuh:

1-Saya ada terbaca di Internet/pendapat yang mengatakan solat hanya boleh diqada' apabila telah "masuk waktu lain". Tetapi dalam kes Subuh, waktu lain ialah syuruk,dan solat seterusnya ialah zuhur kira-kira hampir 6 jam selepas subuh.

Katalah "A" bangun lewat subuh, bersiap wudhu/mandi hadas kemudian apabila tiba untuk solat, waktu tinggal 30 saat lagi untuk syuruk/seminit yang menyebabkan beliau tidak yakin samada ia tunai ataupun luput waktu. bagaimana kes ini?

Bagaimana untuk menerangkan kepada orang yang selama ini faham, tentang "niat tunai" , "niat qadha" dan sebagainya. Adakah ia dikira tunai? Atau dikira qadha?

Sefaham saya, solat dikira di dalam waktu sekiranya rakaat pertama sempat dilakukan di dalam waktu yang dikerjakan. Jadi dalam kes syuruk dan waktu yang sipi-sipi ini, bagaimana kesnya?

Wassalam Mr. Green

*******************
keyo

-ini soalan talfiq..tp xde orang jawab-

*****************
Abu_Umair
Panel Feqh

Quote:

Saya dah search pada arkib dan temui pendapat ibn qayyim,albani,ibn taimiyyah perihal tidak perlu qada.

Perlu diperincikan, iaitu khilaf wajib diqadha' atau tidak wajib diqadha' ialah pada solat yang ditinggalkan dengan sengaja. Adapun solat yang ditinggalkan kerana tertidur atau terlupa, maka tidak ada khilaf bahawa wajib diqadha'.

Kerana Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang terlupa satu solat, maka hendaklah bersolat apabila dia mengingatinya. Tiada kaffarah ke atasnya melainkan itu". Direkod oleh Bukhari (no: 572) dan Muslim (no: 684).

Quote:

1-Saya ada terbaca di Internet/pendapat yang mengatakan solat hanya boleh diqada' apabila telah "masuk waktu lain". Tetapi dalam kes Subuh, waktu lain ialah syuruk,dan solat seterusnya ialah zuhur kira-kira hampir 6 jam selepas subuh.

Qadha' solat dilakukan selepas waktunya telah habis. Bagi solat Subuh, apabila terbit matahari maka tamatlah waktu Subuh, dan mesti diqadha'kan solat Subuh tersebut. Tidak perlu tunggu masuk waktu Zohor untuk mengqadha' solat Subuh. Boleh dilakukan terus selepas terbit matahari, malahan sesetengah ulama mewajibkan dilakukan segera.

Nabi SAW dan para sahabat ketika dalam musafir pernah tertidur sehingga terlepas waktu Subuh. Apabila mereka terjaga, Nabi mengarahkan supaya berjalan keluar daripada lembah tempat mereka tidur, kemudian mereka qadha' solat Subuh mereka. Direkod oleh Bukhari dan Muslim (no: 682)

Quote:

Katalah "A" bangun lewat subuh, bersiap wudhu/mandi hadas kemudian apabila tiba untuk solat, waktu tinggal 30 saat lagi untuk syuruk/seminit yang menyebabkan beliau tidak yakin samada ia tunai ataupun luput waktu. bagaimana kes ini?

Jika tidak sempat walaupun satu rakaat, maka solatnya dikira qadha'. Kerana, seorang yang sempat satu rakaat, bererti dia sempat dengan solat itu. Kerana Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang sempat satu rakaat daripada solat, maka dia dikira sempat dengan solat itu". Direkod oleh Bukhari (no: 555) dan Muslim (no: 607).

Quote:

Bagaimana untuk menerangkan kepada orang yang selama ini faham, tentang "niat tunai" , "niat qadha" dan sebagainya. Adakah ia dikira tunai? Atau dikira qadha?

Dari sudut istilah fuqaha', qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya. Dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Imam Nawawi menjelaskan bahawa tidak disyaratkan niat qadha' dan niat tunai dalam solat. (Majmuk 3/279-280).

Quote:

Sefaham saya, solat dikira di dalam waktu sekiranya rakaat pertama sempat dilakukan di dalam waktu yang dikerjakan. Jadi dalam kes syuruk dan waktu yang sipi-sipi ini, bagaimana kesnya?

telah dijelaskan tadi.

Wallahu A'lam.

1 comments:

Anonymous said...

Salam

Baru-baru ini yang kami diperkenalkan oleh ustazah dengan Yasin Fadhilat untuk diamalkan. Yasin Fadhilat ini berbeza kerana diantara celah-celah ayat tertentu diselitkan doa yang tertentu. Kemusykilan saya adakah boleh kita amalkan bacaan ini adakah ianya bersandarkan kepada mana-mana hadis. Takut amalan kita yang disangka baik tetapi rupanya bidaah dan bukan dari amalan Rasulullah saw.

Seperkara lagi, adakah solat sunat qadha luput waktu 2 rakaat yang dikerjakan hanya antara waktu magh

Post a Comment