Wednesday, December 17, 2008

Ragu-ragu Dalam Solat

Assalamualaikum..

Soalan saya:

Satu:
Ketika solat di rakaat kedua, hati saya merasa ragu-ragu samada telah mengerjakan duduk antara dua sujud semasa rakaat pertama. Apakah yang perlu dilakukan oleh saya?

Dua:
Saya pernah mendengar bahawa kalau was-was membaca al Fatihah, tidak perlu mengulangi atau membatalkan solat. Tetapi rakaat itu tidak diterima dan perlu mengulangi semula rakaat tersebut.



JAWAB
Oleh: Tuan Hasan Tuan Lah

Soal satu: Ketika solat di rakaat kedua, hati saya merasa ragu-ragu samada telah mengerjakan duduk antara dua sujud semasa rakaat pertama. Apakah yang perlu dilakukan oleh saya?

Jawab: Teruskan solat anda, duduk di antara dua sujud adalah salah satu sunat-sunnat solat bukan rukun atau kewajipan dalam solat. Meninggalkan duduk di antara dua sujud tidak membatalkan solat dan tidak mewajibkan sujud sahwi (sujud kerana kelupaan).
(Rujukan: Prof Dr Abdul Karim Zaidan, al Mufassal, jld 1, ms 337)

Soal dua: Saya pernah mendengar bahawa kalau was-was membaca al Fatihah, tidak perlu mengulangi atau membatalkan solat. Tetapi rakaat itu tidak diterima dan perlu mengulangi semula rakaat
tersebut.

Jawab: Kaedah feqah dalam masalah was-was ialah : "jika seseorang yang solat ragu-ragu atau was-was meninggalkan salah satu rukun solat, maka dia dianggap seperti seseorang yang meninggalkannya, kerana pada dasarnya rukun itu belum ada."
(Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal, Jld 1, ms 339)

Dalam masalah yang dikemukakan, bermakna jika was-was Fatihah belum dibaca, maka dia harus
menetapkan bahawa fatihah belum dibaca.

Kita lihat pandangan fuqaha Syafi'iy dalam masalah ini:

Benar seperti yang disebut bahawa solat itu tidak batal, cuma raka'at yang mana fatihah tidak dibaca kerana terlupa adalah null and void (tidak dikira sebagai satu raka'at).
"jika seseorang telah terlupa membaca alfatihah dengan terlupa atau was-was, maka sia-sialah raka'at tersebut, maka fatihah dalam raka'at itulah yang menggantikan raka'at yang telah rosak itu. Batal raka'at itu berdasarkan hadis jama'ah ,"tiada solatnya bagi yang tidak membaca al fatihah." Dari hadis lain riwayat Ibn Hibban, fatihah ini wajib dibaca pada setiap raka'at.

Apabila selesai solat disunnatkan melakukan sujud sahwi.

Rujukan: Syaikhul Islam Zakariya al Ansari (ulama terbilang Syafi'iyah), Hasyiatus Syarqawi, Juz 1, ms 185.

4 comments:

aizat said...

Assalamualaikum. saya nak minta kepastian kerana apa yang saya tahu sebelum ni. duduk antara dua sujud adalah rukun solat. tetapi ada dinyatakan di jawapan atas, duduk antara dua sujud itu sunat dalam solat.

Anonymous said...

assalmualaikum.... jika kita ragu-ragu yang kita dah membaca ke belum surah al fatihah,dan kita mengulanginya kembali dengan membaca al faihah adakah ianya sah solat kita

Admin said...

jika kita was-was hendaklah anggap kita belum baca fatihah lagi, dan jika telah diulang baca fatihah dalam rakaat tersebut maka sahlah rakaat ini tidak perlu lagi sujud sahwi. WA

amir razali said...

salam..

saya mempunyai masaalah ragu2 yang kuat dalam solat,saya pernah mendengar,endahkan perasaan ragu2 tuh,SAH KE jika saya meneruskan solat saya walaupun perasaan ragu2 tuh ketika tahyat akhir

Post a Comment